Rabu, 4 Disember 2013

2682. Banjir - Bah - Pahang, Terengganu dan Johor.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Keadaan semasa di Kuantan, bg yg tak merasa, senang ckp kan? tapi bagaimana mangsa di sana?
Semoga Allah menyelamatkan mereka semua...

Islam Agama Ku - Terkini dari Cenderawasih Kuantan.
Islam Agama Ku - Banjir di Pahang kian buruk, ramai dipindahkan
KUANTAN - Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam ini. 

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah. 

"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut.
"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan. 

"Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan. 

"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu. ]

Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan. 

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir. 

Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Suptrtendan Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik. 

Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai. 


"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya. 

Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka. 

"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya. - Bernama
Terbaik para amilin. ..membantu yg kesusahan di Terengganu



Kl...lipis...gua musang. .k.krai...kb...siapa ada make tentang jalan tutup?
Jom solat. ..hentikan aktiviti seketika
Unit amal. ..Rumah Amal Pahang juga ramai yg dimasuki air
Banjir pantai timur. ...moga selamat semuanya
Jalan utama dari K.Trg ke Kuantan depan balai bomba Taman Chukai 
Bandar Chukai Kemaman di tutup.
Mangsa
Jangan main air maa...pastikan Persekitaran kita ...
Banjir semakin buruk di Kemaman...Kuantan. ..moga selamat semuanya


►►►
Gelagat Ahli Parlimen Kinabatangan macam 'KEBINATANGAN' ganggu usul YB Ahli Parlimen Kuantan .. Amat memalu dan menjijikkan.

Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh cuba membawa usul tergempar membahaskan masalah banjir yang melanda di Kuantan. Beliau dicelah oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Raden yang berkata wakil rakyat PKR itu sepatutnya pulang ke kawasan bersama rakyat.
                                


Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh cuba membawa usul tergempar membahaskan masalah banjir yang melanda di Kuantan. Beliau dicelah oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Raden yang berkata wakil rakyat PKR itu sepatutnya pulang ke kawasan bersama rakyat.


Rakyat dok berperang dgn banjir... Pemimpin dok bersorak tawa hilai dlm dewan PWTC...
===================================
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
p.

Tiada ulasan: