بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. Link download facebook video: http://www.downvids.net/
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Alhamdulillahirobila'lamin,
Wass-sola-tu'wass-salam A'la-ass-rofil-mur-sa-lin
Wa-a'la-a'lihi-wa-soh-bihi-ajma'en
Bagaimana watak
‘Superman’ menakluki dunia ?
Muslihat Yahudi gunakan budaya popular
secara berkesan . . .
Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua
orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.
Siegel dilahirkan di
Cleveland, Amerika Syarikat (AS) sementara Schuster di Kanada pada tahun 1914.
Mereka menjadi kawan sekolah di Glenville High School (AS). Di sanalah mereka
mula menghasilkan karya bersama: Siegel menulis dialog sementara Shuster
melukis.
Pada tahun 1934,
Siegel mendapat ilham untuk memulakan cerita seorang bayi dari planet yang lain
yang dihantar ke bumi. Bayi itu menjadi Clark Kent, yang bekerja dengan
syarikat akhbar Daily Planet. Tetapi Kent bukan sebarangan manusia. Beliau
sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa.
Komik sebenarnya
baru lahir di AS pada masa itu. Menurut buku Jews and American Comics: An
illustrated History of an American Art Form, komik tercipta pada tahun 1933
oleh Charlie Ginsburg, seorang guru separuh masa. Komik dan kemudiannya novel
grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian
seniman Yahudi di AS.
Memang bukan rahsia, selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi. Tetapi tidak ada watak lain yang begitu besar kesannya berbanding Superman.
Anehnya cadangan komik Superman
ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC)
bersetuju membayar $130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti. Apabila kali pertama
muncul pada bulan Jun 1934, Superman menjadi komik yang begitu popular.
Penerbitnya
membuat keuntungan berjuta-juta dolar. Kedua-dua pelukis itu menyaman syarikat
itu tetapi sia-sia kerana hakcipta komik telah diserahkan pada penerbit. Pada
tahun 1978 syarikat filem Warner Communications membuat filem pertama
Superman.
Filem itu melonjakkan nama pelakon Christopher
Reeve. Filem itu mengaut lebih RM962 juta. Hari ini berbilion ringgit telah
dipungut dari beberapa buah filem Superman selain francais barangan. Siegel dan
Shuster mati papa kedana.
Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang
teruk. Jutaan manusia hilang pekerjaan. Pada masa yang sama sentimen
anti-Yahudi begitu meluas di AS. Malah tahun-tahun 30-an itu dikatakan dekad
anti-Semitism yang paling hebat dalam sejarah negara itu.
Penyokong Nazi menggunakan gerakan German-American Bund untuk
mendedahkan “perilaku” Yahudi. Beberapa orang tokoh terkemuka Kristian juga
mengecam kaum Yahudi. Kaum Yahudi dihalang dari menyertai banyak persatuan,
kelab malah dikurangkan kemasukan ke universiti-universiti ternama. Sentimen
yang sama membara di Eropah terutamanya di Jerman.
Penanggungan kaum Yahudi inilah yang membetik hasrat Siegel dan
Shuster untuk memberikan suntikan semangat secara halus. Superman digambarkan
mempunyai dua personaliti, seorang pemberita yang lemah lembut dan pemalu dan
yang satu lagi, manusia besi yang boleh menahan peluru dan terbang ke mana
sahaja bagi menyelamatkan manusia di mayapada.
Seperti kaum Yahudi yang berhijrah ke AS, Superman juga
pendatang. Malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Superman juga menjadi askar,
sesuai dengan hasrat untuk menunjukkan kaum Yahudi AS juga sama patriotiknya
dengan kaum-kaum lain.
Watak Superman yang diilhamkan oleh Siegel ini mengambil
semangat dari cerita Nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai Nil bagi
menyelamatkan Baginda dari Firaun. Dalam komik asalnya bapa Kal-El (nama asal
Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu.
Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama
Clark. Perkataan “El” dalam Bahasa Hebrew itu ada kaitannya dengan nama Tuhan
kaum Yahudi.
Kita tidak tahu apakah kaitan Yahudi pada Superman ini secara
sengaja disedari oleh Siegel dan Shuster. Sudah pasti mereka sedar apa yang
berlaku di Jerman dan prasangka terhadap kaum mereka di AS sendiri. Ironinya
konsep “Superman” (manusia luar biasa) dimulakan oleh seorang ahli falsafah
Jerman bernama Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900).
Beliaulah yang
memperkenalkan “Supermensch” dalam bahasa Jerman. Superman dalam bentuk komik
itu mengetengahkan sifat-sifat keluarbiasaan yang bukan sahaja memancarkan
kekuatan dan kehebatan tetapi juga kecerdikan, tetapi rendah diri dan jujur.
Tahun
ini genaplah 75 tahun lahirnya Superman. Orang tidak lagi sedar dari mana
asalnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya
kanak-kanak. Superman ialah penyelamat manusia kerdil dan tertindas. Kita
menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.
Tidak
ada salahnya menerima wira seperti ini kerana ia menjadi sebahagian dari budaya
popular. Malah tidak ada salahnya memakai pakaian Superman atau seperti Faizal
Tahir, menjadikan watak itu identiti persembahannya. Tetapi matlamat dan misi
ciptaan seperti ini harus difahami dengan jelas.
Orang
Yahudi tidak ramai di dunia ini, mungkin 14 juta orang sahaja. Tetapi mereka
bangsa yang cerdik dan berpengaruh. Pengalaman kaum mereka di Jerman mengajar
mereka makna survival. Seperti tulisan saya mengenai Sinema Holocaust dua
minggu lalu, mereka menggunakan filem sebagai wadah penting mengingatkan rasa bersalah
Jerman dan dunia pada mereka. Sentimen anti-Yahudi di AS menggerakkan mereka
untuk mewujudkan gerakan lobi yang paling ditakuti di negara itu, Israel Public
Affairs Committee (AIPAC).
Dalam
rencana saya di dalam halaman ini pada 22 Jun 2003 (“Mencari Rahsia Kekuatan
Yahudi”) saya menyentuh tentang penguasaan kaum Yahudi dalam pelbagai bidang.
Dalam dunia sastera mereka menggunakan kuasa pengkritik dan industri buku bagi
“mengasingkan” orang lain. Pendedahan yang dibuat oleh Richard Kostelanetz dalam
bukunya The End of Intelligent Writing: Literary Politics in America yang
terbit pada tahun 1973 patut sangat dibaca.
Semua ini mungkin kerana kaum Yahudi menguasai media, budaya
popular selain sistem perbankan dan gerakan NGO yang berpengaruh. Banyak orang
memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda. Tetapi
seperti apa yang berlaku pada watak komik Superman, pengaruhnya cukup besar dan
berpanjangan.
Hari ini anak-anak Muslim mengutuk rejim Yahudi kerana menyerang
Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi. Dada mereka membara
dengan kemarahan. Pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis ‘Superman’
wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.
FAKTA
·
Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang
anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.
·
Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam
mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.
·
Selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan
Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.
·
Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya
penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130 ((RM455 sekarang)
sebagai royalti.
·
Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan
yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.
·
Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak
lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan
dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark.
·
Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels
mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.
·
Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai
wira kita juga.
sumber:
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
byrt. n.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan