Jumaat, 13 Disember 2013

2813. Siapa yang kamu kagumi - menurut Imam As-Syafie.


Kagum! 

Pilih siapa yang kamu ingin kagumi kerana bukan SEMUA orang perlu dikagumi. 

Salah seorang guru Imam As-Syafie rahimahullah, Syaikhul Islam Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata:

من عظم صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام

"Sesiapa yang MENGAGUNGKAN seorang ahli BID'AH, maka dia telah MEMBANTU untuk MENGHANCURKAN Islam" [Syarhus Sunnah 2/321]

Ini kerana Islam adalah Sunnah. Sedangkan bid'ah adalah lawan kepada Sunnah. 

Jika kamu mengagungkan dan mengagumi ahli bid'ah, maka kamu telah membantu untuk MENGHIDUPKAN KEBATILAN dan BID'AH dan dalam masa yang sama telah membantu MENGHANCURKAN ISLAM dan SUNNAH . 

Jadilah orang yang membantu untuk menegakkan Islam dan Sunnah. Jangan jadi sebaliknya.
‪#‎Arar. PJ 131213.

Tiada ulasan: