Innalilahiwainnailaihirojiun.
Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul
Quader Molla,Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh..
Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS:
Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya
saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga
merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung
yang tidak mengenal erti kebenaran.
Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan
terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang
meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam
negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di
peringkat antarabangsa.
Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal
terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik
dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013
lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan
Islam.
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan
ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa
kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Teruskan perjuangan menentang kezaliman,
mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar
kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!
حسبنا الله ونعم الوكيل
اللهم اقبله فى الشهداء واجعل دمه لعنه على قاتليه
Tiada ulasan:
Catat Ulasan