بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
1001 Sirah Nabi Muhammad SAW .
Kisah ini adalah mengenai Nilai Kasih Ibu. Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi ke kedai – RM4.00
Tolong jaga adik – RM4.00
Tolong buang sampah – RM1.00
Tolong kemas bilik – RM2.00
Tolong siram bunga – RM3.00
Tolong sapu sampah – RM3.00
Jumlah – RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata “Saya Sayangkan Ibu”.
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada muka surat yang ditulisnya.
Ya Allah.. lindungilah kami dripada bencana yg tidak diingini..
Ikhlas itu seperti Syukur ... Mudah diucapkan tapi sulit untuk dilakukan ... Namun dua2nya dapat diperoleh dengan kebiasaan. -MBS-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan