Selasa, 17 Disember 2013

2857. Seksa Neraka.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

1001 Sirah Nabi Muhammad SAW . Siksa Neraka.
Dari Abdullah bin Khaliq bin Jundub Al Jabili dia berkata, Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda yang bererti: “Sesungguhnya di Neraka ada enam ular bagaikan leher-leher unta yang menyengat seorang di antara penghuni Neraka tersebut maka dia mendapatkan panasnya selama tujuh puluh tahun. Dan di dalam Neraka ada kala jengking yang besarnya bagaikan kaldai dan salah satu di antaranya kala jengkng tersebut menyengat seorang dari penghuni Neraka maka dia mendapatkan pedihnya sengatan tersebut selama empat puluh tahun.” (HR Imam Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim, dan Al Baihaqi)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka di neraka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ” (Al Ghasiyah: 6-7)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; [46] Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. ” (Ad Dukhan: 43-46)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. ” (Al Haqqah: 35-37)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka). Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati dan selain dari itu ada lagi azab seksa yang lebih berat ” (Ibrahim: 16-17)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat Neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. ” (Al Kahfi: 53)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika mereka meminta minum, mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang  mendidih yang menghanguskan muka mereka.Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina). ” (Al Kahfi: 29)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu.” (Al-Baqarah: 24)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka aku peringatkan kalian dengan api neraka yang menyala-nyala.” (Al-Lail: 14)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sekali-kali tidak, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak, yang mengupas kulit kepala.” (Al-Ma’arij: 15-16)

Nabi saw. bersabda ertinya: “Api yang kamu nyalakan di dunia ini hanya sepertujuh puluh dari panas api neraka. Kalau sebahagian kecil sahaja api neraka jatuh ke dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya.” (HR. Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya: 
“Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya.” (HR Bukhari & Muslim).
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: