Selasa, 17 Disember 2013

2861. Dakwah.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"Kalau kamu berdakwah, dirimulah role modelnya, jagalah tingkah laku. Berkatalah dengan lemah lembut, jauhilah mengumpat dan mencerca. Biarlah perkataanmu menyedarkan dan menginsafkan manusia.

Kalau ada orang yang mengata, mencerca atau menghina, bersabarlah. Jika ada yang memuji, kembalikanlah kepada Allah. Tidak boleh menerima pujian itu dengan gembira, kerana segala pujian itu hanya layak bagi Allah SWT.

Kamu berdakwahlah, ajaklah manusia kepada Allah SWT, bukan kepada dirimu. Kalau kamu benar-benar berdakwah dengan ikhlas, ramai orang akan masuk Islam di tanganmu, sementara orang yang sudah Islam, Islamnya akan meningkat setiap masa." 

Tiada ulasan: