بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Kekurangan kita, ada kelebihan bagi dia. Bangun pagi dan tidur yang sebelumnya dalam bibit rasa kecewa dan inilah antara ubatnya. Muhasabah diri kerana Allah S.W.T dalam menentukan hala tuju perjalanan hidup mengEsakan Allah S.W.T..
Ubatnya "Sabar itu separuh dari Iman"
Nukilan di bawah adalah sedutan dari http://ping.busuk.org/v/138962/bersyukur-dengan-kekurangan.html
Mencari Titik Terakhir...
Perjalanan kini bermula untuk mencari titik terakhir kehidupan...Monday, 27 May 2013Bersyukur dengan Kekurangan
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, 7)
Biasanya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?
BERSYUKUR kepada Allah S.W.T..! Ya, yang tu la seharusnya.
Tapi... macam mana pulak kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Ramai mana yang akan bersyukur kepada Maha Pencipta?
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Kalau dalam 100% tu, mungkin hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa semua ujian dari Yang Maha Esa.
Sedaqkah kita... beruntunglah bagi orang yang selalu bersyukur dan sabaq. Sebenaqnya banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang bersyukur dan sabaq dengan ujian yang diturunkan.
Saya pasti hangpa semua mesti pernah dengaq kata-kata ini: "After every storm there is a rainbow." Selepas setiap guruh, adanya pelangi.
Walau apa pun ujian yang menimpa kat diri kita ni, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah SWT kerana janji Allah SWT itu pasti..
Biaq kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Kita buruk pada pandangan manusia, tapi kita 'awesome' sisi pandangan Allah SWT..
Bila kita pikiaq setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah SWT kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
Ingatlah,
Allah SWT Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Sebab apa?? supaya manusia tu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Orang-orang yang kaya tolong yang miskin, yang sihat pulak tolong yang sakit dan lain-lain.
Kita kena selalu ingat langit tu tidak selalu cerah dan kita tidak selalu dok kat atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari nanti kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya kita kena besyukur, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang yang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah SWT kepada kita?
Mai kita renung-renungkan...
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan semangat kita. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
Dipetik dan diolah sikit dari artikel asal: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4528-bersyukur-dengan-kekurangan.html
Ya Allah Maha Benar: Berkatalah dengan berlapik, tidak semua kata boleh kita luahkan sewenang-wenangnya. Kerana kelebihan kita mungkin jadi kekurangan kepada orang lain. Jangan mudah kita jadi dikalangan yang kehampaan, walau pun kekurangan kita jadi cemuhan dan kekangan orang yang kita sayangi dan dekat dengan kita. Malah kita tidak dapat kata sokongan dari mereka. Allah SWT kan ada. Mengadulah kepada-Nya.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
vmct7.
7tcmv.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan