Jumaat, 20 Disember 2013

2879. Turki juga dikhianati.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Fethullah Gulen pendakwah Islam khianati Turki


Lima ketua polis telah dilucutkan jawatan  di Istanbul sehari selepas menahan 52 orang termasuk tiga anak menteri kabinet.atas tuduhan rasuah.

Seorang anggota kanan kerajaan yang ditangkap mendakwa siasatan itu bertujuan untuk mencemarkan reputasinya.

Ramai berpendapat, Persengketaan antara kerajaan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dengan Fethullah Gulen bekas sekutu yang sangat berpengaruh yang juga pendakwah Islam yang berpangkalan di Amerika adalah punca kemelut ini.

Gulen walaupun seorang pendakwah tetapi lebih cenderung kepada sekular. beliau menyeru para pengikutnya supaya membina sekolah tetapi bukan masjid. 


Fethullah Gulen
Kerajaan Turki sebelum ini telah menutup rangkaian sekolah sekular persendirian milik  pergerakan Hizmet yang diasaskan oleh Fethullah Gulen

Hizmet bergerak secara underground tanpa pertubuhan berdaftar dan keahlian yang rasmi. Namun Hizmet telah berkembang menjadi satu organisasi Islam tidak rasmi  terbesar di dunia. Pengikutnya dilaporkan menderma 5 hingga 10% daripada pendapatan mereka kepada pertubuhan yang berkaitan dengan Hizmet

Terdapat berjuta-juta ahli Hizmet dalam kerajaan Turki. Antara mereka adalah pemegang jawatan tinggi dalam kerajaan seperti pasukan polis, risikan, kehakiman dan dalam parti AK sendiri. Mereka banyak melakukan jenayah terhadap musuh iaitu pihak yang menentang Gulen.

Seorang ketua polis yang menulis tentang pengaruh Gulen dalam pasukan polis dan kehakiman dihukum penjara. Dua orang journalis penyiasatan juga mengalami nasib yang sama kerana mendedahkan perbuatan Gullen. 

Lima pegawai tinggi polis yang dilucutkan jawatan ada kemungkinan terlibat dengan Gullen sehingga menahan 52 orang mengikut kehendak Gullen. 

Sumber:
http://www.wasukalu.com/2013/12/fethullah-gulen-pendakwah-islam.html

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: