Jumaat, 20 Disember 2013

2884. Ku ingin engkau tahu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Sedut Berita Dari: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/12/surat-terbuka-ahli-parlimen-kuantan.html

Surat Terbuka Ahli Parlimen Kuantan Kepada MKN.. Saksikanlah Posted by Addin Deen

Kenyataan Media MKN bertarikh 18 Dise bertajuk "Perkembangan Terkini Status Bencana Banjir Seluruh Negara dan Persiapan Kerajaan Dalam Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013|2014" ada lah dirujuk.

Disini saya ingin mengalu-alukan pemakluman berkenaan kemungkinan berlakunya Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013 beserta dengan langkah-langkah menghadapi situasi ini yg telah di gariskan oleh Setiausaha MKN Datuk Mohammad Thajudeen Bin Abdul Wahab. 

Saya juga mengalu-alukan langkah mengaturgerak aset pengurusan banjir di negeri-negeri yang tidak terjejas banjir ke negeri Trengganu, Pahang dan Johor.

Alangkah baiknya sekiranya MKN telah berbuat demikian sewaktu Gelombang Pertama dahulu.

Oleh kerana banjir Gelombang Pertama merupakan sesuatu yang luarbiasa, juga tanpa amaran menyeluruh yang dikeluarkan oleh MKN, didapati keadaan amat gawat pada awal pagi 4 Disember apabila didapati ribuan mangsa telah berpindah ke Pusat -Pusat Pemindahan Banjir di Kuantan. 

Didalam keadaan yang sungguh gawat ketika itu, saya berasa amat kesal kerana MKN lambat bertindak dan lambat pula mengambil langkah-langkah korektif daripada pengurusan banjir secara biasa kepada pengurusan banjir secara luar biasa.

Saya juga berharap semoga MKN telah belajar melalui kesilapan mereka didalam menghadapi Gelombang Pertama Banjir 2013 dan telah juga mengambil langkah penambahbaikkan di dalam Prosedur Pengurusan di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir.

Di antaranya ialah supaya MKN melantik pihak yang terlatih dan tidak terlibat dengan banjir untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir. Di dalam keadaan JKKK - Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Kampung bertanggungjawab mengurus Pusat-Pusat Permindahan, disini lah kita lihat kelemahan -kelemahan didalam pengurusan Pusat Pemindahan dan justeru itu kelemahan didalam menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir. 

Diantaranya: 

1) Mereka sendiri (JKKK) merupakan mangsa-mangsa banjir sebab mereka pun dari kawasan setempat. Maka lambat lah mereka dapat mendaftar diri untuk menjalankan tugas. Mereka juga perlu selamatkan diri, keluarga dan harta benda. Saya kira mereka patut di bebaskan dari beban mengurus Pusat Pemindahan.

2) Adalah diiktiraf bahawa mereka(JKKK) punyai pengalaman uruskan mangsa banjir yang biasa berlaku tiap tahun dimana mangsa banjir di Pusat Pemindahan berjumlah paling ramai 500 orang rata2. Namun mereka sama sekali tidak punyai kepakaran pentadbiran mahupun kemampuan mengurus Pusat Permindahan dimana terdapat 3000 sehingga 5000 mangsa banjir seperti yang berlaku sewaktu Gelombang Pertama baru-baru ini. Sebab itu lah kita dapati banyak aduan mangsa yang kelaparan didalam keadaan makanan bertimbun-timbun. Antara alasan yang di berikan JKKK ialah peralatan tidak mencukupi. Pada saya itu ialah isu pentadbiran yang seharusnya boleh di atasi namun gagal diatasi oleh pihak pengurusan Pusat Pemindahan iaitu pihak JKKK. 

3) Begitu juga apabila mangsa terpaksa tidur diatas lantai simen selama 3 atau 4 malam kerana kekurangan alas tikar dan selimut. Saya yakin ianya sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya pengurusan Pusat Pemindahan Banjir diurus dengan cara lebih profesional. 

4) Makanan yang diperlukan diawal mangsa dipindahkan ialah makanan segera dimakan seperti roti. Apa yang dilihat berlaku ialah terdapat beras bertimbun dan sardin dalam tin didalam keadaan tiada siapa yang bersedia untuk memasak. 

5) Melantik pihak profesional untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir juga boleh mengelak daripada keadaan pilih kasih berlaku. Oleh kerana JKKK adalah merupakan dari kampung yang terlibat mereka dikenali oleh semua warga di Pusat Pemindahan. 

Aduan pilih kasih dan pemberian kepada kroni, samada benar atau tidak boleh di elakkan.Kita harus akur bahawa keadaan mangsa banjir yang menyabung nyawa meninggalkan rumah mereka dalam air yang deras. 

Kemudian pula dalam keadaan kesejukan tiada makanan dan tiada pakaian gantian dan juga tiada selimut, telah melalui keadaan trauma yang amat tinggi. Wajarlah kebajikan mereka diuruskan oleh pihak yang tidak terlibat dengan banjir yang tentu sekali boleh memaparkan tahap pengurusan yang lebih profesional. 

Akhir kata saya ingin menyeru supaya MKN sendiri bersifat lebih profesional didalam menangani insiden banjir Gelombang Kedua ini sekiranya berlaku (doa dijauhkan Allah). 

Juga diharap tidak sekali-kali di politikkan isu ini seperti dalam jawapan Setiausaha MKN kepada surat terbuka Nur Adilla Abdul Rahim.Bencana Banjir Besar seperti ini tidak diingini oleh sesiapa. 

Akan tetapi Allah SWT sahaja yang tahu akan hikmahnya. Dan sama-sama lah kita bantu membantu diantara satu sama lain tanpa mengira sempadan politik.
Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
Naib Presiden KEADILAN

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: