Sabtu, 21 Disember 2013

2887. Sikap yang wajar dihindari.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Baca, baca tadi teringat satu kisah lampau. Di Plaza Tol Senawang. Aku sendirian waktu itu. Ketika menghampiri Pondok Plaza Tol, tiba-tiba sebuah kereta memintas dengan lajunya. Oleh kerana terkejut, aku secara automatik terhon. Biar dia dulu, mungkin kecemasan agaknya.

Rupa-rupanya dia tidak puas hati, mungkin sebab aku hon tadi tu. Dia menghala exit Plaza Tol Seremban. Tidak semena-mena dia melemparkan sesuatu ke arah kenderaan aku. Cekap orang itu melempar, terus masuk dalam kenderaan aku. Alhamdulillah dengan izin-Nya kebetulan memang aku turunkan cermin tingkap. Agaknya kalau aku yang memintas dia, bagaimana agaknya tindak-tanduk ketidak-puasan-hatinya ye. Setakat ini memang aku tidak pernah buat memintas giliran di plaza tol. Alhamdulillah tidak terfikir pun hendak buat begitu.

Kisah berikutnya, Sikap yang wajar dihindari: 
Sahaja mengagaklah ye! - Sanggup berlanggar semata-mata hendak bayar tol. 
Perbuatan yang mengesankan kepada pelaku 
DAN 
menyebabkan kerugian dan gangguan kelancaran lalulintas sebagai akibat: 
Baca selanjutnya di: http://omakkau.blogspot.com/2013/12/ada-rakyat-kita-sampai-sanggup.html

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: