Ahad, 29 Disember 2013

2958. Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja: www.peceq.blogspot.gr 
بسم الله الرحمن الرحيم

Surat YB Fuziah Salleh Kepada Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE) Bertanyakan Status Wang Bantuan Banjir Tersebar. 

Pada 24hb Disember lalu heboh satu dunia Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia. 


Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pahang dan Kelantan, baru-baru ini. Bencana alam terbabit menyebabkan kemusnahan rumah dan kerosakan harta benda. 
Antara inisiatif yang akan dilaksanakan Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE, termasuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah, selain menyediakan barangan keperluan asas. 

“RCA akan mendapatkan semua bekalan barangan berkenaan daripada pasaran tempatan,” katanya. 

Menurut laporan itu, inisiatif berkenaan akan membolehkan lebih 100,000 mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. 

YB Fuziah Salleh sebagai wakil rakyat berstatus Ahli Parlimen Kuantan yang bertanggung jawab dipilih rakyat maukan agar bantuan tersebut turut dirasai oleh penduduk Kuantan yang amat teruk terkesan dan terjejas dengan bencana banjir besar baru-baru ini.

Untuk itu beliau terpaksa mengutus surat kepada Presiden UAE secara terus untuk mendapatkan kepastian.

Sumber:
http://addin77.blogspot.com/2013/12/surat-yb-fuziah-salleh-kepada-presiden.html
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: