Posted: 29 Dec 2013 08:03 AM PST
SHAH ALAM - Kenaikan harga barang dan perkhidmatan telah mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, walaupun bekas Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah pun menyuarakan mengenai perkara itu, hari ini beliau terus menyindir tindakan kerajaan.
Beliau yang juga pendakwah bebas itu turut meluahkan rasa mengenai tindakan kerajaan apabila menerima respons rakyat berhubung perkara tersebut. Mohd Asri berkata, tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir dan dianggap untuk menjatuhkan kerajaan. "Inilah nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara. "Diri diancam undang-undang penderhaka, jika diam menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda. "Naiklah harga semahunya, jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa punya?," tulisnya di laman Twitternya, hari ini. -Sinar Harian
Sumber:
|
Isnin, 30 Disember 2013
2977. Milik siapa Malaysia?.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan