Selasa, 31 Disember 2013

In Syaa Allah. Aku juga turut mendoakan. Aamiin Ya Robbal alaamiin. 3003.


Posted: 30 Dec 2013 02:33 AM PST

Felixia Yeap, gadis Playboy Bunny berazam ikut kelas agama tahun depan

Felixia Yeap semasa diwawancara di TV Al-Hijrah semalam.Felixia Yeap semasa diwawancara di TV Al-Hijrah semalam.Felixia Yeap, bekas Playboy Bunny berazam untuk mengikuti kelas agama (Islam) mulai tahun depan dan akan terus lebih banyak memakai hijab.
"Felixia harap lebih banyak pakai hijab tahun depan... dan Alhamdulillah tidak akan 'let you down'," kata Yeap dalam slot Asssalamualaikum yang disiarkan oleh TV Al-Hijrah semalam.
Dia juga berkata selalu bertanya kawan-kawannya tentang solat walaupun belum belajar secara khusus tentang Islam.

Yeap, seorang model bukan Islam, yang tampil dengan memakai tudung warna krim dan jubah berwarna gelap diwawancara oleh pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie.
Jelitawan berusia 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu mula memakai hijab beberapa bulan lalu.
Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider sebelum ini, Yeap berkata beliau mula memakai hijab ketika menjadi model yang memerlukannya memakai tudung.
Felixia Yeap (kiri) berkongsi pendapat dengan pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie (kanan). Felixia Yeap (kiri) berkongsi pendapat dengan pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie (kanan)."Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya.
"Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya.
Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu.
Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau.
Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan kerjaya sebagai model.
Ketika ditanya oleh pengacara TV Al-Hijrah semalam apa rancangan beliau untuk lima tahun akan datang ini, Yeap berkata, kalau boleh beliau mahu meneruskan kariernya sebagai model.
"Tetapi dengan pakaian yang menutup aurat," kata Yeap yang fasih berbahasa Malaysia itu.
Beliau yakin dengan memakai pakaian yang berhijab ia tidak menyekat rezeki beliau.
"Rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Kalau satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka," kata Yeap menjawab soalan Amin yang disokong oleh Irma yang juga tidak bertudung sebelum itu.
"Saya sokong dengan Felixia. Dulu saya pun macam itu, orang kata akan hilang 'job'lah dan sebagainya. Tetapi tidak, akan ada rezeki kita," kata Irma menyokong Yeap.
Ketika ditanya pengalamannya memakai hijab, Yeap berkata, dia tidak ada masalah dengannya kerana, "Saya takut sejuk. Bila pakai pakaian muslimah ini tutup semua, so tidak rasa panaslah".
Ketika ditanya, apakah perasaan beliau ketika dikatakan fesyen berhijab ini ortodoks dan kuno, Yeap tidak bersetuju dengannya.
"Felixia rasa busana muslimah lebih banyak 'styling', macam selendang yang saya pakai dan baju jubah ini, fesyennya lebih banyaklah sekarang dan tidak nampak 'boring'," katanya.
Menurutnya juga, sekarang ini, hampir semua waktu beliau di luar akan memakai hijab walaupun bukan semasa bekerja sebagai model.
Ketika ditanya apa reaksi kawan-kawannya, Yeap berkata, ada yang tidak boleh menerimanya tetapi beliau berkata, "Alhamdulillah banyak yang boleh terima". – 30 Disember, 2013.
islamconverts.wordpress.com
http://r.search.yahoo.com/_ylt=AwrWnS8nlMxbTmEAiYHuPwx.;_ylu=X3oDMTBtdXBkbHJyBHNlYwNmcC1hdHRyaWIEc2xrA3J1cmw-/RV=2/RE=1540162727/RO=11/RU=https%3a%2f%2fislamconverts.wordpress.com%2f2014%2f07%2f08%2fformer-malaysian-playboy-model-has-converted-to-islam%2f/RK=2/RS=68OMosueOplceip8sIqIo6scbA8-

http://blog2-politik.blogspot.com/2013/12/manjadda-wajada_30.html
urv.

urv

Tiada ulasan: