Isnin, 30 Disember 2013

Nota. 2990.


Islam peradaban hidup menurut Perintah dan Larangan Allah Subhanahu Wa taalla sebagaimana yang disampaikan melalui Nabi Muhammad, Nabi Junjungan, Rasulullah ﷺ

DUA DOSA BESAR YANG DIBALAS SEGERA DI DUNIA. 
Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud: 

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi) 

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa balasan kepada kedua-dua maksiat tersebut di atas akan mendapat balasannya secara tunai di dunia ini sebelum azab yang lebih dahsyat akan diterimanya di hari akhirat nanti.

Dua dosa besar iaitu melakukan zina dan menderhaka kepada dua orang tua adalah perbuatan dosa yang tidak ditangguhkan Allah hingga hari kiamat tetapi diberi balasan kerana perbuatan tersebut merosakkan keturunan dan menafikan hak dan kemuliaan orang tua yang melahirkan dan membesarkannya.


Pertama: Kejahatan zina.

Dalam sebuah hadis, Baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam ada bersabda maksudnya: 

"Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat.

Ada pun yang berlaku di dunia ialah:

1. Kehilangan keceriaan wajah,

2. Pendek umur dan

3. Sentiasa dalam keadaan susah.

Manakala tiga balasan di akhirat ialah:

1. Kemurkaan Allah,

2. Balasan yang buruk, juga

3. Azab di Neraka. "

Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, maka akan keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula. 
Dalam sebuah hadis lain, riwayat Al-Hakim, Baginda ﷺ bersabda maksudnya: 

Barang siapa berzina atau pun minum arak, Allah cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya.” 

Hadis-hadis di atas dan juga hadis-hadis lain yang tidak dijelaskan di sini menyatakan bahawa seorang hamba yang melakukan zina, imannya telah keluar daripada dirinya. Bermaksud andainya dia benar-benar beriman kepada Allah, dia tidak akan berzina.

Apabila seseorang itu telah terjebak dengan zina, dia akan ketagih dan sentiasa terangsang. Tidak ada sesuatu pun yang hendak ditakutkan, lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak mengandung dan tidak ditangkap basah. Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan memahami hukum syariah, dia akan memahami bahawa zina itu adalah termasuk dalam salah satu dosa besar yang membinasakan.

Sekiranya seseorang itu terlepas daripada balasan dunia, kerana undang-undang itu tidak dilaksanakan, tiada undang-undang zina atau kerana sebab lain, balasan di akhirat tetap sedia menanti kecuali mereka yang bertaubat. Allah berfirman maksudnya: 

Mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah al- Furqan ayat 68-70).

Bukan sahaja perbuatan zina itu larangan Allah, bahkan berjinak-jinak dengan punca-punca terjadinya zina juga dilarang. Firman Allah Subhanahu Wa ta'alla maksudnya: 

Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan.” (Surah Al-Isra’ ayat 32)

Imam Ahmad mengatakan: 
Aku tidak tahu ada dosa yang lebih besar setelah membunuh jiwa daripada zina.”

Kepapaan boleh berlaku kerana perbuatan zina menyebabkan lahirnya anak zina yang tiada hak untuk mendapat harta pusaka. Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam maksudnya: 

Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam Neraka adalah mulut dan kemaluan.” (Riwayat Tirmizi)

Ibnu Mas’ud r.a berkata: 
Tidaklah muncul riba dan zina pada suatu daerah kecuali Allah akan mengizinkan kehancurannya.”

Akibat daripada berleluasanya zina maka lahir penyakit berjangkit dan kerosakan akhlak dalam masyarakat. Ia menimbulkan pecah belah keluarga dan krisis rumah tangga. Dan kerosakan keturunan manusia dengan lahirnya anak tak sah taraf (anak luar nikah). Kesemua ini menyebabkan keruntuhan budaya dan tamadun hidup manusia. Apabila berlaku demikian, hati tertutup untuk menerima taufiq dan hidayah daripada Allah Subhanahu Wa ta'alla. Memohonlah keampunan daripada Allah Subhanahu Wa ta'alla atas segala kemungkaran yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Islam memandang jenayah zina sebagai satu jenayah yang sangat keji dan tidak bermoral. Ia bukan sahaja membiakkan penyakit berjangkit seperti AIDS dan Siplis tetapi juga merosakkan sistem kekeluargaan, menghancurkan rumah tangga, menimbulkan ketidak harmonian dalam masyarakat, melahirkan jenayah rogol yang berleluasa, wujudnya anak luar nikah tanpa bapa sekaligus membawa kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa. Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam maksudnya: 

Jika zina dan riba sudah muncul di suatu qaryah bererti mereka sudah menghalalkan diri mereka untuk diseksa oleh Allah Subhanahu Wa ta'alla.” 

Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam lagi maksudnya: 

“Tidak ada sebarang dosa yang lebih besar selepas syirik selain daripada setitik air mani yang ditumpahkan oleh seseorang ke dalam rahim yang tidak halal baginya.” 

Sebuah lagi hadis maksudnya: 

“Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi mengutuk orang yang berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam Neraka dapat mengganggu ahli Neraka kerana sangat busuknya.”

Firman Allah Subhanahu Wa ta'alla maksudnya: 

Dan janganlah kamu menghampiri zina, (kerana) sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan membawa kerosakkan.” (Surah Al-Israk ayat 32)

Berdasarkan ayat ini apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada gejala zina seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, membaca buku-buku dan majalah lucah, melawati laman-laman web lucah serta menonton VCD / DVD yang membangkitkan selera syahwat hukumnya adalah haram.

Sahabat, 

Marilah kita jauhi dan cuba membaiki masyarakat kita supaya gejala sosial yang parah seperti berzina ini dapat kita elakkan berlaku. Semua pihak samaada ibu bapa, guru-guru, jabatan agama Islam, jemaah Islam, persatuan bukan kerajaan (Islam), pihak penguasa polis . Rela, majlis perbandaran dan ahli jawatan kuasa masjid hendaklah bersatu tenaga menyekat dan menghalang daripada perkara maksiat berlaku dimerata tempat. Ketegasan pihak berkuasa adalah amat diperlukan untuk mengenakan undang-undang yang lebih tegas untuk mereka-mereka yang berdua-duaan dan menghampiri zina. Sekiranya diperingkat awal dapat dicegah maka gejala zina dan buang anak akan dapat di atasi In Syaa Allah.

Kedua: Kejahatan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Islam meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan.

Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api Neraka.

Firman Allah bermaksud: 

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Firman-Nya lagi bermaksud: 

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.” (Surah an-Nisa, ayat 36)

Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi. Rasulullah
 ﷺ menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim. Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud: 

“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).

Hadis itu menjelaskan ‘tidak menghormati orang tua’ sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim. Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji.

Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa. Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah.

Pelbagai bentuk pembalasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka. Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa.

Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan ‘kasar’ juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa. Firman Allah bermaksud: 

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Isra, ayat 23).

Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: 

“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang soleh yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak soleh adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya. Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud: 

“Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a., bahawa sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: 

“Sesungguhnya diantara dosa-dosa besar ialah seseorang itu melaknat (mencaci maki) kedua-dua orang tuanya (ibu bapanya),” lantas ditanyakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang boleh melaknat (mencaci maki) ibu bapanya sendiri?”.

Lalu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab: 

“Seseorang melaknat (mencaci maki) ibu atau bapa orang lain (kerana sebab-sebab tertentu), maka orang tersebut membalas cacian itu dengan mencaci maki (melaknat) ibu bapa yang mencacinya.” 

Berdasarkan kepada hadis tersebut juga maka dapat disimpulkan bahawa Islam bukan sahaja menjadikan perbuatan menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar, malah perbuatan mencaci maki, laknat melaknat yang membabitkan mereka juga dikategorikan sebagai dosa besar.

Caci maki ibu bapa orang lain, serupa mencaci ibu bapa sendiri. Sesorang mungkin tidak menyedari bahawa dengan mencaci maki ibu bapa orang lain juga dikira seolah-olah mencaci ibu bapa sendiri. Itu semua tidak sepatutnya berlaku dikalangan orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud: 

“Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah.” (Hadis riyawat Imam Bukhari )

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 

“Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang.” (Hadis riwayat Anas bin Malik)

Sahabat yang dikasihi, 

Banyak kita mendengar kisah-kisah benar berlaku apabila seseorang menderhaka kepada kedua ibu bapanya maka balasannya akan diterima di dunia lagi secara tunai. Kisah seorang sahabat Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bernama 'Alaqamah telah menyakiti hati ibunya bila di saat dia nazak dia tidak dapat mengucapkan kalimah syahadah hinggalah ibunya memaafkannya barulah dia boleh mengucapkan kalimah syahadah.

Kisahnya seperti berikut: 

Pada suatu ketika di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, seorang sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bernama ‘Alaqamah, apabila ajalnya sudah hampir tiba, keluarganya sudah berkumpul dan mereka mengajarkan untuk mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illallaah” beberapa kali tetapi sia-sia. Mulut ‘Alaqamah terkunci. Akhirnya mereka sampaikan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dan baginda menyuruh beberapa orang sahabat melihat akan hal itu, keadaan ‘Alaqamah tetap seperti itu juga tidak berubah, mulutnya tetap terkunci.

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam menyuruh agar membawa ibunya kepada baginda. Setelah tiba ibu ‘Alaqamah, baginda bertanya mengenai diri ‘Alaqamah, dan ternyata dia agak kecil hati pada anaknya, dan dia tidak mahu mema’afkan kesalahannya.

Dengan helah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengatakan kepada para sahabat yang ada di sana, supaya mengumpulkan kayu kering, dan tatkala ditanya sahabat apa gunanya, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengatakan untuk pembakaran ‘Alaqamah di hadapan ibunya. Mendengar yang ‘Alaqamah akan di bakar, maka ibunya dengan menangis, mengatakan, agar janganlah anaknya di bakar, dan dia bersaksi kepada Allah dan Muslimin yang ada di majlis itu mengatakan redhalah akan ‘Alaqamah, dan memaafkan akan dia.

Setelah itu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam menyuruh sahabat menjenguknya. Belum sempat mereka mengajarkannya lantas ‘Alaqamah terus mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illa llaah” dengan fasih dan lancar , dan dia pun mati dalam kalimah itu.

Sahabat,

Hanya mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa saja dua kejahatan yang termasuk di dalam dua dosa besar dan disegerakan balasannya di dunia ini dapat dijauhi. Kerana iman yang tertaman dihati ini akan melahirkan jiwa yang taat dan patuh kepada Allah
 Subhanahu Wa ta'ala dan menjauhi segala dosa dan larangan daripada Allah Subhanahu Wa ta'ala. Jika kita telah melakukan kesalahan dan dosa segeralah bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa ta'ala dan mohonlah ampun kepada kedua ibu bapa sebelum mereka kembali menemui Allah Subhanahu Wa ta'ala. dan ketika itu penyesalan tidak berguna lagi. 

MUHAMMAD UMAR AL FAROUQ : DUA DOSA BESAR YANG DIBALAS SEGERA DI DUNIA
http://muhammadumaralfarouq.blogspot.com/2010/12/dua-dosa-besar-yang-dibalas-segera-di.html

http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=75927137089051922#editor/target=post;postID=3869659963543012179

http://p3c3q.blogspot.com/2013/12/maksud-firman-allah-swt.html

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506693912719377&set=a.506693902719378.1073741826.506679122720856&type=1&theater

http://aik.my/pemimpin-yang-diberi-balasan-di-dunia.html

mijie88 says:
Tak lupa juga kepada haj’jah bin yusuf as-sokofi, bagaimana ganas & kejamnya dia ni sehingga membunuh ramai sahabat Nabi S.A.W termasuk anak angkat Nabi sendiri. Dia meruntuhkan Kaabah dan bina blk dari ideanya. Byk lgi kekejamanya tpi bagaimana akhir hidupnya sungguh tragedis

4 Iklan Raya Terbaik Sepanjang Zaman

Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus 
Pemimpin Yang Diberi Balasan Di Dunia. Berat tanggungjawab jadi pemimpin ni... http://aik.my/pemimpin-yang-diberi-balasan-di-dunia.html
☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤
Ya Allah, Ajari aku untuk TEGAR dalam menghadapi UJIAN duniaMu, 
Ajari aku untuk KUAT berdepan dengan setiap cubaanMu,
Ajari aku agar IKHLAS menerima segala KETENTUANMU..
Cekalkanlah HATIKU ini ya Allah,
Kentalkan Jiwaku dengan CHENTAMU,
Dan yakinkan diriku bahawa Engkau tetap SETIA denganku..
Ampuniku Ya Allah diatas segala KETERLANJURAN dan KHILAFKU..
Amin Ya Rabbal Alamin..
☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤
ღ(。◕‿◕。)ღ sEmEkAr sEnyUmAn ღ(。◕‿◕。)ღ

✮❤☆••• ღ Sekadar Renungan ღ •••☆❤✮

☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.
☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.
☑ Yang Sulit Itu IKHLAS.
☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Membakar Amal Itu GHIBAH.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Menenteramkan Hati Itu TEMAN SEJATI.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT.

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
(surah al-Baqarah : 127)
~* WAHAI Mohd Syaiful Azlan. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah
•.♥• Nasihatilah dia
......•.♥• Perbetulkan kesilapannya
•.♥• Jagalah dia dgn baik
•.♥• Kasihanilah dia
•.♥• Lindungilah dia
•.♥• Berilah kasih syg padanya
•.♥• Hargailah dia
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•.♥• Bersabar dengannya
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu .amiin..✿
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Jatuh kali pertama itu pelajaran
Jatuh kali kedua itu kelalaian
Jatuh kali ketiga itu kebodohan
Jatuh kali keempat itu peringatan
Jatuh kali kelima itu kegagalan
Jatuh berulangkali itu kejayaan...
Kita mendongak ke langit, meneliti alam yang begitu rapi dan tersusun dan kita melihat pada diri kita. Kita bertambah yakin bahawa kita ini bukan apa-apa, kita ini lemah, kita ini terlalu kerdil tetapi kita telah lupakan itu semua…….kita telah lupa diri kita siapa. Kita mula mengangkat tangan, kita tadahkan kedua tangan kita dengan penuh kerendahan dan kepasrahan. Kita menangisi kelalaian kita, kita mula insaf segala kesalahan dan dosa kita. Air mata mula mengalir membasahi wajah kita dan membersihkan segala kekotoran pada hati kita; dendam, kebencian, keraguan, kemarahan, keangkuhan dan kesedihan mengalir lalu bersama titisan air mata kita
♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
Kebahagiaan seorang mukmin semakin bertambah ketika ia semakin dekat dgn Tuhan-NYA,semakin ikhlas & mengikuti petunjuk-NYA.
Seorang mukmin sejati itu selalu merasakan ketenangan hati & kenyamanan jiwa. Dia menyedari bahawasanya ia memiliki Tuhan yg mengatur segala sesuatu dgn kehendak-Nya...
kerana kebahagiaan akan terasa semakiin kian terkikis ketika hati telah dibutakan oleh sebuah keinginan yg terlalu menuntut...
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥
Arahkan Mulut kami selalu menyebut Nama-Mu
Arahkan Mata kami selalu Melihat segala Keagungan-Mu
Arahkan Telinga kami selalu mendengar Lantunan ayat Suci-Mu
Arahkan Tangan kami selalu Mengerjakan sesuatu yang baik & Bermanfaat
Arahkan Kaki kami selalu berjalan menuju ke Rumah-Mu ♥ Masjid
Arahkan Qalbu kami selalu Mengingat-Mu untuk temui ketenangan ♥
aamin...
Memang Allah sengaja….

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
...
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..
Jangan hanya sujud ke "sejadah" saat susah. Jangan hanya mengenal "telekung" saat sesak. Jangan hanya memandang "qiblat" saat payah. Jangan hanya teringat "wudhu" saat lemas. Jangan hanya mengenal "tasbih" saat hanyut. Jangan hanya memandang "alam" saat alpa. Sayang yang tak kelihatan ada pada hati, letaknya iman. Carilah sayang Agung itu. Agar sayang tak lagi palsu.
Islam is...

Islam is a way of life, try it.
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an opportunity, take it.
Islam is not for sinners, overcome it.
Islam is not a game, don't play with it.
Islam is not a mystery, behold it.
Islam is not for cowards, face it.
Islam is not for the dead, live it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is love , love it.
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤ ´``•.ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤
Ya Muhaimin Kau peliharakan hatiku untuk terus mecintaiMu..
Ya Jabbar Kau gagahkan hati dan diriku dalam menempuh segala ujianMU..
Ya Ghaffar Kau maafkan segala kesalahanku pada diriMU...
Ya Sami’ Kau dengarlah rintihan hatiku yang merayu padaMU..
Ya Bashiiru Kau lihatlah aku dengan pandangan kasih sayangMu..
Ya Aliimu Kau sahaja yang mengetahui apa yang ada di hatiku ini..
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤ ´``•.ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤
http://muhammadumaralfarouq.blogspot.com/2010/12/dua-dosa-besar-yang-dibalas-segera-di.html

Tiada ulasan: