بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Tidak cukup duit rasuah, dia melacur pula.. !!
Index rasuah dikalangan anggota Polis Malaysia antara yang
tertinggi di dunia... mungkinkah index pelacuran dikalangan PDRM juga semakin
meningkat?
Seronok sangat Menteri Dalam Negeri bila ramai anggota PDRM yang
suka melacur... senang kerja Umno.. !!
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun
Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar perlu memberi penjelasan
mengenai tindakan pegawai kanan polis yang menyebarkan fitnah terhadap Ketua
Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata
demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali,
berhubung tindakan pegawai kanan Polis, SAC 1 Ismail Abd Rahman yang berkempen
memfitnah Anwar dengan menyatakannya terlibat dalam video seks fitnah.
Ucapan itu disampaikan dalam satu seminar bertajuk “isu-isu
keselamatan negara masakini’ melalui 4 siri seminar yang melibatkan 2000 warga
pendidik di Kelantan.
“Beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab tidak boleh berdiam
diri apabila pegawai kanan polis menyebarkan fitnah dan propaganda berlandaskan
kepada fakta yang tidak betul dengan menyampaikan ceramah kepada guru-guru
untuk menyebarkan fitnah.
“Tindakan polis sebarkan dakyah propaganda kononnya Datuk Seri
Anwar dalam video itu adalah satu bentuk pelanggaran etika kepolisian.
Sedangkan setiap laporan perlu disiasat dan episod siasatan itu dianggap sulit
sebelum kertas pendakwaan diserah kepada pendakwaraya.
Katanya, tindakan Hishamuddin yang bersungguh untuk menyaman Anwar
kerana dikaitkan dalam video itu merupakan satu lagi justifikasi bahawa pihak
polis hanya menjadi alat kepada Umno-Barisan Nasional.
“Dari awal lagi kita tahu Polis tidak bersungguh untuk menyiasat
laporan polis yang dibuat Anwar. Polis hanya menjadi perkakas dan alat kepada
penguasa,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Shamsul turut mempersoalkan sikap berdiam diri
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam isu itu. Malah katanya, Ismail
turut senyap dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan Anwar.
“Dalam isu ini saya merasa hairan mengapa Ketua Polis Negara
cuba melarikan diri, sedangkan Timbalan nya Khalid Abu Bakar pula kelihatan ke
depan dengan membuat kenyataan terhadap Datuk Seri Anwar.
“Apakah ini ada agenda sebaliknya. Apakah Ketua Polis negara
sendiri tidak bersetuju dengan video fitnah maka kuasa beliau cuba diambil oleh
pihak eksekutif iaitu menteri dengan menggunakan timbalannya untuk dijadikan
alat makanya sudi diperkudakan Umno- Barisan Nasional,” katanya.
Menurut Shamsul, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran juga perlu memberi penjelasan mengapa golongan guru
dipergunakan dalam siri kempen fitnah berkenaan.
“Timbalan Perdana menteri yang juga Menteri Pelajaran yang
bertanggungjawab terhadap profesionalisme perguruan dan menjaga guru-guru, apa
relevannya peranan guru-guru yang dihidangkan dengan video lucah sedangkan
teras dalam hal perguruan adalah untuk mendidik pelajar menjadi masyarakat yang
bertamadun,” tegas
beliau.
<div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&timezone=PST&color=black&size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan