بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salah guna istilah wujud
Agak lama juga Demang tidak menulis di blog ini. Sibuk sikit
dengan urusan perniagaan. Semakin meningkat usia, masa yang Allah beri dirasa
semakin singkat.
Kali ini Demang nak panjangkan pesanan guru Demang di USM dulu,
iaitu Dr Ishak Ramly.
Kata beliau, istilah WUJUD sepatutnya khusus untuk Allah Taala
sahaja kerana ia mempunyai definisi uniq.
Maksud beliau, tidak wajar diguna wewenang dalam konteks lain.
Contohnya: "bank tersebut telah diwujudkan bagi membantu..."
Sepatutnya: "bank tersebut telah ditubuhkan bagi membantu..."
Satu lagi contoh: "telah wujud beberapa kumpulan
pendesak...." yang sepatutnya di tulis: "telah muncul beberapa
kumpulan pendesak...."
Perkataan wujud bukan daripada bahasa Melayu. Ia tiba ke tanah
melayu bersama kemasukan Islam. Bahkan ia muncul khusus bagi memberi kefahaman
tentang sifat Allah Taala.
Demang fikir pencabulan terhadap penggunaan perkataan itu
bermula daripada penulis yang gemar memanipulasi istilah bagi menyedapkan
bahasa. Mereka lupa bahawa selain niat, perkataan yang dikeluarkan juga boleh
merosakkan aqidah.
Wujud tidak sekadar bermaksud 'ada' kerana perkataan 'ada' bagi
sifat benda ialah daripada tiada kepada ada dan daripada ada menjadi tiada.
Contohnya, manusia. Asalnya Adam itu tidak ada. Kemudian Allah
Taala ciptakan Adam. Maka Adam pun 'ada'. Namun kemudian Adam dilenyapkan
daripada muka bumi ini. Adam sudah tiada.
Hal tersebut bertentangan dengan Allah Taala yang tidak bermula
dan tidak ada pengakhiran. Istilah yang digunakan untuk sifat yang begitu ialah
WUJUD.
Maka jika ada yang mengatakan "persatuan itu telah wujud
sejak 1985" maka ia tidak menepati maksud perkataan 'wujud'. Malah jika
diterbalikkan kenyataan itu ia boleh memberi kefahaman bahawa Allah juga
bersifat seperti persatuan yang boleh 'ada' dan boleh 'tiada'.
Demang amat bersetuju dengan guru Demang itu dan berharap semua
pihak tidak lagi menyalahguna sifat wajib Allah taala tersebut secara
semborono.
Bahasa Melayu amat kaya dan ada banyak perkataan yang boleh kita
pilih dan guna mengikut kesesuaian.
Wallahu'alam.
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&timezone=PST&color=black&size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div>
<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
Tiada ulasan:
Catat Ulasan