بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Taktik KOTOR UMNO #1:
Tidak Berupaya Bezakan
Negara dan Parti. Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas
tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah
dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN.
Taktik KOTOR UMNO #2:
Salahguna Kuasa Untuk
Kepentingan Politik. Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam
Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM
yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di
negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan
negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip
Perlembagaan Persekutuan.
Taktik KOTOR UMNO #3:
Politik
Perkauman. Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih
mewarisi politik ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah British.
Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu tergugat dan Insiden
Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA dan Pemuda UMNO, maka konsep 1
Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong yang tidak bermakna sahaja.
Taktik KOTOR UMNO #4:
Politik
Wang.
Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah. Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap.

Taktik KOTOR UMNO #5:
Penipuan
dalam Pilihanraya. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) didapati adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta
mempunyai pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta
peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak kerajaan untuk
menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada perkembangan yang
positif.
Taktik KOTOR UMNO #6:
Akta
Zalim Menindas Hak Asasi. Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan
dua akta yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan.
Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Perhimpunan
Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk mencabuli
hak asasi rakyat.
Taktik KOTOR UMNO #7:
Menguasai
Media dan Putar-Belit. Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN
telah menjadi alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat
sebelah serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut
hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak
berupaya membuka minda masyarakat umum.
Taktik KOTOR UMNO #8:
Fitnah
dan Aibkan Pembangkang. Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas
Pakatan Rakyat seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau
belajar dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan
sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang polis
adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal.
Taktik KOTOR UMNO #9:
Budaya
politk samseng dan ganas. Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan
diserang oleh penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan
banner, bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang
tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih
bermaharajarela sampai hari ini.
Taktik KOTOR UMNO #10:
Alih Fokus dan Tipu Helah. Apabila ditentang kuat oleh
masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus
untuk meredakan bantahan daripada masyarakat umum. Dalam isu Lynas, kerajaan
UMNO/BN sanggup menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan
dihantar keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani
<div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&timezone=PST&color=black&size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div>

<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">

Tiada ulasan:
Catat Ulasan