بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Pesanan Terakhir Seorang Ayah Kepada Anaknya Di Facebook
Pesanan Terakhir Seorang Ayah
Kepada Anaknya Di Facebook
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada
para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Hari ini Dr Fuh ingin
berkongsi satu kisah yang amat menyentuh hati dan boleh dijadikan pengajaran.
Dr Fuh tak dapat pastikan kisah ini adalah kisah benar ataupun rekaan
semata-mata. Walau bagaimanapun kisah ini haruslah kita jadikan panduan dan
juga pengajaran. Sama-sama kita hayatinya.
Seorang pemuda duduk
di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox.
Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian
‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua
dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
“Salam.
Ini kali pertama abah
cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah
pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej
ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama
kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak
sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu
akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah
atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang
duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak
sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu,
abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah,
abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah
seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak
faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan
mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami
berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah
rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng
motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan
pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat
bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali.
Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik
dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan
kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk
asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu.
Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah
dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika
di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon
kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia
kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting
dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah
sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh
dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti
tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah.
Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu
sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit
atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat
abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu
kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang
terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah.
Bercerita
pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas
curahan hati abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati.
Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu
berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara
dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada
Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya.”
Pemuda menitiskan air mata.
Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca
setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi
mampu memeluk tubuh tua ayahnya.
Sumber:
http://fuh.my/pesanan-terakhir-seorang-ayah-kepada-anaknya-di-facebook/
http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/01/sayu-mesej-terakhir-seorang-ayah-kepada.html
<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
Tiada ulasan:
Catat Ulasan