بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Panas!!! Sabah Sarawak Akan Berpisah Dari Semenanjung?? Adakah Kerana Politik Ketuhanan Melayu Terlalu Menebal Di Semenanjung
Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang termiskin dalam negara dan tidak mendapat peruntukan pembangunan yang banyak.
Pentarafan ke bawah Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia bertentangan dengan apa yang dirancang pada 1963 sebagai rakan setaraf.
Pemerkosaan dan penjarahan berterusan terhadap kekayaan minyak dan sumber Sabah dan Sarawak selain peruntukan pembangunan yang kecil tidak lagi boleh dibiarkan.
Walaupun pada masa amat diperlukan, rakyat Sabah dan Sarawak dilayan tidak sama adil dengan rakyat Malaysia di semenanjung,” katanya, mengulas tulisan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengenai peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.
Arifin menulis mengenai perkara itu dalam bukunya yang bertajuk Hak Perlembagaan Sabah dan Sarawak yang dilancarkan baru-baru ini. Perjanjian Malaysia perlu dilaksanakan dan dipenuhi.
Bukan sahaja terma dan syarat pembentukan Malaysia seperti terkandung dalam perjanjian 1963 dan beberapa dokumen serta jaminan lisan dan janji tidak dipenuhi, ada banyak pindaan perlembagaan yang dibuat menghakis hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata, pemimpin “dua negara perlu fokus dan bercakap dengan satu suara”.
Katanya, pendirian bersama negeri Borneo di Malaysia sepatutnya tidak diletakkan sebarang terma.
Pendirian lain akan memberikan pemimpin persekutuan Malaya tanggapan yang salah dan andaian bahawa Sabah dan Sarawak tidak serius terhadap tuntutan untuk terma dalam pembentukan Malaysia dipenuhi.
“Mereka akan terus kekal selesa dalam pejabat mereka di Putrajaya dan tidak peduli kepada penduduk Sabah dan Sarawak hingga tiba waktu pilihan raya,” katanya.
Kitingan juga bercakap mengenai janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibuat kepada rakan gabungan Barisan Nasional (BN) di Sarawak bahawa akan ada rombakan Kabinet selepas Perhimpunan Agung Umno pada awal Disember 2013.
Rombakan itu adalah bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati ahli Parlimen dari Sarawak terhadap agihan jawatan menteri selepas pilihan raya umum lalu. "Najib gagal melakukan rombakan Kabinet,” katanya.
Kitingan mencadangkan bahawa mungkin parti BN Sarawak dengan sokongan Yang Dipertua Negeri baharu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di belakangnya patut meninggalkan BN dan lihat apa yang akan berlaku memandangkan perdana menteri tidak melihat desakan untuk mempertimbangkan kepentingan parti BN di Borneo.
Beliau berkata, jika perkara itu berlaku, tidak mengejutkan jika perdana menteri, timbalan perdana menteri dan pemimpin tinggi di Umno termasuk bekas perdana menteri akan beratur ke Kuching untuk memujuk komponen BN di Sarawak dan gabenor jangan membuang BN.
Kitingan berkata, layanan buruk kepada rakyat Sabah dan Sarawak boleh dilihat menerusi bantuan banjir daripada persekutuan, baru-baru ini.
“Di semenanjung, bantuan tunai dan pelbagai lain dicurahkan daripada pelbagai kementerian dan pihak lain sementara Sabah dan Sarawak terima hampir tidak ada apa-apa daripada kerajaan persekutuan.
“Selepas 50 tahun dilihat sebagai tidak penting dan menjadi mangsa, Perjanjian Malaysia dan semua janji serta jaminan perlu dilaksanakan dan dipenuhi,” katanya.
Kitingan berkata, ada peruntukan untuk menyemak perjanjian itu selepas 10 tahun, tetapi selepas 40 tahun berlalu, tiada apa yang dilakukan.
“Usul untuk membincangkan perkara itu di Parlimen juga ditolak kerana ia dikatakan tidak penting dan tidak mendesak.
“Jika selepas 50 tahun, ia masih tidak mendesak, jangan harap rakyat Sabah dan Sarawak akan menunggu 50 tahun lagi untuk ia jadi penting,” katanya.
Kitingan memberi amaran bahawa rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak kini berada di penghujungnya dan ramai yang mahu Sabah dan Sarawak memilih keluar daripada Malaysia.
“Sentimen mereka kini dipanaskan lagi dengan mereka yang taksub terhadap ultra Melayu dan agama yang asyik berkeras menyatakan Malaysia adalah tanah untuk Melayu dan bangsa lain dihalau keluar,” katanya.
Kitingan berkata, jika Najib serius dengan rancangkan rekonsiliasi nasional, semakan dan pelaksanaan termas dan syarat pembentukan Malaysia perlu disertakan.
“Jika tidak, seperti Singapura pada 1965, pasti ada perpisahan secara persahabatan untuk negeri di Borneo,” katanya. TMI
Ini dialah akibatnya kalau sibuk menjaja ketuhanan melayu. Rakyat di Sabah dan Sarawak suatu hari mesti akan terasa. Aku melayu juga tapi takdelah sampai ketahap mengangkat ketuhanan melayu. Mana ada ketuhanan melayu, tuhan Allah SWT yang satu.
UMNO bagi dana dekat PERKASA semata-mata untuk memecah belahkan rakyat. Mengangkat ketuhanan melayu. Yang Najib pula pernah berjanji nak rombak kabinet tapi dia mungkir.
Tikaqbuloh.blogspot.com.
Video!!!! Tolong tengok wahai umngok...
BARUA2 UMNO TOLONG TENGOK KLIP VIDEO NI..
BARUA2 UMNO TOLONG TENGOK KLIP VIDEO NI..
SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.
Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin
memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh
karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video
lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh
merogol gadis bawah umur di Melaka.
Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai
Kes Liwat Fitnah 11
1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah
hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru.
Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim
Diman, ADUN Umno di Serdang".
"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98,
dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa
Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila
Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat.
Mendapat
nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di
hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri" "Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot
beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul.
Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful,
"kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh
kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh
saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M?
Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"
2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi
(Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa
beliau kononnya diliwat)
"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan
isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil
semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat
suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam
bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik
itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami".
Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang,
26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata,
"Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv,
tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami
nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang
sama"
"Oleh kerana suami isteri ini tak beri
kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana
kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya
Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit
hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa bila dia liwat sedangkan
suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."
Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir
dalam Umno:
1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi,
tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke
Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T
lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata
tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini
wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri
jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"
2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini
membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas.
"Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja
kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang
pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok, dia itu memang
terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya
betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu
bukan perut Anwar"
. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap
pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan
kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak
nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah,
sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini
supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"
VINCENT TAN DISIASAT LIGA ENGLAND KERANA BERI BONUS BERNILAI RM20.24 JUTA.
Beri bonus untuk motivasi Kelab Cardiff City.Vincent Tan bakal disiasat pihak Liga Perdana Inggeris gara-gara menawarkan bonus kepada pemain-pemainnya.
Budaya Malaysia yang dibawa oleh Vincent Tan, beri bonus tanpa ikut syarat, satu kesalahan dalam Liga Perdana Inggeris. Kelab Cardiff City bakal berdepan dengan siasatan Liga Perdana Inggeris selepas pemilik kelab tersebut, Tan Sri Vincent Tan menawarkan bonus bernilai £3.7 juta (RM20.24 juta) sebelum aksi kekalahan kepada Tottenham Hotspur pada Ahad lalu.
Sportsmail mendedahkan Tan melanggar peraturan Liga Perdana, yang mana setiap pasukan perlu menyediakan jadual bonus sebelum musim bermula, namun Tan memberi insentif kepada pemain-pemainnya bagi mengelak pasukannya terkeluar dalam saingan liga.(klik)
Sumber: http://sisibukit.blogspot.com/2014/03/vincent-tan-disiasat-liga-england.html
Selasa Mac 4, 2014Sumber: http://sisibukit.blogspot.com/2014/03/vincent-tan-disiasat-liga-england.html
Tawar Bonus, Vincent Tan Bakal Disiasat Pihak Liga Perdana Inggeris
KELAB Cardiff City bakal berdepan dengan siasatan Liga Perdana Inggeris selepas pemilik kelab tersebut, Tan Sri Vincent Tan menawarkan bonus bernilai £3.7 juta (RM20.24 juta) sebelum aksi kekalahan kepada Tottenham Hotspur pada Ahad lalu.
Sportsmail mendedahkan Tan melanggar peraturan Liga Perdana, yang mana setiap pasukan perlu menyediakan jadual bonus sebelum musim bermula, namun Tan memberi insentif kepada pemain-pemainnya bagi mengelak pasukannya terkeluar dalam saingan liga.
Difahamkan sebelum ini Tan tidak menawarkan sebarang bonus kepada pemain-pemainnya sebelum kempen bermula kerana beliau percaya skuadnya tidak akan berada dalam kedudukan tercorot selepas membuat pelaburan besar.
Pemilik penuh kontroversi itu turut berada di Hilton Hotel di London Park Lane ketika mesyuarat pasukan dan mengejutkan pemain-pemain dengan tawaran luar biasa.
Beliau berjanji dengan skuad (yang dalam keadaan terkejut) £3.7 juta akan diberikan kepada pemain-pemain untuk dikongsikan sesama mereka jika musim ini mereka mampu bertahan dalam Liga Perdana Inggeris.
Dalam peraturan, setiap kelab perlu mendaftar apa sahaja bonus yang akan diberikan sekiranya tidak tercatat dalam kontrak pemain bagi menjaga integriti Liga Perdana di tahap terbaik.
Peraturan ini dibuat bagai menghentikan perkara seperti yang dilakukan ahli perniagaan dari Malaysia ini yang menggunakan wang sebagai motivasi kepada pemain-pemain dan pegawai pasukan diluar kontrak masing-masing.
Pemilik Cardiff itu akan disiasat selepas sumber terdekat Tan mengesahkan beliau ada membuat tawaran kepada pemain-pemainnya.
Tan melanggar peraturan T12 dan T13 dengan menawarkan kewangan sebagai pendorong yang diluar kontrak pemain.
Berdasarkan peraturan T12: "Maklumat penuh ganjaran pemain termasuk semua faedah yang layak diterima pemain secara tunai atau lain, mesti dicatatkan dalam kontrak."
Manakala T13:"Syarat-syarat perjanjian di antara kelab dan pemain mesti ditepati.
"Berdasarkan sesetangah kontrak pemain, persetujuan jadual bonus perlu dilakukan ketika awal musim dengan pengetahun Liga Perdana dan tidak boleh menukar perjanjian tersebut ketika saingan musim berlangsung dalam apa jua keadaan.'
Bagaimana pun tawaran Tan itu tidak memberi sebarang kesan kepada pemain-pemainnya selepas tewas 1-0 kepada Spurs dengan jaringan tunggal penyerang Roberto Soldado.
Pada Isnin malam, pihak Liga Perdana mengesahkan mereka telah menulis surat kepada Tan mengenai siasatan ini.
Lembaga pengarah Liga Perdana mempunyai banyak pilihan sekiranya didapati Tan bersalah termasuk denda.
Jika perkara tersebut terlalu serius, ia boleh dikenakan sekatan termasuk denda serta menolak mata tanpa had oleh suruhanjaya kawalan bebas.
Namun jurucakap jutawan tersebut berkata: "Kami tidak sedari ia bertentangan dengan peraturan. Vincent Tan kini telah membatalkan tawaran tersebut.'
Angkara Perkataan 'Allah' Buku Ultraman Diharamkan.
Soz Cyili at Ameno World - 4 minutes ago
Episode pertama kat sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/hot-kdn-larang-penjualan-buku-ultraman.html Alasan KDN ; Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam. Dan, aku terima info dari rakan UMNO disini yang dimaksudkan oleh KDN sebagai
Maqbulnya Doa Dengan Bertawassul Kepada Salafussoleh Untuk Memohon Hujan Daripada Allah
IbnuNafis at Tahu, Faham & Amal - 9 minutes ago
Oleh : Ustaz Abu Zahrah Abdullah Thohir Al-Imam Al-Hafidz Adz-Dzahabi (w.748H) menyebut di dalam kitabnya Siyaru A'laam an-Nubala (12/469): Dan telah berkata Abu ‘Ali al-Ghassaani: Telah mengkhabarkan kepada kami Abu al-Fath Nashr bin al-Hasan as-Sakati as-Samarqandi: “Kami datang dari negeri Balansia (Valencia di Sepanyol/Spain) pada tahun 464H. Ketika itu selama selama beberapa tahun
Panas!!! Sabah Sarawak Akan Berpisah Dari Semenanjung?? Adakah Kerana Politik Ketuhanan Melayu Terlalu Menebal Di Semenanjung
atsixty at ZAKRI ALI - 25 minutes ago
*Ahli politik Sabah memberi amaran kepada Putrajaya supaya memenuhi Perjanjian Malaysia pada 1963 atau benarkan Sabah dan Sarawak berpisah daripada semenanjung Malaysia.* *Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang termiskin dalam negara dan tidak mendapat peruntukan pembangunan yang banyak.* *Pentarafan ke bawah Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia bertentangan dengan apa yang dirancang pada 1963 sebagai rakan setaraf.* *Pemerkosaan dan penjarahan berterusan terhadap kekayaan minyak dan sumber Sabah... more »
Wanita Cantik Ini Di Nobatkan Sebagai Wanita Muda Paling Kaya Di Dunia 2014
Nas Rul at dairishare - 25 minutes ago
Wanita cantik yang bernama Perenna Kei. Kei dinobatkan sebagai wanita kaya termuda di dunia. Ia mengambil alih kedudukan bekas pengasas Facebook, Dustin Moskovitz. Kei sendiri mempunyai kekayaan bernilai US $ 1.3 bilion. Wanita berwajah ayu yang pernah mendapat pendidikan di University London ini yang kini menetap di Hong Kong. "Perena Kei tersenarai sebagai peserta baru orang terkaya di dunia. Ia menggantikan kedudukan bekas pengasas Facebook Dustin Moskovitz sebagai orang kaya termuda di dunia," keluaran Forbes dalam AFP seperti didari detikFinance, Khamis (6/3/2014). Kekayaan... more »
Anwar mahu Khalid tangguh perjanjian air
atsixty at ZAKRI ALI - 56 minutes ago
*KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangguhkan dahulu perjanjian berhubung pembinaan loji rawatan air Langat2 selagi kepimpinan negeri dan Pakatan Rakyat tidak diberi penjelasan sepenuhnya.* * Ketua Umum PKR itu mengulangi gesaannya supaya Abdul Khalid berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat dan mengambil kira pandangankonsensus sebelum membuat keputusan terutamanya membabitkan soal kepentingan rakyat. "Harus diberi penjelasan terperinci tentang kesan pada Selangor, soal tarif, beberapa aspek... more »
Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim: Air mani .. air mani .. air mani je mereka tahu!
PBO™ at pen buruk online ™ - 1 hour ago
PUTRAJAYA: Penghujahan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah didakwa berunsurkan politik dan tidak mengikut undang-undang. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Shafee ketika penghujahan hari ini di Mahkamah Rayuan hanya mengulangi hujah lama dengan mengaitkan bukti lama (air mani). {baca lagi klik butang papar ... } 5 artikel pilihan pembaca hari ini Oops! Make sure JavaScript is enabled in your browser. "Dia hanya sebut mani, mani, mani untuk mengaibkan seseorang. Apa yang berlaku sekarang ini untuk kepentingan media Umno BN,"... more »
Punca2 KDN Haramkan Ultraman Tersebar..
Soz Cyili at Ameno World - 1 hour ago
Padan la. Aku punya la dok fikir kenapa dan kenapa dan kenapa la si KDN neh dok beria2 haramkan penjualan buku Ultraman. Katanya ia boleh menganggu ketenteraman awam. Mengacam keselamatan. Setelah aku godek punya godek, akhirnya aku dah faham kenapa KDN beria2 haramkan buku ULTRAMAN dari dijual kat negara neh. Betul la yang depa dok sebut2kan benda neh berkait rapat dengan ketenteraman awam.
Anwar Ibrahim: Takut Apa Kalau Safee Jadi Pendakwa?
AMIR Wartawan Rasmi LR at WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 1 hour ago
SIAPA BAKAL GANTI ANWAR??
AMIR Wartawan Rasmi LR at WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 1 hour ago
Kes penghakiman ke atas DSAI yang dijangka berlangsung 6 dan 7 Mac kan menyaaksikan beberapa perkara yang boleh dibuat kesimulan. 1. Jika didpati bersalah, DSAI akan ditahan beberapa hari di penjara sebelum ikat jamin dibenarkan . Keputusan yang dijangkakan pada petang Isnin memungkinkan DSAI tidak akan dapat menghantar borang penamaan calon. 2. PKR harus bersedia untuk melakukan perubahan nama calon. Antara nama calon yang disebut ialah Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah. 3. Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim? Untuk sementara beliau selamat , namun belum dijangka... more »
VIDEO - [WASPADA] Ada Gerakan Menghasut Ahli PAS Untuk Boikot PRK Kajang!
atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
*Terdapat usaha untuk menghasut ahli-ahli memboikot PRK Kajang yang sedang berlegar di laman sosial facebook mutakhir ini.* *Dan yang paling menyhedihkan, mereka ini menggunakan profile photo Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) kononnya mereka penyokong kuat TGHH untuk mengelirukan ahli-ahli PAS sedangkan TGHH tidak pernah mengeluarkan arahan untuk memboikot PRK Kajang yang bakal berlansung 23 Mac ini.TGHH sendiri telah hadir melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat di Kajang pada minggu lepas dan adalah tidak wajar mana-mana ahli P... more »
BALASAN JAWAPAN TIMBALAN PRESIDEN MCA BAHAWA CALON BN PRK KAJANG TIDAK BERSAMA DENGAN PERKASA SEMASA BERKEMPEN.
OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Ekoran dari pendedahan yang dibuat Omak Kau sebelum ini mengenai calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun didapti tidak berkata benar dan terkantoi yang beliau langsung tidak terlibat dengan apa-apa program dan ceramah bersama-sama dengan NGO PERKASA, Timbalan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong telah bingkas dengan pantas memberikan penjelasan kononnya kehadiran Ruslan Kassim Ketua Penerangan PERKASA dan Pengerusi Perkasa Negeri Sembilan adalah atas kapisiti peribadi bukannya memakai topi pemegang jawatan Perkasa.Penjelasan ini telah disiarkan di portal Malaysiakini dan Malay... more »
Anwar tidak dapat bertanding jika rayuan kes fitnah liwat II berjaya
ReJaM© at MiLo SuaM - 1 hour ago
KETUA Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang sekiranya rayuan kerajaan terhadap keputusan kes Fitnah Liwat II berjaya, kata seorang pemimpin KEADILAN. Ahli Parlimen Bayan Baru Sin Tze Tzin berkata prosiding saat akhir itu merupakan langkah politik kerajaan BN untuk menamatkan hayat politik Anwar."Sebaik Mahkamah Rayuan
edyesdotcom
Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
edyesdotcom ------------------------------ Karnival Rakyat Selangorku: 7-22 Mac 2014 Posted: 06 Mar 2014 01:07 AM PST Kenyataan Media 6 Mac 2014 *Karnival Rakyat Selangorku: 7-22 Mac 2014* Bermula 7 Mac hingga 22 Mac 2014, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Pejabat Exco Pengguna dan Pelanconangan Negeri Selangor akan menganjurkan sebuah "Karnival Rakyat" bertempat di Stadium Kajang. Ia satu karnival istimewa yang mempamirkan kejayaan dan kemakmuran Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, khususnya dari aspek kebajikan dan merakyatkan ekonomi Sel... more »
tunku
Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
tunku ------------------------------ Chew making a dent in Pakatan vote bank in Kajang Posted: 05 Mar 2014 10:33 PM PST Chew Mei Fun, the BN candidate for the Kajang by-election, is making a dent into the Pakatan Rakyat vote bank while enjoying solid backing from women voters, claimed MCA president Liow Tiong Lai. Liow, in an exclusive interview with FMT today, claimed that many Kajang voters who were upset with the contentious nature of this by-election and are turning their backs on Pakatan Rakyat. "When we went from house to house, many people came forward and said they ... more »
.
Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
. ------------------------------ Ahmad Yaakub sanggup berhenti MB asalkan hudud dilaksanakan Posted: 05 Mar 2014 09:36 PM PST SIDANG DUN KEL *Ahmad, tak jadi MB tak pa asal hudud dilaksana.**Menteri* Besar Kelantan, Ahmad Yaakub sanggup kehilangan jawatan Menteri Besar Kelantan asalkan hudud dilaksanakan di negeri itu. Beliau membuat penegasan itu dalam sidang DUN Kelantan tengah hari ini semasa menggulung perbahasan titah ucapan di Raja. Katanya; "saya tak apa kalau tak jadi MB asalkan hudud dila... more »
anakbukitgantang says
Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
anakbukitgantang says ------------------------------ Betul ker Body Shop promosi anarki dan anti Islam sekarang? Posted: 05 Mar 2014 05:22 AM PST NGO Islam IKIAM berkempen supaya umat Islam meboikot barangan The Body Shop di IKIAM . Betul ker seruan IKIAM ini? Tambah pengerusi Biro Antarabangsa IKIAM , The Body Shop melantik tokoh yang menyokong Lesbian, Gay, LGBT dan Homoseksual: Ambiga pula terkenal sebagai seorang penggerak BERSIH bersama Hadi Awang dan Nik Aziz PAS Mungkin pemimpin "Islam" dalam PAS ini lupa bawah peranan Ambiga juga meluas samp... more »
VIDEO - Bukti DS Anwar Tidak Berada Bersama Saiful Laknatullah.....
atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
Post by Gerimis Petang.
.Blogger Home
HTML NOTE FOR SHARE:<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>
<div style="text-align: center;">
<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed><br /></div>
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>
<div style="text-align: center;">
<div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&timezone=PST&color=black&size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div>
<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan