بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
INDUSTRI HALAL SEMAKIN MAJU DI RUSIA
MOSCOW - Industri halal di Rusia kini berkembang pesat dengan pelbagai inisiatif yang telah dijalankan melalui penghasilan produk seperti barangan , perkhidmatan dan pelaburan. Semakin ramai orang Muslim Rusia yang menyeru agar piawaian dan pensijilan dijalankan untuk produk halal di negara mereka .
"Industri makanan halal kebelakangan ini berkembang dengan pesat di Rusia," Madina Kalimullina, Pengarah Jabatan Ekonomi Dewan Mufti Rusia, memberitahu kepada Khaleej Times.
"Saban tahun, pihak kami telah menyelenggara lebih daripada 40 industri halal dalam pelbagai bidang pengeluaran." Sejak tiga tahun lalu, Muslim Rusia telah merancang untuk mengeluarkan standard umum bagi perlaksanaan pengeluaran makanan halal .
"Berdasarkan standard umum, sistem audit, kajian yang terus menerus dan inovasi yang telah dilakukan untuk memajukan perindustrian halal kini mempunyai kemampuan untuk menjadi salah satu 'World Brand' yang mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang sihat, mesra alam serta selamat kepada seluruh peringkat masyarakat, " tambah Kalimullina yang juga merupakan pengarah Eskpo Halal di Moscow. Menurut Kalimullina lagi, OIC mempunyai hak eksklusif untuk memberikan pandangan tentang standard yang sama untuk pensijilan halal.
"Namun masalahnya, hal tersebut agak rumit kerana adanya perbezaan pandangan dan pengamalan berdasarkan kepelbagaian mazhab dan muamalat perniagaan," Tambah Kalimullina yang merupakan graduan ijazah PhD dalam bidang ekonomi.
Pada masa yang sama, umat Islam terus berusaha untuk menghasilkan integrasi yang lebih dalam dan pembangunan produk halal dalam bentuk barangan , perkhidmatan, perdagangan dan pelaburan. Dan dalam usaha untuk menarik pelabur baru ke pasaran halal , Dewan Mufti Rusia melancarkan projek Moscow Halal Expo bermula sejak tahun 2010 dan berterusan sehingga sekarang.
"Jumlah kaum Muslim diseluruh dunia sekarang melebihi 25 juta. Oleh itu, rancangan untuk menjayakan industri makanan halal tidak terhad pada Muslim Rusia saja. Tetapi turut mensasarkan kepada pelanggan non - Muslim supaya memilih makanan halal dalam kehidupan mereka. Pembangunan industri makanan halal kini telah menjadi salah satu keutamaan di peringkat Dewan Mufti Rusia.
Pada tahun 2002 , Majlis Mufti Rusia telah membina sebuah pusat Standard dan Pensijilan Halal. Kemudian pada tahun 2011, struktur pentadbiran Dewan Mufti Rusia telah membentuk Jabatan Ekonomi.
"Secara umumnya , beberapa rencana yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi umat telah dibentuk iaitu memfokuskan mengenai peluang "Menjana Ekonomi di Rumah".
Perkhidmatan dalam Kementerian Ekonomi Dewan Mufti Rusia adalah meliputi skop penerangan dalam bidang etika perniagaan Islam dan kewangan Islam, pembangunan sistem pensijilan halal , program pendidikan, terjemahan ke dalam bahasa Rusia dari standard syar'ie antarabangsa mengenai kewangan
Islam yang diguna pakai oleh AAOIFI, sokongan terhadap perniagaan halal dan syarikat kewangan Islam , kelab pembangunan perniagaan , yang terakhir adalah Eskpo Halal Moscow, " Jelas Kalimullina.
"Buat masa sekarang kami sedang menumpukan perhatian bagi pembangunan projek - projek perniagaan dan pelaburan baru dalam bidang halal .Target utama yang ingin dicapai adalah mengembangkan perindustrian halal di seluruh Rusia.
Sumber : Arrahmah.com

Sumber: (http://map2care.blogspot.com/2013/12/industri-halal-semakin-maju-di-rusia.html)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan