Khamis, 20 Mac 2014

3907. MH370 - Anwar Ibrahim tegas pertahankan Kapten Zaharie.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 
2 OBJEK DITEMUI,TONY ABBOT DENGAN NAJIB ....SIAPA LEBIH YAKIN.....

MH370: Dua objek dipercayai milik pesawat ditemui, kata PM Australia
Dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot.

Menurut laporan AFP, pesawat P-3 Orion milik Australia telah dihantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.


Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

Sumber: (http://sisibukit.blogspot.com

Anwar Ibrahim tegas pertahankan Kapten Zaharie, juruterbang MH370 
Zaharie Ahmad menentang ekstremism dan taksub – Anwar Ibrahim
Spekulasi terhadap juruterbang MH370 semakin liar dan berleluasa . Ada yang mengandaikan juruterbang itu sendiri yang sengaja menerbangkan pesawat itu keluar dari perjalanan asal yang telah ditetapkan. 

Bagi tujuan tersebut, juruterbang itu telah berlatih untuk membiasakan dirinya dengan menggunakan simulator yg dipasang di rumahnya … dilaporkan, polis sedang berusaha melalui pakar untuk mendapatkan data stimulator yg telah dipadam itu....

Dan yang paling dahsyat sekali, bila ada yang kata, juruterbang itu telah sengaja menjunamkan pesawat itu untuk membunuh diri…. 

Ini semua, menurut spekulasi itu lagi, adalah kerana juruterbang tersebut sangat keciwa diatas hukuman yang dikenakan kepada Anwar Ibrahim oleh mahkamah baru-baru ini. 

Spekulasi semakin liar hingga macai-macai Umno cuba melibatkan pula Anwar Ibrahim – "Ini semua salah Anwar," kata macai-macai Umno! 

Diatas perkembangan tersebut, maka CCN telah menemubual Anwar Ibrahim dan laporannya adalah seperti berikut: 

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Kapten Zaharie Ahmad Shah,juruterbang Malaysia Airlines  (MAS) yang kini di tengah-tengah siasatan kehilangan Penerbangan MH370, adalah seorang yang menentang fahaman pelampau dan fanatik, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang mengakui mengenali juruterbang berusia 53 tahun itu pada tahap  tertentu, memberitahu CNN dalam satu temu bualbersamawakil CNN, Christiane Amanpour.
Zaharie sekadar menjadi penyokong setia pembangkang persekutuan, yang beliau tegaskan adalah mengenai "reformasi demokrasi".

"Sudah tentu dia tidak," Anwar berkata apabila ditanya jika beliau percaya Zaharie menjadi fanatik.

"Beliau menyokong pakatan berbilang kaum. Beliau menyokong reformasi demokratik. Beliau menentang sebarang bentuk ekstremism," katanya dalam temu bual itu, yang disiarkan pada pukul 3 pagi tadi.

"Dan kita mengambil kedudukan yang sangat kukuh dalam mendesak untuk perubahan melalui cara perlembagaan dan demokrasi." Ikuti septerusnya  SUMBER

Sumber: (http://alhusseyn51.blogspot.com)
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: