بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Punca Sebenar MH370 Hilang Akhirnya Terbongkar?
Perhatian sekali lagi tertumpu kepada kargo yang dibawa oleh pesawat MH370 yang hilang selepas pihak berkuasa hari ini mengesahkan ia membawa bateri lithium-ion yang boleh mudah terbakar.
Pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini, empat hari selepas beliau menafikan MH370 membawa barangan berbahaya dan sebaliknya menekankan mengenai "tiga hingga empat tan buah manggis" dalam pesawat itu.
"Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya," katanya.
Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO. Ahad Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa "beberapa kali" bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.
Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa,dan bukan Malaysia Airlines sahaja. "Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO," katanya.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo. ~mk
Sumber: (Addin: Punca Sebenar MH370 Hilang Akhirnya Terbongkar?)
PELANCARAN REFORMASI 2.0 DI STADIUM KAJANG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN ???? ... HAMBAR, LENGANG, SUNYI SEPI DAN LESU TIDAK BERMAYA????
OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 3 minutes ago
*Begitulah bunyinya apabila baca di semua laman sosial kata-kata macai-macai UMNO kononnya Pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam ini langsung tidak mendapat sambutan.Jika dilihat pada beberapa gambar yang dimuat naik ternyata sambutan cukup amat menggalakan sekali jika diambil kira pada malam ini ada juga Jamuan Perdana di Sg Chua, Kajang anjuran DAP yang juga full house pecah panggung sampai tidak cukup kerusi dan meja.* *Mood rakyat untuk perubahan tidak pernah pudar dan padam .. lagi bersifat zalim dan kejam rakyat akan terus memberikan sokongan.*
Terkini!!! Siaran Langsung Dari Kajang : Himpunan Reformasi 2.0 - Kembalikan Keadilan, Hentikan Kezaliman.. Jom Terjah!!
sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 23 minutes ago
Boleh juga diikuti *Link : * *1) TV PR Selangor : http://kuburkanumno.blogspot.com/2) Radio Dpedas FM :http://suararakyatbangkit.blogspot.com/p/blog-page_23.html* *3) TV PR Selangor : http://agendsai.blogspot.com/p/tv-selangor.html * *Sebarkan!!!*
Popular Posts
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan