بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
MH370 : Hishamuddin sebar spekulasi mengatakan tak ada penumpang yang selamat...

Bila waris warga China minta Najib mohon maaf sebab buat spekulasi mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang juga boleh ditafsirkan sebagai terhempas.. ada pihak mempertahankan Najib dengan mengatakan Najib langsung tidak menyebut bahawa pesawat itu “terhempas” mahupun "tiada yang terselamat"
Najib kata penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.. bukan terhempas.. tapi yang menghairankan ialah kalau tak terhempas mengapa berhempas pulas mencari serpihan pesawat kotak hitam di Lutan Hindi?
Hari ini pula Hishamuddin mengatakan tiada petunjuk penumpang MH370 itu selamat.. kalau tak selamat tu maksudnya ialah semuanya terkorban..
Juga tanpa sebarang bukti hanya berdasarkan siasatan dari imej satelit yang tidak langsung membuktikan bahawa kapal terbang tersebut telah terhempas di Lautan Hindi kerana kesemua imej yang dicerap satelit adalah sampah sarap..
Dan dalam masa yang sama isyarat 37.5kHz yang dikesan oleh kapal dari China dan Australia dikatakan MUNGKIN dari kotak hitam MH370 itu masih belum ditemui fizikalnya..
Jangan pulak bila kena hentam dari seluruh dunia nak berdalih pula mengatakan dia tak kata semua terbunuh.. dia kata 'tiada petunjuk penumpang selamat' pula...
Laporan berkaitan..
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat.
Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.
"Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelitik menunjukkan tidak ada yang terselamat.
"Namun saya masih mengharapkan keajaiban terjadi dan kita akan terus berdoa," katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Misi mencari pesawat MH370 yang hilang memasuki hari ke-31 hari ini membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal yang dijangka menerokai kawasan seluas 234,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Sementara itu Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata urusan untuk membawa waris penumpang ke Perth, Australia hanya akan dilakukan selepas objek atau serpihan MH370 dijumpai.
"Kami masih belum tetapkan tarikh itu namun memutuskan selagi serpihan pesawat tidak ditemui maka tidak akan menghantar waris ke Australia.
"Dan selain itu juga kita akan mengenal pasti waris sebenar yang akan pergi ke sana," katanya.
Minggu lalu, Hamzah dalam sidang medianya menolak tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung nasib 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa pesawat itu “terhempas” mahupun "tiada yang terselamat".
Beliau berkata Najib hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK lapor The Malaysian Insider
BERAPI!!! Kes Raba Payudara Pelajar, Inilah Penjelasan Terkini Prof Izzi.. Jom Terjah!!!
atsixty at ZAKRI ALI - 43 minutes ago
*KUALA LUMPUR – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba payudara seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.* *Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan komen dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.* *Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis berkenaan sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua...more »
MH370 : Hishamuddin sebar spekulasi mengatakan tak ada penumpang yang selamat...
Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 1 hour ago
Sepertimana sepupunya yang mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lutan Hindi tanpa sebarang bukti begitulah juga yang dilakukan oleh Hishamuddin ini.. Bila waris warga China minta Najib mohon maaf sebab buat spekulasi mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang juga boleh ditafsirkan sebagai terhempas.. ada pihak mempertahankan Najib dengan mengatakan Najib langsung tidak menyebut bahawa pesawat itu “terhempas” mahupun "tiada yang terselamat" Najib kata penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.. bukan terhempas.. tapi yang menghairankan ialah kalau tak terhempas mengapa ... more »
Bendera Israel dikibar megah di Sabah.. Siapa benarkan?
atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
[image: Monday, April 7, 2014. Bendera Israel dikibar megah di Sabah.. Siapa benarkan? Israel adalah sebuah negara haram yang didirikan dengan marampas tanah negara Palestin termasuk membunuh ribuan rakyat Palestin. Oleh kerana Israel adalah sebuah negara haram, Malaysia mengharamkan rakyat Malaysia memasuki negara haram Israel dan paspot rakyat menulis “prohibition” untuk masuk ke Israel. Benarkah Malaysia tidak iktiraf Israel? Benarkah Malaysia tidak benarkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel? Suatu masa dulu bendera Israel pernah dikibar megah di bangunan UMNO .. tidakk... more »
THUMBS UP UNTUK PERTANDINGAN MENEMBAK TENTERA DARAT
Admin at Military of Malaysia - 1 hour ago
1. Saya baru sahaja menyertai pertandingan menembak tentera darat di lapang sasa Kem Menyala, Port Dickson pada Ahad lepas, memang penat kerana cuaca agak terik. 2. Hampir sahaja saya menolak pelawaan kawan saya untuk menyertai pertandingan itu kerana saya ada banyak urusan lain tetapi disebabkan desakan demi desakan dari kawan-kawan saya yang lain dan […] Related posts: 1. ULANG TAHUN ATM DAN CAMO DIGITAL TENTERA DARAT 2. ASET RAHSIA TENTERA DARAT KE SABAH 3. KERETA PERISAI BARU UNTUK TENTERA DI LEBANON
s3v3n
s3v3n
copyright©


Tiada ulasan:
Catat Ulasan