Selasa, 8 April 2014

4468. Siapa kita untuk menyalahkan kedua ibu bapa mereka.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Ulasan TikaqBuloh :

Inilah undang-undang kita Malaysia, undang-undang yang dicipta oleh manusia, apa nasib kesudahan kanak-kanak ini tidak dapat diketahui. Cuba bayangkanlah sendiri, ayah yang beragama Islam sedangkan si ibu Hindu bercerai dan hak penjagaan anak diberikan kepada si ibu. Siapa kita untuk menyalahkan kedua ibu bapa mereka.

Kenapa tidak dipertahankan keIslaman yang memang sudah terdapat pada kanak-kanak ini. Apa jaminan yang mahkamah boleh bagi kedua kanak-kanak ini akan kekal dalam Islam jika tinggal bersama ibu mereka yang berbangsa Hindu.

Harapan yang ada hanyalah berharap mahkamah membenarkan bapa kanak-kanak ini untuk berjumpa dengan kerap bagi memastikan kanak-kanak ini mengikut acuan Islam.



MKini : Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan dua kanak-kanak kepada ibu mereka yang beragama Hindu selepas diislamkan bapa mereka tanpa persetujuan pasangannya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof menyampaikan keputusan yang memihak kepada S Deepa, 30, dalam kamar. 
Si ibu memfailkan perceraian dan hak penjagaan anak-anak beliau pada Disember lalu.

Bagaimanapun, Deepa (gambar atas) perlu meneruskan kes berasingan untuk membatalkan penukaran agama anak lelaki dan anak perempuannya, yang berumur enam dan sembilan tahun itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu sekali gus mengesampingkan keputusan Mahkamah Syariah sebelum ini yang memberikan hak penjagaan anak-anak kepada bapa mereka, N Viran @ Izwan Abdullah.

Hakim memutuskan perkara itu berdasarkan Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Perkahwinan pada tahun 2004 antara Deepa dan IZwan berlangsung mengikut undang-undang sivil. Peguam Izwan, Muhammad Faiz Fadzil berkata, mereka akan mengemukakan rayuan berhubung kes itu di Mahkamah Rayuan. 

Sumber: (http://tikaqbuloh.blogspot.com/2014/04/inilah-hasilnya-jika-mahkamah-syariah.html
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

1 ulasan:

sani berkata...

Anak- anak itu dilahirkan semasa kedua ibu bapa mereka beragama Hindu, jadi mereka bukan Islam. Kita jangan jadikan agama Allah sebagai kejam dan tidak adil. Sebenarnya bapa itu telah mengkhianati janji perkahwinan kepada isterinya. syukur dia masuk Islam , bayangkan juga penderitaan isteri yang dicerai tanpa apa-apa bantuan. Kalau difikir secara rasional, sisuami perlu beri sara hidup pada deepa. Semoga Islam tidak disalah faham oleh human Islam dan janganlah ada orang Islam berfikiran sempit.