بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI BARU SEDAR YANG DEMOKRASI DALAM NEGARA INI SUDAH MATI!!!!!

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar Terengganu, beliau tidak boleh berdiam diri demi pembangunan sukan bola sepak negeri itu.
"Ini kerana kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan bagi menanggung keperluan pengurusan persatuan dan pemain bola sepak di Terengganu.
"Yang tanggung belanja pasukan bola sepak negeri ialah kerajaan negeri. Jadi, bila kerajaan negeri keluar belanja, saya bertindak bagi pihak kerajaan dan adakah saya tak berhak berkata-kata?" tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Projek Perintis Terengganu Open Wi-fi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu semalam.
Beliau turut mempersoalkan: "Adakah FAM mampu beri sumbangan mencukupi kepada persatuan bola sepak (FA) negeri? Apakah demokrasi diamalkan FAM sampai orang tak boleh tegur?
"FAM juga milik rakyat Malaysia. Apa yang saya buat ini adalah hak rakyat dan ramai nak tahu apa perkembangan dan kebaikan.
"Ini yang tegur tak boleh dan apa pun tak boleh, bukan eksklusif dia pun. Kalau tak nak orang tegur, jadi macam inilah bola sepak Malaysia, masih terkial-kial lagi berbanding Korea dan Jepun yang pernah setaraf dengan kita dulu."
Ahmad memberitahu, beliau tetap tidak berganjak daripada kenyataan awalnya sebelum ini dan masih mempersoalkan kredibiliti jawatankuasa berkenaan dalam membuat keputusan berhubung isu tersebut.
"Sekarang kenyataannya bercanggah, dulu kata bukan alasan keselamatan sebab berdasarkan peruntukan Perkara 16 Undang-Undang FAM iaitu memutuskan perlawanan oleh pengadil atau komisioner pertandingan apabila masalah berlaku di padang.
"Tapi ini (insiden 'Terowong Larkin') berlaku di luar padang, pengadil perlawanan dan komisioner tak ada ketika itu, sebab itulah saya sebut dulu, takkan kita bodoh sangat nak tarik diri," ujarnya.
Menurut Ahmad, beliau mengeluarkan kenyataannya sebelum ini setelah mendapat laporan lengkap daripada pihak pengurusan T-Team mengenai apa yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor pada 1 Februari lalu.
"Kita serah pada FAM buat keputusan dan rakyat akan menilai, sekarang baru dia orang bising, mentang-mentang saya tak tahu. Kalau saya pegang jawatan (Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu - PBSNT), saya tak boleh bercakap, kena pecat dan gantung pula.
"Sebab itulah saya duduk di luar (bukan Presiden PBSNT), senang dan boleh bercakap, takkan nak pecat dan gantung saya. Bila orang cakap tak boleh dan tak ada hak, (sedangkan) rakyat ada hak," ujarnya.
Tetapi dia lupa sebaik saja keputusan PRU 13 diumumkan tiada lagi peruntukkan untuk DUN yang dimenangi PAS/PR... Kalau yang itu demokrasi segar ke???
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.
"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini, hari ini.
Ahmad bagaimanapun, berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.
"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya.
Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu pada pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.
Ahad lalu, BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).
Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu, manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - BERNAMA
10 comments:
Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/04/bila-kena-batang-hidung-sendiri-baru.html)Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
kikiki
Sekarang rasalah apa yg kami rasa...