بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Kos operasi mahkamah Kuantan lebih RM19 juta
Beberapa lokasi yang rosak di kompleks mahkamah telah dibaikpulih.
SHAH ALAM - Kos operasi pembinaan kompleks Mahkamah Kuantan melebihi RM19.56 juta kerana projek itu siap 560 hari lewat dari tarikh yang dijadualkan.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata kelewatan itu disebabkan perancangan yang lemah dari aspek reka bentuk dan skop tugasan.
“Bangunan ini sepatutnya disiapkan dalam tempoh 546 hari dengan peruntukan RM159.34 juta, tetapi kos pembinaan itu meningkat akibat kegagalan pihak (yang diberi) kontrak mematuhi tarikh ditetapkan,” katanya.
Menurutnya, pihak Audit turut menemui 275 kerosakan, termasuk 41 kerosakan kritikal yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketidakfungsian kompleks itu ketika menjalankan pemeriksaan.
“Kita dapati terdapat kerosakan pada siling, dinding, tiang, birai, dinding di cucur atap, rusuk, tembok, lantai dan sebagainya di beberapa lokasi dalam kompleks itu,” katanya.
Ambrin berkata kerosakan tersebut perlu diperbaiki segera kerana ia masih dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan, tetapi pembaikan dan penyenggaraan tidak juga dilaksanakan.
“Sepatutnya dalam tempoh ini, kontraktor perlu membaiki bangunan yang didapati rosak dengan menggunakan kosnya sendiri apabila diarahkan pegawai penguasa projek dalam tempoh tiga bulan,” katanya.
Bagaimanapun, Audit mendapati tiada laporan tindakan pembaikan ke atas kerosakan yang dilaporkan dan keseluruhan hasil pembinaan bangunan itu kurang memuaskan.
Audit mengesyorkan agar Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan setiap projek pembinaan yang hendak dilaksanakan dirancang dengan teliti bagi melancarkan perjalanan projek.
“JKR dinasihatkan membuat pemeriksaan dan memastikan kontraktor membaiki kerosakan yang ditemui dalam tempoh munasabah sebelum perakuan siap membaiki kerosakan dikeluarkan.
“Pihak JKR seharusnya mengkaji punca sebenar siling berkulat, melendut dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta kesihatan pengguna,” katanya.
Menurutnya, JKR dan perunding hendaklah memantau dengan rapi dan menyelia kemajuan kerja kontraktor supaya mengikut spesifikasi, berkualiti dan memuaskan.

ARTIKEL BERKAITAN
- Kos operasi mahkamah Kuantan lebih RM19 juta
- RM17.25j beli kasut Rela
- Audit: 14 peratus peniaga Tukar gulung tikar
- Audit: 109 syor baiki kelemahan
- Laporan Audit 2013 lebih baik dari 2012
- Prestasi kewangan Bintulu Synergy kurang memuaskan
- Royal Perak Golf Club tidak ada jawatankuasa Audit
- Harga ikan dalam kontrak melebihi harga pasaran
- Audit: Pengurusan sisa pepejal P Pinang lemah
- Kemas kini teguran melalui sistem 'dashboard'
Sumber: (http://www.sinarharian.com.my)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan