Selasa, 8 April 2014

4498. Beza Aib dengan Dusta. Berdusta hal aib satu hal. Fitnahlah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Ulasan TikaqBuloh :

Jangan sembang bab aiblah Shahidan Kassim oi. Kalau tidak tahu beza mana satu aib individu dengan mana satu aib untuk kemaslahatan umat jangan dok sembang lagi bagus. Nanti menampakkan kebodohan dan kejahilan diri sendiri.

Bila kena dekat orang UMNO pandai pula kau guna Agama, tapi bila bab pemimpin PR termasuklah Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali. Apa cerita dengan Anwar Ibrahim yang diaibkan berbelas tahun lamanya, tidak ada kisah lain yang ada hanyalah seks, liwat, seks dan liwat. Lihat dari sudut agamalah Shahidan oi, seks dan liwat nih masuk kategori aib mana, adakah aib individu ataupun aib yang boleh membawa kepada kebaikan umat. Itupun kalau betul Anwar buat, masalahnya semua fitnah.

Pendedahan Musa Hitam bukannya aib individu, ianya lebih kepada aib yang bila didedahkan akan membuka kebenaran kepada ramai orang. Ia melibatkan pembunuhan orang Islam beramai-ramai di kg Memali Baling. Ianya melibatkan pembohongan pemimpin yang bernama Mahathir apabila beliau menipu rakyat dengan mengatakan beliau sebenarnya ada di China sewaktu peristiwa Memali walhal dalam pendedahan Musa Hitam beliau sebenarnya berada di Kuala Lumpur.

MKini : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjawab isu pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung peristiwa Memali dengan memberi nasihat bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain.

Katanya, Islam menggalak individu supaya menutup aib orang dan individu yang melanggarnya dianggap berdosa.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sekiranya beliau menujukan nasihat tersebut kepada Musa supaya tidak mengaibkan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri semasa peristiwa itu berlaku.

"Dari segi moral, tutup aib orang, Allah akan tutup aibnya di akhirat. Saya ingat, kalau hebat macam mana sekalipun, sebagai orang Islam, elakkan dari dedah aib (orang) dan sebagainya,

"Perbuatan itu daripada fitnah atau memgumpat. Kita kena pakai, itu undang undang Islam tak berubah. Mengaibkan orang hukumnya berdosa.

"Perhati-hatikanlah. Janganlah kebebasan bercakap mengurangkan pahala kita," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan oleh Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang).

MP berkenaan meminta beliau menjelaskan sama ada maklumat baru yang didedahkan Musa dianggap sebagai kebocoran maklumat.

Beliau merujuk kepada pendedahan Musa akhir bulan lalu bahawa ketika peristiwa Memali meletus pada 19 November 1985, Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Musa, yang sering dipersalahkan atas kejadian yang menyebabkan kematian 14 orang awam dan empat anggota polis itu, turut menjelaskan dalam acara forum berkenaan bahawa beliau bukan pemangku menteri ketika peristiwa Memali.

Mengulas lanjut, Shahidan (BN-Arau) dalam jawapannya hari ini berkata pihak yang membocor maklumat kerajaan rahsia besar atau rahsia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Saya percaya jika bekas timbalan perdana menteri atau menteri, mereka tahu risiko yang mereka hadapi, melanggar Akta Rahsia Rasmi, ada hukumannya.

"Tak kira siapa. Kita nak tengok apakah maklumat tersebut termasuk dalam kategori bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya. 

Sumber: (http://tikaqbuloh.blogspot.com/2014/04/bila-kena-dekat-orang-umno-jangan-buka.html


Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: