Rabu, 9 April 2014

4510. Tonton sampai habis.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


  • Meja 
    www.peceq.blogspot.com  .  Teringat aku satu masa dulu, kerana bersuamikan aku, borang permohonan kenaikan pangkat Allahyarhamah isteri aku dibakul sampahkan. 


    Balik kerja mengadu isteri aku. Aku jawab Allah Maha Mengetahui. Kerana aku jugalah JU Jawi Allahyarhamah pun turut berkubur. 

    Yang membakul sampahkan pun sudah tiada. Senang kata aku maafkanlah sebagaimana aku nasihatkan Allahyarhamah isteri aku semasa hayatnya. Aku sedar aku kerdil, aku hamba DIA Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa. 



    [VIDEO] Ragam pemimpin UMNO yg anda pasti tengok. Asalnya 3 video yg berasingan tetapi supaya mudah ditonton, Admin satukannya. Harap tonton sampai habis.
    Babak I - Credit to YopTV (PR)
    Babak II - Credit to peraktoday (BN)
    Babak III - Credir to YopTV (PR)


    Selepas kalah undi popular dalam pilihan raya umum 2013, para guru yang didakwa menyokong Pakatan Rakyat kini menjadi mangsa ditukarkan tempat kerja dan antara mangsanya adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman.

    Rohana adalah antara lebih 80 guru atau tepatnya 88 orang yang dijangka terlibat dalam pertukaran yang akan dilakukan pada 16 April ini akibat menyebelahi parti politik tertentu, kata Pakatan Rakyat.

    Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai lebih 80 guru di kawasan berkenaan.

    “Memorandum yang diterima daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan salah guna kuasa PPD yang dikatakan sangat sahih menggunakan alasan pertukaran yang sangat tidak relevan seperti penyokong kuat PAS.

    “Dokumen sulit ini juga mendedahkan terdapat cadangan dari ketua cawangan Umno bagi menukar guru yang dilihat parah apabila campur tangan politik terlibat dalam pendidikan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

    Menerusi memorandum yang diberikan SAMM itu, antara alasan yang diberikan menyebabkan sekumpulan guru di Bachok itu bertukar kerana mengibarkan bendera pembangkang, suami merupakan penyokong tegar PAS, membantu kempen pilihan raya PAS dan sebagainya. 



    Suami ketuai konvoi PAS, Isteri kena tukar tempat mengajar.. (Video Inside)

    Perbuatan ini selari dengan peribahasa Melayu yang berbunyi 'tak dapat tanduk, telinga dipulas..' dan dalam masa yang sama ianya mendedahkan kepada umum betapa takutnya UMNO/BN akan kehilangan kuasa..

    Mereka akan memperkudakan apa saja jabatan yang ada dalam Kerajaan untuk menyusahkan penyokong PR..

    Kerana bagi mereka kakitangan kerajaan wajib menyokong kerajaan sedangkan dalam demokrasi berparlimen kerajaan terbentuk dengan adanya Pemerintah dan Pembangkang..

    Perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa tapi dah biasa kerana sudah ramai para Guru yang menjadi mangsa fahaman politik sempit macai-macai UMNO yang berkuasa di Jabatan Kerajaan.

    Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, hari ini mendakwa bahawa Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok telah membuat pertukaran guru dari daerah tersebut secara tidak profesional dan bermotif politik.

    Tian Chua berkata, seramai 10 guru telah ditukar selepas PRU13 yang lalu atas sebab mereka didapati menyokong parti pembangkang.

    "Merujuk kepada dokumen yang dilampirkan, alasan-alasan yang dinyatakan adalah jelas berunsurkan fahaman politik.

    "Antaranya ialah seorang guru itu didapati menzahirkan secara terang-terangan kibar bendera pembangkang.

    "Suami sokong Pas, tidak sokong Umno, serta suami ketuai konvoi kereta Pas,itu antara alasan kenapa guru tersebut ditukarkan.

    "Bagi saya, ini penganaiyaan, secara dalaman kita dapat dokumen tersebut,dan cadangan tersebut dicadangkan oleh ketua cawangan Umno.

    "Jadi ini campur tangan politik dalam pendidikan," katanya di Parlimen hari ini. Oleh itu, Tian Chua berharap Kementerian Pendidikan menjawab mengenai isu ini, bagi memastikan sistem pendidikan negara tidak dicampuri urusan politik.

    "Kita sangat terkejut mengenai perkara itu,iaitu campur tangan politik sangat mendalam dalam isu ini.

    "Jadi kami hendak menteri pendidikan jawab, apakah benar, kalau benar perlu cakap punca pindah tersebut," katanya.

    Sebelum itu, beliau bersama ahli Parlimen pembangkang yang lain menerima memorandum bantahan daripada Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM) berhubung pertukaran guru secara besar-besaran oleh PPD Bachok selepas PRU13 di lobi Parlimen.

    SAMM yang diketuai oleh, Badrul Hisham Shahri atau lebih dikenali Cikgu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti lain termasuk rakaman suara seorang pegawai PPD yang terlibat.

    "Jika tiada tindakan daripada pihak kementerian , kami tidak teragak-agak untuk dedahkan lebih banyak bukti," katanya laporSinar Harian
    Video berkaitan...
    Sumber:  (http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/04/suami-ketuai-konvoi-isteri-kena-tukar.html)

    PANAS - Isteri Husam antara lebih 80 guru diarah bertukar di Bachok ??

    atsixty at ZAKRI ALI - 6 minutes ago
    PANAS - Isteri Husam antara lebih 80 guru diarah bertukar di Bachok *Selepas kalah undi popular dalam pilihan raya umum 2013, para guru yang didakwa menyokong Pakatan Rakyat kini menjadi mangsa ditukarkan tempat kerja dan antara mangsanya adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman.Rohana adalah antara lebih 80 guru atau tepatnya 88 orang yang dijangka terlibat dalam pertukaran yang akan dilakukan pada 16 April ini akibat menyebelahi parti politik tertentu, kata Pakatan Rakyat.Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pe... more »

    " Nasib #MH370 Tidak Akan Seperti Sekarang Sekiranya TUDM Memintas MH370 Kata Bekas Panglima TUDM "

    tikaq buloh at tikaqbuloh.blogspot.com - 10 minutes ago
    Sekiranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, kemungkinan kesudahan kepada tragedi kehilangan pesawat itu adalah berbeza. Itu pandangan bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud. Namun situasi untuk mengerah operasi memintas tidak timbul berikutan tiada tanda bahawa pesawat itu menggugat keselamatan negara. Menurut beliau adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan. Antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder. Biarp...more »

    " Hanya Ahli Parlimen PR Yang Terhegeh-Hegeh Bantah GST. Sementara MP UMNO BN Dengan Bangganya Menyokong "

    tikaq buloh at tikaqbuloh.blogspot.com - 20 minutes ago
    *Ulasan TikaqBuloh :* Nak buat macam mana suara yang menyokong lagi ramai dari yang tidak menyokong. Sekurang-kurang ada usaha dari pihak Ahli Parlimen PR untuk membantah GST. Ahli Parlimen BN pula menyokong dengan penuh yakin walaupun ianya bakal membebankan rakyat. Rakyat pula terus diperbodohkan dengan cerita GST yang kononnya tidak membebankan. Dan ada pula kedengaran kenyataan BODOH dari Menteri yang mengatakan GST bakal menurunkan harga barang. *MKini :* Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempamerkan poster dan notis anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam... more »

    Suami ketuai konvoi PAS, Isteri kena tukar tempat mengajar.. (Video Inside)

    Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 33 minutes ago
    Perbuatan ini selari dengan peribahasa Melayu yang berbunyi 'tak dapat tanduk, telinga dipulas..' dan dalam masa yang sama ianya mendedahkan kepada umum betapa takutnya UMNO/BN akan kehilangan kuasa.. Mereka akan memperkudakan apa saja jabatan yang ada dalam Kerajaan untuk menyusahkan penyokong PR.. Kerana bagi mereka kakitangan kerajaan wajib menyokong kerajaan sedangkan dalam demokrasi berparlimen kerajaan terbentuk dengan adanya Pemerintah dan Pembangkang.. Perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa tapi dah biasa kerana sudah ramai para Guru yang menjadi mangsa fahaman poli...more »
    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©

Tiada ulasan: