Rabu, 9 April 2014

4526. Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) difugsikan telus tanpa alih guna secara haram beli langsir, hadiah cabutan betuah dan juadah mesyuarat. Teh tarik lagi tuu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

  • VIDEO TERBAIK ! Wajib Tonton.................


    KEJAYAAN KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN TAN SRI KHALID IBRAHIM YANG TIDAK DI SIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... 811 PESERTA MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MiMBAR) BERJAYA TINGKAT PENDAPATAN HINGGA RM5000 YANG DULU HANYA RM700.

    Seramai 5,767 menerima pembiayaan Program Pinjaman Mikrokredit Bandar (MiMBAR) sementara 3,480 daripadanya dalam proses membuat pembayaran semula pinjaman.

    Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, daripada jumlah ini sebanyak 23 peratus peminjam berjaya meningkatkan pendapatan mereka sekaligus mencapai sasaran dasar daripada kebajikan kepada berpendapatan.

    Daripada peratusan ini, seramai 811 orang telahpun meningkatkan pendapatan mereka.

    “Kalau dahulu pendapatan sekitar RM700 tapi sekarang yang mencecah RM3,000 hingga RM5,000 pendapatan bersih,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).

    Sebagai contoh katanya, pengusaha kek dan roti, Arbaiyah Ahmad yang dahulu meminjam RM1,500 kini telah mendapat pendapatan bersih sebanyak RM5,000 sebulan.

    Bukan itu sahaja, beliau juga telah memiliki satu premis perniagaan sendiri dan dalam proses untuk menambah mesin dan peralatan.

    Kata Rodziah, pembiayaan MiMBAR tidak pernah dibekukan dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) program ini ditambah baik untuk memberikan lagi manfaat kepada peminjam.

    Program dengan peruntukan ‘one-off’ berjumlah RM20 juta ini memasuki fasa ke-49 yang bermula pada Januari 2014 dengan pertambahan baru seramai 145 orang sejak PRU-13 lalu.

    Dalam usaha membuat kutipan semula, Adun Batu Tiga ini menjelaskan, pegawai MiMBAR dengan kerjasama ketua kampung dan nazir masjid turun padang untuk menyiasat dan bertemu sendiri dengan peminjam.

    Ia bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi hingga mengakibatkan mereka gagal membuat bayaran semula.

    Selain itu, khidmat kaunseling turut disediakan selain memberikan surat peringatan kepada peminjam yang gagal membuat pembayaran semula.

    Pihak MiMBAR juga membuat penjadualan semula pembayaran yang sepatutnya diselesaikan dalam tempoh 18 bulan kepada peminjam serta melanjutkan tempoh bayaran kepada mereka yang bermasalah.



    ANTARA UCAPAN ADUN KOTA ANGGERIK DALAM MEMBAHASKAN UCAPAN JUNJUNG KASIH TITAH TUANKU SULTAN SELANGOR DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR.

    Kota Anggerik mengambil kesempatan untuk membahaskan ucapan Tuanku sebagai tanda sayangnya Kota Anggerik terhadap Kerajaan PR yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

    Kota Anggerik menyokong usaha Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya golongan petani dan masyarakat luarbandar dan pinggir Bandar, sekurang-kurangnya pendapatan isi keluarga RM3,000.00 hingga RM5,000.00 sebulan. Dengan kenaikan harga barang.

    Pada keseluruhannya rakyat hidup susah lantaran kos harga barang terus naik sedangkan gaji tidak meningkat.

    Saya dapati dengan makan gaji, gaji pekerja sukar untuk melepasi RM2,500.00 sebulan.

    Pilihan terbaik untuk meningkatkan pendapatan rakyat ialah dengan menjadi usahawan kecil, atau petani moden.

    Alhamdulillah setakat ini program SKIMSEL, MiMBAR, Perniagaan Kecil Dan Sederhana dan Industri Asas Tani menampakkan kejayaan, tetapi kita tidak boleh berpuashati setakat ini.

    Dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya ke 13 yang lalu, Kerajaan Negeri berjanji (Bacakan terus manifesto). - Saya tidak nampak usaha-usaha ini telah dirancang.

    Sehingga ini tiada bajet khusus dibentangkan dalam dewan ini untuk kedua-dua program tersebut. -

    Saya meminta pihak PBT agar menyediakan tapak atau mengusahakan untuk membina kiosk dan gerai bagi peniaga kecil sebagai usaha mengalak dan mendidik pengusaha kecil persendirian. -

    Saya meminta pihak PKNS dibawah program pembangunan usahawan, membina kompleks-kompleks peniagaan dan menyediakan lot-lot kecil untuk disewakan kepada peniaga kecil dengan harga yang rendah.

    Kalau kita perhatikan di Kelantan ada Pasar Khadijah, di Terangganu ada Pasar Payang, di Kedah ada Pasar Rabu, di Selangor tidak ada Pusat Peniaga Kecil seumpama itu, kecuali Kompleks PKNS di Shah Alam atau Bangi.

    Lot-lot kecil ini juga wujud di negara-negara luar, Pasar Baru di Bandung, Kompleks Mangga Dua di Jakarta, Pusat Pasar Besar di Kampuchea, Bazar di Istanbul begitu juga di Thailand.

    Kesemua bazar-bazar lot kecil ini menjadi daya tarikan pelancong. Peniaga kecil juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara. Kelompok ini menyediakan sebahagian besar peluang perniagaan dan membayar sebahagian cukai.

    Saya memohon agar dipercepatkan penubuhan Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor. Perkara seterusnya yang ingin saya bangkitkan ialah pembangunan ekonomi desa.

    Saya melihat ada masalah struktur organisasi di peringkat EXCO. Kalau kita lihat Menteri Besar juga memegang jawatan stanco Luar Bandar dalam masa yang sama EXCO juga bertanggungjawab dalam stanco yang sama.

    Saya telah bangkitkan perkara ini dalam Sidang Dewan yang lepas, tetapi tiada apa-apa tindakan diambil. Ketika membentangkan bajet dalam Sidang Dewan yang lalu, Y.A.B. Menteri Besar berjanji akan memperuntukan RM50 juta untuk program pembangunan ekonomi desa.

    Ketika pertemuan di Mesyuarat Pre- Council yang lalu saya bertanyakan peruntukan tersebut, kenapa tidak dimasukan dalam bajet tambahan.

    Jawapan Y.A.B. Menteri Besar tiada bajet tambahan kerana peruntukan sedia ada masih belum dibelanjakan, sepatutnya ketika mana pengumuman bajet dibuat, Pegawai Kerajaan hendaklah menyediakan program berkaitan.

    Ketika bulan April ialah masa untuk melaksanakan. Pengumuman program Ekonomi Desa ini telah Y.A.B. Menteri Besar umumkan seawal Y.A.B. Menteri Besar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

    Rakyat pada hari ini bukan nak mendengar berapa banyak wang yang mampu dikumpulkan, apakah 2.5 billion atau 5 billion, tetapi apakah program yang benar benar dapat mereka rasai.




    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©

Tiada ulasan: