Rabu, 9 April 2014

4537. PAC - Barang sama harga berbeza-beza dengan jurang yang besar. Y?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . 

  • MKini : Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 2013 membangkitkan tindakan jawatankuasa penganjur Sukma XV Pahang 2012 berhubung harga berbeza bagi barangan sama untuk sukan berlainan.

    Sebagai contoh, kipas industri berharga RM248 digunakan untuk sukan skuasy, tetapi dalam sukan gimnastik pula kipas yang sama bernilai RM630.

    Sebuah Televisyen LCD 32-inci pula digunakan untuk sukan angkat berat pula berharga RM1,450 tetapi televisyen yang sama bagi peserta taekwondo pula lebih mahal kosnya iaitu RM 2,300.

    Manakala kos troli beroda empat pula berharga antara RM150 hingga RM600. Mengapa berlaku percanggahan?

    "Pada pendapat audit, perbezaan harga yang ketara wujud kerana setiap jawatankuasa membuat pembelian barangan yang sama daripada pembekal yang berlainan," laporan itu dipetik. 

    Dalam Perkembangan Yang Sama. PAC Juga Mendedahkan RM2.58 Juta Peralatan Hospital Dilaporkan Hilang.

    Kuala Lumpur : Sebanyak 482 peralatan yang bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor (HTAR) dan Hospital Tunku Fauziah Kangar, Perlis (HTF) telah dikategorikan sebagai kehilangan aset (V4L) atau peralatan tiada di lokasi.  

    Laporan Ketua Audit Negara 2013 tidak dapat mengesahkan status peralatan tersebut kerana tiada daftar diselenggara bagi memantau peralatan V4L.

    Penemuan Audit di bawah Pengurusan Perkhidmatan Kejuruteraan Peralatan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati di HTAR sehingga 31 Ogos 2013 sejumlah RM9,346 yuran masih dibayar bagi 26 peralatan V4L dan baki 419 peralatan tidak dapat disahkan status yurannya. 

    "Didapati daftar pergerakan harta modal KEW.PA-6 tidak diselenggara dengan sempurna di semua lokasi yang dilawati menyebabkan peralatan sukar untuk dikesan dan sebahagian peralatan tidak dijumpai sejak tahun 1998," jelas Ketua Audit Negara. 

    Semakan lanjut terhadap 26 peralatan V4L yang masih dibayar di HTAR  mendapati Notis Untuk Mula/Tamat Perkhidmatan (SNF) telah dikeluarkan bagi 12 peralatan.

    Bagaimanapun, bayaran yuran bagi peralatan tersebut masih diteruskan dan jumlah yuran lebih dibayar bagi peralatan berkenaan dalam tempoh antara 8 hingga 38 bulan ialah RM4,497. 

    Manakala pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada SNF telah dikeluarkan untuk 14 peralatan V4L kerana tiada salinan SNF dikemukakan untuk semakan. 

    Berdasarkan sejarah penyenggaraan di CMIS, penyenggaraan terakhir  dilaksanakan bagi 14 peralatan tersebut di antara bulan Jun 2006 hingga  Disember 2012 melibatkan yuran lebih dibayar berjumlah RM4,849.

    Pada pendapat Audit, pihak Kementerian perlu membuat Laporan Awal dan  Laporan Polis setelah peralatan yang dilaporkan sebagai V4L tidak dapat dikesan selepas tempoh 30 hari seperti yang telah ditetapkan.

    Selain itu, pihak Kementerian juga perlu memastikan SNF dikeluarkan bagi peralatan yang terlibat untuk menghentikan pembayaran yuran peralatan tersebut. 

    Pihak Kementerian hendaklah menyelenggara daftar bagi peralatan V4L dan  seterusnya sentiasa mengemas kini senarai induk peralatan bagi memudahkan pemantauan dibuat. 

    Mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejurteraan (BPKj) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2008, aset yang tidak dijumpai semasa penyenggaraan dilaksanakan oleh syarikat konsesi, pengguna (user) hendaklah mencari aset tersebut dalam tempoh 30 hari. 

    Sekiranya aset tidak dijumpai selepas 30 hari, pengguna hendaklah memaklumkan kepada pegawai aset untuk tindakan pelaporan kehilangan dan hapus kira mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007. Harakah Daily


    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©

Tiada ulasan: