
MKini : CNN melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memang menghantar pesawat mencari pada pagi kehilangan Flight MH370, tetapi tidak memaklumkannya kepada pihak berkuasa sehingga tiga hari kemudian.
Memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia dan satu lagi sumber yang terlibat dalam penyiasatan itu, CNN melaporkan "pesawat mencari tentera udara Malaysia berlepas sekitar jam 8 pagi, tidak lama selepas Malaysia Airlines (MAS) melaporkan pesawatnya hilang pada awal Mac 8."
Ia melaporkan bahawa pesawat mencari itu berlepas sebelum pihak berkuasa dapat menyokong data yang menunjukkan Boeing 777 itu berpatah balik ke arah barat.
Sumber yang tidak dinamakan menyatakan TUDM "tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam atau operasi mencari dan menyelamat sehinggalah tiga hari kemudian, pada 11 Mac".
Ia juga melaporkan Penerbangan MH 370 hilang dari radar tentera pada kira-kira 120 batu nautika selepas ia melintasi semula Semenanjung Malaysia.
"Berdasarkan data yang ada, ini bermakna pesawat itu mesti menurun ke ketinggian di antara 4,000 dan 5,000 kaki," dakwa pegawai kanan kerajaan itu.
Juga mengenai kata-kata akhir "Selamat malam Malaysia tiga-tujuh-kosong" dalam komunikasi dengan kawalan trafik udara Subang sebelum pesawat MH370 hilang dari radar, CNN mendakwa ianya dituturkan oleh juruterbang Kapten Zaharie Ahmad, dan bukan pembantu juruterbang seperti yang didakwa pada awalnya.
"Sumber-sumber Malaysia memberitahu CNN tiada apa yang luar biasa mengenai suara itu dan tidak ada petunjuk wujud tekanan. Salah satu sumber itu, seorang pegawai yang terlibat dalam penyiasatan, memberitahu CNN bahawa polis memainkan rakaman itu kepada lima juruterbang MAS yang lain yang mengenali juruterbang dan pembantu juruterbang berkenaan.
"Tidak ada suara pihak ketiga," katanya.
Ulasan Tikaq Buloh:
Celaru, celaru sungguh. Sebelum nih kata TUDM tidak pintas kerana menyangka pesawat MH370 diarah patah balik oleh menara kawalan dan tidak merbahaya. Tiba-tiba terbaru Pegawai Kanan Kerajaan mengesahkan kepada CNN pesawat TUDM ada memintas MH370.
Siapalah Pegawai Kanan Kerajaan nih. Ketuk kepala lagi baguslah, dahlah terlalu banyak info bercanggah, lagi nak menambahkan kekeliruan dikalangan media dan rakyat. Bodoh, adakah ini cuma propaganda CNN ataupun memang benar berita ini datang dari Pegawai Kanan Kerajaan.
Kemas Kini 14:41PM. Penafian Daripada Menteri Pertahanan Hissammuddin
Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pesawat mencari ke Laut China Selatan dan Selat Melaka sejurus selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang.
Menurut CNN, ianya sebelum pihak berkuasa mentahkikkan data yang menunjukkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) pesawat berpusing ke arah barat dan terbang melintas Semenanjung Malaysia.
Pasukan komunikasi Hishammuddin, dalam tweet lewat malam tadi, berkata laporan terkini dari CNN yang mendakwa pesawat TUDM dihantar tidak lama lagi selepas MAS MH370 dilaporkan hilang awal Mac 8 adalah satu dakwaan palsu.
Selain itu, katanya dalam satu lagi tweet pagi ini, dakwaan CNN bahawa TUDM menghantar pesawat dan tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA ) atau operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga tiga hari kemudian, pada 11 Mac, juga tidak benar.
Semalam, organisasi berita Amerika itu memetik "seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia" yang tidak disebut namanya, mendakwa pesawat mencari TUDM itu dihantar pada kira-kira jam 8 pagi 8 Mac, tidak lama selepas MAS melaporkan pesawatnya hilang.
Bagaimanapun, TUDM kononnya tidak memberitahu DCA mahupun operasi SAR ini sehinggalah tiga hari kemudian, pada 11 Mac.
Pesawat Boeing 777-200ER secara misteri mengubah haluan penerbangan asalnya pada jam 1.30 pagi 8 Mac.
Ia berpusing ke arah barat melintasi semenanjung sebelum mengubah haluannya ke selatan menuju ke Lautan Hindi.
Radar tentera telah mengesan pesawat itu sehingga ia hilang hubungan pada jam 2.15 pagi semasa ia sampai ke Laut Andaman, tetapi identitinya tidak diketahui pada masa itu dan dianggap tidak mengancam. MKini
Anda mungkin juga meminati:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan