Ahad, 13 April 2014

4623. M370 - Percanggahan dan segala bagai.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Artikal 1. 


    MH370: Jawatankuasa Pilihan Parlimen badan terbaik untuk siasat laporan CNN

    KUALA LUMPUR, 11 APR: Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) merupakan jalan paling berkesan untuk menyiasat kebenaran laporan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan kerja mencari pesawat MH370 pada awal pagi ia dilaporkan hilang.

    Demikian kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP sebagai respons kepada penafian Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berhubung laporan terbabit.

    “Jika PSC berjaya ditubuhkan di Dewan Rakyat semalam sebelum persidangan Parlimen ditangguhkan, ia akan menjadi badan sesuai untuk menyiasat kesahihan laporan CNN.

    “PSC bukan saja boleh menyiasat kebenaran laporan tapi memastikan kebenaran adanya pesawat TUDM dikejarkan setelah MH370 melencong dari laluan asal atau mengapa ia tidak dikejarkan sejurus melencong antara jam 1:40 dan 1:45 pagi.

    Kit Siang turut mempertikaikan mengapa dua pesawat Sukhoi-30 milik TUDM tidak diterbangkan dari Gong Kedak untuk memintas MH370 di ruang udara Kelantan dan juga mengapa ia tidak dipintas sewaktu menghampiri Pulau Pinang walaupun skuadron jet F/A berada dalam keadaan siap-bersedia di pangkalan udara Butterworth.

    CNN kelmarin melaporkan seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan satu lagi sumber yang terlibat dalam siasatan menyatakan bahawa “pesawat pencari pasukan tentera udara Malaysia telah dikejarkan sekitar jam 8 pagi, sejurus Malaysia Airlines (MAS) melaporkan pesawatnya hilang pada awal 8 Mac.”

    Hishammuddin menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai dakwaan palsu.

    Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, penafian itu menambahkan lagi keraguan rakyat mengenai ketelusan kerajaan dalam usaha mencari MH370.

    “Sukar untuk mempercayai laporan CNN, melainkan jika mereka sanggup mendedahkan nama ‘pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sumber lain’ seperti yang dinyatakan.

    “Namun, melihat pada penyaluran maklumat yang tidak sekata selama ini, selain bermacam kekeliruan dan percanggahan, serta jurang maklumat besar sejak 35 hari lalu, penafian Hishammuddin sangat tidak memadai, tidak memuaskan dan sukar untuk diterima.

    “Selepas 35 hari, saya percaya kita telah sampai ke tahap di mana keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 mahukan jawapan kepada seribu-satu persoalan yang timbul, maka proses mencari jawapan perlu dimulakan segera tanpa lengah,” katanya.

    Pada masa yang sama, Kit Siang mengulangi gesaan agar kerajaan memenuhi janji untuk mengadakan taklimat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan menubuhkan PSC.

    “Laporan CNN dan penafian Hishammuddin memarakkan lagi keraguan tentang kesanggupan kerajaan untuk bersikap telus sepenuhnya, apatahlagi sebelum ini mereka telah mengingkari janji memberi maklumat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan enggan menubuhkan PSC.


    “Saya meminta Perdana Menteri mengotakan kata-katanya bahawa Malaysia tidak cuba menyembunyikan sesuatu dengan sekurang-kurangnya memenuhi dua janij yang setakat ini telah dimungkiri,” tegasnya. – Roketkini


    Artikal 2.




    Kini masa bagi kita memerhatikan pihak Australia pula membuat kenyataan berhubung pencarian MH370.
    Adakah Perdana Menteri  Australia Tony Abbot setakat mahu mencuri tumpuan? Pada 24 Mac beliau mengumumkan di Parlimen bahawa “kami menemui dua serpihan yang mempunyai “kebolehpercayaan” di Lautan Hindi (pada jarak 2,500km dari Perth)”.
    Serta-merta segala tumpuan pencarian yang dilakukan misi mencari dan menyelamat dialihkan ke Australia, daripada Laut China Selatan, Selat Melaka dan utara Lautan Hindi.
    Selepas 18 hari, tiada serpihan ditemui namun sebaliknya, pencarian berganjak ke arah utara minggu lepas di mana “ping: dari kotak hitam didengar pasukan penyelamat.
    Itu sahaja yang ditemui selepas 35 hari. Misteri MH370 seakan tiada penghujungnya lagi.Abbot kini mengumumkan pula: “Kami yakin isyarat yang didengar datangnya daripada kotak hitam jet MAS”.
    Abbot seperti juga ahli politik lain hanya mahukan publisiti dan persepsi baik. Bagaimanapun, Angus Houston, ketua pencarian Australia, berkata analisa signal mungkin tidak berkaitan dengan perakam kotak hitam pesawat tersebut.
    “Dengan maklumat yang saya miliki, seakan tiada penemuan di dalam mencari MH370,” jelas Houston, selepas media melaporkan berita penemuan kotak hitam tidak dapat disahkan.
    Adakah anda percaya ahli politik atau pakar pencarian?
    Jadi bukan pihak berkuasa Malaysia sahaja yang berspekulasi dan memberi maklumat salah. Agensi berita melaporkan bahawa Abbot berkata pencari yakin mereka tahu kedudukan kotak hitam MH370 tetapi berkata bukan mudah menemui bangkai pesawat tersebut.
    “Kami yakin kami tahu posisi kotak hitam yang berada berdekatan,: kata Abbot di Shanghai, baru-baru ini.
    “Namun, keyakinan tidak sama dengan menemui bangkai pesawat yang mungkin berada empat setengah kilometer dari permukaan.”
    Agensi Australia yang menerajui pencarian menggunakan alatan canggih selepas isyarat bunyi baru didengar pada 10 Mac.
    Ping terbaru menambah keyakinan terhadap empat ping yang didengar pihak tentera laut Amerika yang membawa alatan bagi tujuan itu.
    Pakar bagaimanapun berkata proses menilai isyarat di lautan mengambil masa dan amat rumit sekali.
    Kenderaan Bluefin 21 bakal digunakan di dalam misi pencarian sekiranya kawasan pesawat terhempas dikenalpasti kelak. – Ng Kee Seng, Theantdaily.com

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: