Ahad, 13 April 2014

4637. Jangan-jangan dalam menuduh orang lain racis, penuduh itulah racis sejati. Silap-silap gaya penuduh itu sebenarnya sampah masyarakat yang disangka intan berlian.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Apabila seseorang diberi amanah, tetapi berlaku tidak jujur, malah jadi pendusta, pemfitnah dan suka bersubahat dengan perkara keji yangf dikutuk Allah SWT ... 

Mereka ini memang sebenar-benarnya sampah masyarakat. 

Sampah masyarakat yang bersekutu dan bersekedudukan dengan syaitan laknatullah yang kaya dengan helah dan tipu daya untuk melindungi keserakahan roh yang mengingkari perentah Allah SWT dan melakukan larangan-Nya. 

  • SHAH ALAM, 12 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan elaun guru KAFA di Selangor.
    Beliau berkata, elaun yang diterima kini perlu segera dinaikkan, terutama bagi guru KAFA yang berkhidmat di kawasan bandar yang terpaksa berdepan kos hidup yang tinggi.
    Katanya, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira beban yang ditanggung pendidik KAFA dan membela nasib mereka yang lama diabai Barisan Nasional (BN).
    “Saya menemui beberapa guru KAFA dan mereka menyuarakan keluhan bahawa elaun yang diterima masih tidak mencukupi terutama di kawasan bandar seperti Puchong.
    “Saya percaya, mereka bukan merungut dan meminta simpati, sebaliknya ikhlas mendidik tetapi kita perlu lebih realistik dalam keadaan kos hidup yang tinggi.
    “Saya minta sekurang-kurangnya elaun mereka boleh dinaikkan sehingga RM1, 500 sebulan,” katanya yang dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
    Semalam, ketika ucapan penggulungan Titah Tuanku Sultan Selangor oleh Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali, Sze Han mencelah memohon elaun guru KAFA dinaikkan.
    Halimah dalam responnya berkata, perkara berkenaan kenaikan itu memang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat dan sedang dalam proses untuk dilaksanakan pada tahun ini.
    Ketika era BN, elaun guru agama KAFA di Selangor hanya RM738.30 sebelum dinaikan kepada RM1,000 selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri, pada 2008.
    Kerajaan Negeri pada Febuari tahun lalu, sekali lagi menaikan elaun guru KAFA kepada jumlah terkini RM1,300 sebulan. Selangor Kini -NFN-

    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: