11/04/2014 -- PLUS Keluarkan Kenyataan Tidak Bertanggungjawab:- DSD Dr Zambry Abdul Kadir
Kerajaan Perak menyelar tindakan PLUS yang mengeluarkan kenyataan balas tidak bertanggungjawab dalam isu naiktaraf lebuh raya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihak Plus bertindak secara terburu-buru dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas dalam isu itu.
"Saya ingin mengulas mengenai kenyataan Plus, nampaknya Plus ini mengeluarkan kenyataan yang terburu-buru dalam menjawab apa yang timbulkan.
"Mereka menyatakan bahawa tidak ada persetujuan sedemikian.
"Sekali lagi saya sebutkan bahawa saya kecewa dengan jawapan Plus.
"Mereka tahu bahawa mereka telah mengadakan perbincangan dengan saya sebelum ini.
Dalam pada itu, Zambry menegaskan bahawa pihak Plus perlu menafikan kenyataan wujudnya pertemuan atau perbincangan bersama pihaknya terlebih dahulu.
Katanya, kerajaan negeri tidak akan membuat sebarang persetujuan sekiranya ia melibatkan kawasan luar daro negeri itu.
"Saya nak tanya kepada mereka, sila nafikan terlebih dahulu bahawa ada pertemuan dan perbincangan tentang perkara ini.
"Soal mereka ubah yang persimpangan laluan bertingkat Sungai Buaya, itu bukan persetujuan bersama bila mereka bincang dengan saya.
" Perkara yang sepatutnya yang dibawa daripada negeri Perak, siapa yang bersetuju ia dibawa ke sana ke kawasan lain, ia bukan atas persetujuan kerajaan Perak.
"Saya mahu Plus membetulkan kenyataan mereka, bagi kita ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dengan menyatakan bahawa atas persetujuan bersama.
Zambry menambah, tindakan itu menunjukkan seolah-olah kerajaan Perak telah bersetuju bahawa laluan yang sepatutnya dibina di Taiping itu dipindahkan di luar daripada negeri Perak.
"Saya mahu mereka bertanggungjawab dengan kenyataan mereka.
"Mereka bincang dengan saya ialah mereka sebut bahawa di persimpangan Taiping West untuk dibina susur keluar.
"Tetapi takkanlah di Taiping sahaja ada sampai 3 susur keluar.
"Yang kerajaan negeri mahu adalah susur keluar itu dipindahkan kepada Gua Tempurung.
"Itu yang mereka bincang dengan saya dan saya bersetuju," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan