Ramai penderma pahala di internet: Adakah kita salah
seorang daripadanya
SHAH ALAM: "Ramai yang saban hari
menderma pahalanya di internet," demikian tulis Pensyarah Bahagian
Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM),
Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul mengenai fenomena masyarakat kita kini yang menggunakan
alam siber untuk mencerca orang lain.
Menurut Dr Asri,
'derma' yang dimaksudkan sama ada dengan cara menuduh orang atau pun memaki dan
mencerca orang lain.
"Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik 'keyboard'
mereka.
Namun ALLAH tidak lupa," tulisnya di laman sosial
Facebooknya, hari ini.
Tambah Dr Asri, golongan tersebut mungkin berasa puas hati
dengan memaki ataupun mencerca orang yang tidak disukai, namun hakikatnya
mereka sedang menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'.
"Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang
menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak.
"Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi
mangsa," katanya lagi.
Dr Asri turut berharap pengguna media sosial agar segera
sedar atas perbuatan yang dilakukan.
Katanya, "Nabi Muhammad SAW pernah bertanya para sahabat
baginda : 'Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?
"Jawab mereka: 'Orang yang muflis dalam kalangan kami
ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta'," katanya.
Tambahnya lagi, "...sabda Baginda: 'Orang yang muflis
dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat,
puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan
harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan
kepada orang ini dan itu pahalanya.
Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan
kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas
dicampakkan dia ke dalam neraka" (Riwayat Muslim)," tulis Dr Asri
lagi. -sinarharian-
TV AL-HIJRAH SIASAT USTAZ
DON,CERAMAH GUNA HADIS PALSU.
PETALING JAYA: Stesen televisyen TV AlHijrah
sedang meneliti isi kandungan beberapa video yang disebarkan di laman sosial
termasuklah tuduhan kononnya ustaz selebriti Don Daniyal yang dikatakan telah
menyampaikan ceramah bersama hadis-hadis palsu.
Pegawai
Perhubungan Korporat TV AlHijrah, Irwan Abdul Rahman berkata, pihaknya juga
akan mengambil kira beberapa pandangan pihak-pihak yang berpengetahuan soal
Agama Islam sebelum memutuskan bentuk tindakan yang sepatutnya.
"Kami
sedang kumpulkan beberapa perkara dan mengkaji semula semua video dan komen
yang disebarkan itu sama ada daripada program televisyen terbitan TV Al Hijrah
ataupun video lain.
"Kami
akan rujuk kepada ustaz dan alim ulama yang lebih pakar untuk menilai video
tersebut serta menunggu penjelasan daripada Ustaz Don sendiri sebelum
memutuskan apa-apa tindakan," katanya ketika dihubungi mStar
Online, di sini pada Rabu.
Irwan berkata demikian ketika
diminta mengulas tentang penyebaran video ceramah Ustaz Don di Internet ketika
ini. Ustaz selebriti itu dikatakan
telah menyampaikan ceramah dengan mengemukakan hadis-hadis palsu dan tidak
sahih sehingga menimbulkan kekeliruan dan perdebatan banyak pihak.
Malah,
pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah melalui laman sosial Facebook miliknya
turut meminta mufti dan para ulama menilai ceramah yang disampaikan oleh ustaz
tersebut untuk kepentingan semua umat Islam.
Koleksi
rakaman video ceramah berkenaan tersebar di Facebook dengan tajuk: Kompilasi
hadis palsu dan pendustaan Don Daniyal. Selain
mengadakan ceramah-ceramah peribadi, Ustaz Don juga mengendalikan rancangan
agama berjudul 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah
pada setiap Isnin Hingga Khamis, pukul 9.30 malam.
Sementara
itu, Irwan menjelaskan, segala program yang diterbitkan oleh stesen televisyen
itu terutamanya rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don akan
dinilai kandungannya sebelum dilepaskan untuk disiarkan kepada umum.
"Pihak
kami ada unit bagi mengkaji topik yang ingin dibincangkan oleh Ustaz Don.
Kandungan yang diberikan biasanya disemak dahulu oleh pakar-pakar agama sebelum
ia diluluskan untuk siaran," ujarnya.
Sementara
itu, Ustaz Don tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan reaksinya kerana ketika
ini beliau berada di United Kingdom untuk menjalani penggambaran sebuah program
berbentuk keislaman.(SUMBER)
" Respon Daripada Ustaz Mustaffa Kamal Ekoran
Kritikan Wardina Kepada Ustaz Don "
Aku bukan
berniat nak menghentam Wardina Safiyyah. Dan tidak juga menyokong penuh apa
yang Ustaz Don telah nyatakan. Perkara ini agak mengelirukan dan memerlukan
jawapan daripada alim ulama.
Kita
bukanlah orang yang berhak untuk bercakap soal isu ini. Ada baiknya kita
serahkan kepada alim ulama membuat penilaian. Apapun sedikit pencerahan
daripada Ustaz Mustaffa Kamal.
Mahkamah Putuskan Wan Muhammad Azri Bukan Papagomo
????????????????
KOTA BHARU 16 April - Mahkamah Tinggi Kota Bharu
memutuskan Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini bukan pengendali laman blog
Papa Gomo sepertimana yang didakwa sebelum ini.
Keputusan tersebut berikutan Peguam kepada Datuk Shukri Mohamed, Hisham Fauzi,
gagal membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo dalam tuntutan saman RM10 juta
terhadap defendan.
Ketika membacakan keputusan, mahkamah mendapati tiada sebarang dokumen yang
boleh membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo malah keterangan saksi plaintif
bukan satu bukti sahih yang boleh disahkan oleh mana-mana dokumen rasmi.
Mahkamah kemudiannya memutuskan Shukri membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu
kepada defendan.
Sebelum ini Shukri memfailkan saman terhadap Wan Azri yang dikatakan sebagai
Papa Gomo berikutan terbitan artikel dalam blog bertajuk 'Ratusan Ribu Wang
Lesap Disamun Penasihat Sultan Kelantan' beralamat di www.papagomo.com pada
4 Mei 2011.
Tuntutan Shukri juga meliputi arahan Wan Azri mengemukakan permohonan maaf
secara terbuka termasuk mengiklankannya di akhbar berbahasa Melayu tempatan. Posted
by Jeebond BLM.
Blogger Home. My Dashboard.
s3v3n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan