Selasa, 22 April 2014

4847. Akhir Zaman - Kegilaan Manusia Semakin Menjadi-jadi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  



  • Hadis Palsu Ustaz Dr. Zulkifli Tunjuk Sumber Rujukan Kepada Persoalan Wardina

    Ini adalah hujah dan penjelasan yang Wardina cari-cari sangat hingga sanggup mengatakan "SAYA RISAU MASYARAKAT KITA DISOGOK DENGAN SUMBER CERITA TANPA RUJUKAN" tetapi tidak tahulah siapa yang di merujuk sampai berani sangat membangkitkan isu ini di media sosial, seolah-olah Ustaz Don menjadi seorang penyebar hadis palsu pulak. Dan di bawah hujah Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri:

    PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.

    *Baca sehingga tamat. Sebelum kesimpulan disertakan 7 qaul berkenaan tempat roh berada setelah keluar daripada jasad. Pendapat yg ditarjihkan Ibn Qayyim itu adalah pendapat yang diterima pakai.

    a) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT
    1. HADIS
    • Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:
    خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا
    Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.” [1]

    • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:
    إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى
    Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.” [2]

    • Rasulullah SAW bersabda:
    أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍ
    Maksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.” [3]

    2. ATHAR
    • Saidina Ali RA berkata:
    اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِ
    Maksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”

    • Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya:
    خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِ
    Maksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.” [4]

    • Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:
    خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِ
    Maksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.” [5]

    • Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:
    أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْت
    Maksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).” [6]

    • Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’
    اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِ
    Maksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.” [7]

    • Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya:
    أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْت
    Maksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.” [8]

    3. PANDANGAN ULAMA'
    Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:

    • Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut:
    أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار مات
    Maksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.” [9]

    • Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”

    • Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:
    كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَه
    Maksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”
    Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib. [10]

    • Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya:
    إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَان
    Maksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”

    • Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.” [11]

    • Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… " [12]

    • Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.” [13]

    • Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang. [14]

    • Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.” [15]

    TARJIH
    Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

    *************
    b) KISAH TELAGA BARAHUT

    Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:

    Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

    Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

    Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
    Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

    Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

    Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

    Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.

    Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:
    لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ
    Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” [16]

    SUMBER KISAH INI
    Saya akan menyebut isu ini secara poin untuk memudahkan kefahaman.

    1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.

    2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.

    3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.

    4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.

    ULASAN SAYA
    Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."

    • Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.

    • Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.

    • Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.
    [ADMIN]

    DI MANA ROH SELEPAS KELUAR DARIPADA JASAD?

    Antara pendapat ulama ialah:

    Pertama: Jumhur ulama berpendapat ruh orang yang beriman berada dalam tembolok burung dalam syurga yang bebas berterbangan. Ini berdasarkan beberapa riwayat hadis, Antaranya, Abdullah Bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
    أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً
    Maksudnya: “Semua ruh para syuhada’ berada dalam tembolok burung-burung hijau, mereka bebas berterbangan dalam syurga mengikut kemahuan kemudian bertenggek di pelita-pelita (قنديل), maka Tuhan mereka melihat dan memerhatikan mereka.”
    Riwayat Muslim dalam sahihnya (3/1502) dan al-Tayalisi dalam Musnadnya (1/38)

    Kedua: Sebahagian sahabat dan tabien berpendapat: Semua ruh orang yang beriman berada di sisi Allah dan mereka tidak membincangkan lebih daripada itu, mereka berhujahkan hadis riwayat Ibn Umar R.Anhuma daripada Nabi SAW:
    الْأَرْوَاح عِنْد الله فِي السَّمَاء
    Maksudnya: “Semua ruh berada di sisi Allah di langit.”
    Riwayat Sa’id Bin Mansur dalam al-Sunan dan al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (314)

    Ketiga: Sebahagian daripada sahabat dan tabien berpendapat bahawa semua ruh dihimpun di satu tempat di bumi, maka ruh orang yang beriman di simpan berhampiran Jabiyah, ruh orang kafir di telaga Barahut. Ada pendapat di Jordan dan ada pendapat di antara langit dan bumi. Mereka berhujahkan dengan dua hadis:

    • Abdullah bin Amr R.Anhuma menyebut:
    إن أَرْوَاح الْمـُؤمنِينَ تجمع بالْـجَابِيَة وأرواح الْكفَّار تجمع ببئر برهوت
    Maksudnya: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dihimpunkan di Jabiyah dan semua ruh orang kafir dihimpunkan di telaga Barahut.”
    Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya (7/283), al-Haithami dalam Mawarid al-Zam’an (1/187), al-Dailami dalam al-Firdaus (1/418) dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam kitab al-Ruh hlm (146)

    • Daripada Ali berkata:
    أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِبِئْرِ زَمْزَم، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارِ بِبِئْرِ بَرَهُوْتِ
    Maksudnya: “Semua ruh orang yang beriman dihimpun di telaga zam zam dan semua ruh orang kafir dihimpun di telaga Barahut.”
    Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam al-Ruh hlm (146)

    Keempat: Sebahagian ulama berpendapat, bahawa ruh orang yang beriman dalam syurga dan ruh orang kafir dalam neraka. Mereka berhujah dengan hadis Ummu Mubassyir Binti al-Bara R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
    إنَّ نَسَمَةَ المُؤمنِ تَسَرَحُ في الجنَّةِ حَيثُ شاءَتْ، ونَسمةُ الكافِرِ في سِجِّينٍ
    Maksudnya: “Sesungguhnya jiwa orang yang beriman bebas pergi mari dalam syurga mengikut kehendaknya, sedangkan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.”
    Riwayat Ibn Majah (1449), al-Tabarani dalam al-Kabir (19/65), al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (2/329) dan al-Baihaqi (153) dengan sanad yang hasan

    Kelima: Sebahagian ulama berpendapat bahawa ruh orang yang beriman berada di sebelah kanan nabi Adam dan ruh orang yang kafir berada di sebelah kirinya, mereka berhujahkan hadis Isra’ Mi’raj.

    Muhammad Bin Nasr al-Marwazi berkata: “Sesungguhnya Ishaq bin Rahawaih berkata: “Di atas dasar inilah telah ijma’ ahli ilmu.”
    Ibn Hazm berkata: “Inilah pendapat semua ahli ilmu.” Lihat al-Fasl fi al-Milali wa Ahwa' al-Nihali oleh Ibn Hazm (4/590).

    Keenam: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dan kafir berada dalam kubur kecuali ruh para syuhada’, mereka dimasukkan ke dalam syurga.” Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn Hazm daripada kebanyakan ahli hadis.

    Ketujuh: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya ruh orang yang beriman berada dalam Illiyyin dan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.” Inilah yang ditarjihkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar yang disebut oleh Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (325).

    Berdasarkan kepada tujuh pendapat di atas, imam al-Qurtubi lebih cenderung kepada pendapat bahawa ruh orang yang mati syahid dalam syurga dan bukan ruh orang lain. Pendapat seperti ini juga telah dipilih oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh.

    PENUTUP

    Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa bertunjangkan ilmu dan juga kefahaman yang sebenar. Justeru kami menerbitkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' sebagai mengulas secara langsung apa yang dikatakan oleh al-Fadhil Ustaz Don berdasarkan hujahan dan rujukan kitab.

    Buku ini bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanyalah ingin memberi penjelasan dan pencerahan dengan lebih terperinci. Penulis berterima kasih kepada Sahib al-Fadhilah Ustaz Don yang juga telah berkerjasama dalam memberi penjelasan berkaitan isu ini mengikut cara dan kefahaman masing-masing.

    Bagi mendapat penjelasan lanjut, boleh mendapatkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' terbitan Pustaka Cahaya Kasturi di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 pada 24 April - 4 Mei ini. Boleh bertemu saya dan sahabat2 PCK di booth G05-G06. Wallahua'lam.

    ___________________

    NOTA KAKI

    [1] Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir (11167) dan al-Ausat (3912, 8219), dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtar (2/114/67). Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid (3/289): “Rijalnya thiqah”. Dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahihnya (1056) dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1161) dan Sahih al-Jami’ (3322). Dan berkata Ibn Hajar. Rawi-rawinya adalah perawi yang thiqah dan pada sebahagian mereka dipertikaikan, akan tetapi dikuatkan dengan mutaba’at (sokongan dan dokongan daripada riwayat yang lain)

    [2] Riwayat al-Nasaie (11924), Ibn Hibban dalam sahihnya (3294) dan al-Albani dalam Ta’liq al-Targhib menyatakan sahih dan Syeikh Syu’aib al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhan (Bukhari Muslim).

    [3] Hadis ini disebut oleh al-Qazwaini dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi

    [4] Disebut oleh al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (232) dan diriwayatkan daripada Ali RA semisal dengannya dengan lafaz yang banyak, dan diriwayatkan oleh Abd Razzaq dalam al-Musannif (9118), al-Azraqi dalam Akhbar Mekah (40/2), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/468) dan selainnya. Dan lihat dalam Ahwal al-Kubur oleh Ibn Rajab hlm (118) daripada banyak riwayat. Dan dikeluarkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya (2/344-345) daripada jalur Ibn Abi Dunya secara mauquf kepada Sa’id Bin Musayyib.

    [5] Lihat Tafsir al-Qurtubi hlm 190

    [6] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

    [7] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

    [8] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

    [9] Lihat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis 1/357, dan dinukilkan juga oleh Yakut al-Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan 2/321. Lihat juga dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi hlm (64)

    [10] Lihat Ibn Qayyim dalam al-Ruh hlm 277. Ibn Rajab dalam al-Ahwal hlm 118, al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur 236-237 dan al-Qazwaini dalam Aja’ib al-Buldan daripadanya dinukilkan oleh al-‘Aidrusi sebagaimana disebut dalam al-Nur al-Safir hlm 64.

    [11] Ini dikeluarkan oleh Ibn Mandah sebagaimana dihikayatkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh hlm 277dan al-Suyuti hlm 237.

    [12] lihat al-Zahabi dalam al-Siyar 20/456.

    [13] Lihat kitab Ta’bir al-Ru’ya oleh Ibn Qutaibah.

    [14] Lihat Gharib al-Hadis 1/357.

    [15] Hadis ini hampir sama diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang hasan.

    [16] Riwayat Muslim (2556) dan Abu Daud (45)

    Sumber: (http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/04/hadispalsu-ustaz-dr-zulkifli-tunjuk_21.html

    Pesawah temui mayat 'berkafan' di bendang

    ALOR SETAR: Seorang pesawah yang mahu membersihkan bendangnya di Kampung Tuba, Pokok Sena dekat sini hari ini, terkejut apabila objek yang ditarik keluar dari petak sawah menggunakan cangkul merupakan mayat seorang lelaki.

    Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Saari Ariffin, 68, berkata, dia ternampak satu objek yang seakan-akan kepala manusia ketika mahu membersihkan petak sawah tersebut.

    "Saya menggunakan cangkul untuk menariknya keluar dan alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati objek itu ialah mayat yang seolah-olah sudah dikafankan," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

    Saari berkata, dia sudah dua bulan tidak ke sawah yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Kampung Tok Keling.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan yang mengesahkan penemuan berkata mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditanam di dalam lubang sedalam 0.6 meter.

    Polis percaya mayat tersebut dibuang di situ sejak seminggu lalu berdasarkan pemeriksaan awal yang mendapati mayat sudah mereput 60 peratus, katanya.

    Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat. -Bernama-




    Gejala Sosial Wechat,Whassup Ibubapa Sila Pantau Anak Anda!!! [8 Gambar]



    M ohon mak bapak pantau anak2 anda. Tengok operasi anak2 anda. We chatnya, wasapnya, fesbuknya, twitternya. Makin melampau2 dah. Jangan percaya walaupun 10% pada anak2 zaman sekarang. Ni sampai dah tahap cium mulut, pastu jadi cover photo memang dah melampau tahap maksimum dah ni.

    Tak tahu erti malu kan? Ok sekarang rasakan apa itu malu. -theseriusmedia

    "Video Lama!!! 20 Tahun Ditindas, Dinafikan Hak. Ikuti Pandangan Orang Yang Berilmu Bila Berkata-Kata"

    Minit ke 3.01 adalah yang paling epic sekali. 20 tahun ditindas, dihina, dinafikan hak oleh kerajaan pusat. Tetapi PAS Kelantan tetap berjaya mengharungi dan membentuk negeri Kelantan sebagai sebuah negara muslim.



    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

PERINGATAN TEGAS Kepada Pemimpin2 UMNO !!!

atsixty at ZAKRI ALI - 3 minutes ago
Kecik Amk Pju [image: Photo: Kata2 pujangga dari seorang OTAI untuk kita renungkan terutama anak muda macam aku.... kepada kawan2 dan anak muda yang lain bukakan lah mata dan hati kita... fahamilah, jiwailah, ungkapan kata2 dari OTAI kita ini... A.Samad Said #AmkUnderground "revolusi anak muda marhaen"] *Kata2 pujangga dari seorang OTAI untuk kita renungkan terutama anak muda macam aku.... kepada kawan2 dan anak muda yang lain bukakan lah mata dan hati kita... fahamilah, jiwailah, ungkapan kata2 dari OTAI kita ini... A.Samad Said.* * #AmkUnderground "revolusi anak muda marhaen"*

Tahniah Ahmad Maslan, "Blue Wave Army" Cadangannya Telah Mula Memfitnah

greenboc at KELAB GREENBOC - 8 minutes ago
Nampaknya Blue Wave Army (BWA) cadangan Ahmad Maslan telah mula menjalankan kerja-kerja, bukan untuk menjawab ftnah, tetapi mula menaburkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat. Semalam, di dalam satu posting fb Blue Wave Army, ada disiarkan berita ini: *Penemuan senjata berbahaya Di Bilik Gerakkan PKR Lumut .. Berkemungkinan besar senjata yg dijumpai ini akan digunakan menjelang hari himpunan reformasi 2.0 yg akan diadakan pada 1 Mei nanti .. Harap pihak berwajib dapat memantau semua pergerakan aktivis dan pemimpin2 puak pembangkang !!! saya tak mahu negara kita hancur seperti nega... more »

Gempar..!!! [Gambar] Mazidur dan Ahli UMNO Selangor sedang mandi-manda di KTM Serdang

Orang ni at Orang ni - 10 minutes ago
Keratan FB Friends of BN - Barisan Nasional- *Banjir di hadapan KTM Serdang sekarang. Sudahlah air kena catu, banjir melimpah. Mereka janji akan menyelesaikan masalah banjir, tapi apa kerajaan Selangor buat?.* Ada nampak Mamat Mazidur dengan ahli UMNO tak dalam banjir tu....hahaha... Nampak sangat kebodohan UMNO BN...hahaha... Memang kerajaan Selangor tak buat apa dengan banjir kilat tu untuk masaalah catu air kat Selangor,sebab air banjir kilat tu bukan-nya boleh selesaikan masaalah catu air..bahlol betul UMNO Munafiqun ni...hahaha... Apakata UMNO BN ajak Mamat Mazidur pegi mandi-m...more »

Pahang bakal jadi pusat seks warga asing?

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 32 minutes ago
Sesuatu perlu dilakukan pada segera di perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, Cameron Highlands bagi mengelak lebih ramai anak-anak gadis di kampung tersebut menjadi pelacur kepada warga asing seperti Nepal, Myanmar dan Bangladesh yang bekerja di kawasan sekitar. Ini bukanlah cerita rekaan tetapi satu kenyataan yang cukup mengejutkan penulis apabila dimaklumkan gadis-gadis Orang Asli di kampung tersebut cuma perlu dibayar sebanyak RM50 untuk mendapatkan khidmat seks sepanjang malam. Lebih mengejutkan lagi, hubungan seks itu boleh dilakukan di rumah gadis terbabit dengan izin orang... more »

Ini Lah Bezanya Hina Rosmah Dan Hina Kapal Singh

atsixty at ZAKRI ALI - 33 minutes ago
PDRM : KAMI BUAT KERJA IKUT TELUNJUK DEPA ... * Pemilik akaun Facebook hina Rosmah ditahan polisPemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.Penahanan dibuat berdasarkan ... more »

Selepas Harimau Jelutung Mati, Kini Muncul Seekor Lagi Harimau Yang Lebih Ganas

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
*Lim Guang Eng menegaskan manifesto pilihan raya 2008 dan 2013 Pakatan Rakyat tidak memuatkan pelaksanaan hudud ataupun penubuhan negara Islam, malah ia turut dipersetujui semua parti komponen PAS, PKR dan DAP. DAP tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia tidak pernah dipersetujui ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.Menurut Lim, ketiga-tiga parti komponen dalam PR jelas tidak pernah membincangkan soal hudud mahupun negara Islam, sebaliknya semua parti bersetuj... more »

'Kuman disebarang boleh nampak... Gajah didepan mata buat2 x nampak...'..

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
Faisal Chal Saad [image: Photo: Kita mempunyai banyak bapa.. Ada yg jadi perpaduan,pembangunan dll. Bapa rasuah x ada ...bapa anti rasuah pun x ada juga. pada hal itu yg penting utk asasnya. Jangan sampai abg karam kita berperibahasa... 'Kuman disebarang boleh nampak... Gajah didepan mata buat2 x nampak...'..] *Kita mempunyai banyak bapa..* * Ada yg jadi perpaduan,pembangunan dll.* * Bapa rasuah x ada ...bapa anti rasuah pun x ada juga.* * Pada hal itu yg penting utk asasnya. Jangan sampai abg karam kita berperibahasa... * *'Kuman disebarang boleh nampak...* * Gajah didepan ... more »

Teruknya blogger ini menghina kematian Karpal Singh

PBO™ at pen buruk online ™ - 1 hour ago
Penulis blogger kontroversi Papagomo telah menyertai kebiadaban pemimpin dan penyokong pro-Umno dalam melontarkan komen tidak sensitif di atas kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh. Dia bukan sahaja telah menggunakan kematian Karpal untuk meneruskan agenda politiknya, malah turut menyeret pemimpin tidak rasmi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS ke dalam "jejak kempen"nya.

Pelakun Linda Rafar Sudah Kini Sudah Bertudung?

Abu Luqman at Media Orang Kampung - 1 hour ago
Teringat zaman muda remaja dulu ada “crush” kat Linda Rafar. Orangnya memang cantik dari dulu sampai sekarang. Kini kecantikan itu semakin bertambah apabila Linda Rafar mula bertudung. Walaupun tidak menyatakan secara rasmi mengenai penghijrahannya ini, gambar-gambar terbaru yang dikongsikan olehnya menerusi akaun Instagram kesemuanya menampakkan dirinya cantik menutup aurat. Sebelum ini,

Jom Lihat Apa Yang Pelik Pada Wanita Cantik Ini

Nas Rul at dairishare - 1 hour ago
WOMEN with long tongues introduces Tongue Tracy. Tracy looks like she’s swallowed the larger part of an octopus, the beast’s last tentacle lolling out of her mouth in search of a speck of oyster sauce on her lips:

HANYA DI MALAYSIA ..... HARGA SOTONG DAN UDANG MENJADI BERLIPAT KALI GANDA KALAU PELANGGAN TERLALU MEMILIH!!!!

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*PERHATIAN ..... PELANGGAN YANG DIHORMATI, ADALAH DIMAKLUMKAN DILARANG MENCABUT KEPALA SOTONG DAN KEPALA UDANG SEMASA MEMILIH.SEKIRANYA DIDAPATI ANDA BERBUAT DEMIKIAN PIHAK KAMI TERPAKSA MEMBUAT KIRAAN BELIAN BERGANDA.PERHATIAN ..... UDANG DAN SOTONG HARGA BERLAINAN KIRANYA TERLALU MEMILIH.*

MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN CAKAP BESAR KALAU KENA BERHENTI JADI MB PUN TIDAK AKAN MENANGIS!!!!!

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Punyalah cakap besar Mat Hasan ni ... dia lupa hari pertama di lantik jadi MB Negeri Sembilan dulu kerja pertama dilakukan ialah lantik abangnya Azman Hasan jadi Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Sembilan untuk memantapkan kedudukannya di Negeri Sembilan.Lagi pun dia tahu nama dia tidak ada dalam senarai khabar angin yang dibawa oleh Utusan itu .. cuba di katakan secara jelas bahawa MB Negeri Sembilan akan diberhentikan dan digantikan dengan wakil rakyat lain ..Di Negeri Sembilan semua orang tahu betapa dia cantas beberapa wakil rakyat merangkap Exco pada PRU 12 kerana na... more »

Punca Najib Sembunyi Maklumat MH370 Tersebar?

Addin Deen at Addin - 2 hours ago
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mengucapkan simpati dengan semua keluarga penumpang dan kakitangan pesawat MH370 dimangsakan dalam trajedi kehilangan pesawat itu. Sehingga kini tidak ada apa-apa yang 'pasti' dalam trajedi ini. Malah Perdana Menteri sendiri begitu lemah sehingga beliau sendiri gagal mengambil tanggungjawab atas apa yang diucapkan. Umum pasti ingat bagaimana selepas dia mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi, tetapi apabila ditanya adakah pesawat tersebut terhempas, muncul pula ayat pusing "berakhir" tak berhenti "terhempas". Adakah ia kerana Naj... more »

Mahkamah ‘gopoh’ buat keputusan penghakiman Liwat II, kata bekas polis. - TMI

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
[image: Zar Ali III's photo.]*21 April 2014* *Penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat secara tergopoh gapah, kata Datuk Mat Zain Ibrahim. Bekas ketua pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu menegaskan, selain mahkamah melakukan kesilapan, prosiding rayuan berkenaan turut dicemari campur tangan kerajaan, terutamanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar). * *[image: Zar Ali III's photo.] “Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan tersebut secara tergopoh-gapah, tanpa memberi pertimbangan yang mendalam ... more »

Hadis Palsu Ustaz Dr. Zulkifli Tunjuk Sumber Rujukan Kepada Persoalan Wardina

kerengga at KERENGGA - 2 hours ago
Ini adalah hujah dan penjelasan yang Wardina cari-cari sangat hingga sanggup mengatakan "SAYA RISAU MASYARAKAT KITA DISOGOK DENGAN SUMBER CERITA TANPA RUJUKAN" tetapi tidak tahulah siapa yang di merujuk sampai berani sangat membangkitkan isu ini di media sosial, seolah-olah Ustaz Don menjadi seorang penyebar hadis palsu pulak. Dan di bawah hujah Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri:


Tiada ulasan: