Selasa, 22 April 2014

4851. Oleh kerana seseorang bukan groupnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • TIADA SATU PUN MEDIA ARUS PERDANA MILIK UMNO/BN BERBAHASA MELAYU DAN INGGERIS MEMBERIKAN LIPUTAN MUKA DEPAN PERARAKAN MAYAT MENDIANG YB KARPAL SINGH SEMALAM SEBALIKNYA KESEMUA AKHBAR ARUS PERDANA BAHASA CINA MENJADIKAN UPACARA ITU SEBAGAI BERITA UTAMA MUKA DEPAN!!!!!


    Perarakan besar menghantar mayat tokoh DAP Karpal Singh ke tempat pembakaran semalam nampaknya gagal menghiasi muka depan harian berbahasa Melayu dan Inggeris negara ini.

    Sebaliknya, kesemua harian berbahasa Cina menyiarkan laporan berkaitan yang dianggarkan 15,000 memberikan penghormatan terakhir dalam perarakan 2 kilometer yang menyebabkan kesesakan teruk jalan raya.

    Berita Harian, sebagai contoh, memaparkan acara tangkapan 88 orang dalam “pesta liar” di George Town.

    Laporan berkaitan Karpal dimuatkan di halaman ke-13 dengan gambar acara penghormatan itu.

    Akhbar Umno Utusan Malaysia pula memilih insiden nahas bas di Pekan yang mengakibatkan seorang pelancong meninggal dunia.

    Manakala laporan berkaitan penghormatan terakhir kepada Karpal di halaman 8.

    Harian berbahasa Inggeris seperti NST dan the Star pula memuatkan laporan itu di halaman 12, lapan dan enam.

    Sebaliknya, kesemua akhbar berbahasa Cina memberikan halaman penuh bergambar di muka depan berkenaan kematian Karpal, malah, dengan gambar-gambar menarik hari penghormatan terakhir di dalamnya.

    Untuk ketiga-tiga harian berbahasa Cina, kesemua 19 halaman didedikasikan untuk mendiang.

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: