Ahmad Said akan jadi macam David Moyes
Gelombang Malam.
Laut
China Selatan sedang bergelora dan ada cerita penyu akan hanyut ke darat dan
menangis merintihkan nasibnya. Walaupun kebenarannya jauh tetapi sudah ada
orang yang resah gelisah, tidak mahu bercakap panjang mengenai topik yang
sedang hangat diperkatakan. Khabarnya nak kekah kerpuk lekor pun sudah tak ada
angin.
Apakah
itu, ianya mengenai kisah Ahmad Said, menteri besarTerengganu yang kini
berdepan dengan hakiki dia akan ditukar sebagai MB. Walaupun berita penukaran
itu sudah lama memajang dan melebar di dalam blog, tetapi ia terus menjadi
berita yang melambung-lambung hati dan jantung Ahmad Said.
Ahmad
Said akan jadi macam David Monyes, Menager Manchester United.
Ahmad
Said enggan ulas. Manakala orang yang diheret akan menggati beliau menafikan.
Orang yang dijaja ialah pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia
bernama Rozi Mamat. Sebelum ini orang tidak kenal siapa dia Rozi Mamat. Dia
bukan tokoh yang disebut-sebut sebelum ini. Tetapi tiba-tiba namanya tersembut
ke atas hari ini.
Rozi
Mamat pun sudah menggeletar bila mana namanya disebut malahan marah kepada
orang yang mengheret namanya.
Tidak
mengapa, Rozi tidak perlu menggeletar dan marah-marah, orang yang bakal
mengganti Ahmad Said kalau MB itu terpaksa disenjah turun, bukan Rozi Mamat,
tetapi ada nama lain.
Nama
itu sudah pun dimaklumkan kepada Sultan Terengganu. Sebelum itu saya nak tanya
beranikan Najib Razak tukar MB Terengganu itu? Macam mana dengan Sultan,
perkenankah tidak? Bersambung esok atau lusa. [wm.kl.8:27 pm 23/04/14]
Gesaan
Dr Rosli wajar dan munasabah
ULASAN
PETANG
Kenyataan
keras dari Ketua Dewan Pemuda Pas Kota Bharu, Dr Rosli Alanni Abdul Kadir
(foto) agar Pas memecat Hu Pang Chaw sebagai pengerusi Dewan Himpunan Penyokong
Pas (DHPP), perlu diperhalusi dari segi kewajaran dan ketepatan gesaan
demikian.
Rosli membuat kenyataan itu apabila
Pan Chaw menunjukkan sikap tidak sejalur dengan cadangan TMB Kelantan Mohd Amar
Nik Abdullah agar DHPP memainkan peranan agar menjelaskan hukum hudud kepada
orang Cina.
Kata Rosli tindakan itu perlu diambil untuk memastikan martabat Pas sebagai
sebuah parti politik Islam terpelihara, dan martabat pemimpin Pas tidak
diperlekehkan oleh mata umum.
Tanpa perhalusi
terhadap kenyataan itu ia akan dilihat satu kemelut baru akan meletus di
Kelantan dimana penyokongnya sendiri bermasalah dengan cadangan kerajaan hendak
laksanakan hukum hudud. Read more »
Daim tidak perlu takut
untuk disiasat semula
Susupan Malam
Bekas Menteri
Kewangan Daim Zainuddin mempertikaikan laporan dibuat oleh Angkatan Muda
Keadilan kepada SPRM berhubung tuduhan korupsi dilakukannya.
Pada 14 April lalu
Ketua AMK Shamsul Iskadar Akin dan beberapa wakil parti telah memfailkan
laporan dan menggesakan SPRM memulakan siasatan ke atas Daim.
Daim mempertiakai
laporan yang dibuat berpandukan kepada tiga surat yang ditulis oleh Pengerusi
Eksekutif Renong Berhad, Halim Saad bekas Pengerusi Malaysia Airlines Syestem
Bhd (Mas), Tajuddin Ramli bekas Pengarah Mas.
Dalam siasatan itu
SPRM tidak menemui sebarang maklumat yang boleh mengesahkan hubungkait beliau
dengan amalan rasuah.
Kalau siasatan
sudah dibuat dan beliau bersih, kenapa Daim harus takut untuk dibuat siasatan
sekali lagi. Orang bersih suka kalau disiasat bebeberapa kali pun kerana ia
boleh menambahkan keyakinan umum terhadapnya.
Dengan mengelak
untuk disiasat sekali lagi menyebabkan Daim akan terus diragui. Walaupun SPRM
telah menyiasatnya pada tahun 1999, tetapi orang boleh menganggap ia tidak
semestinya telus. [wm.kl. 8:12 pm 22/04/14]
21 NGO Cina bukan saja
jahil, tetapi jahat
Murih Tengahari
21 buah NGO Cina
menyatakan bantahan kepada hasrat Kerajaan Kelantan untuk membentangkan private
bill di parlimen bagi membolehkan Kelantan diberikan pengecualian melaksanakan
Kanun Jenayah Syariah (II), hukum hudud. Bantahan juga disuarakan oleh Dewan
Perniagaan Cina negeri-negeri, persatuan alumi Cina serta persatuan Budha dan
Dong Zong.
Alasan mereka kenapa tidak mahu hudud dilaksanakan kerana
negara ini adalah negara sekular dan pernah ditegaskan mahkamah tahun 1998.
Alasan dan pandangan NGO berkenaan pelik dan tidak sesuatu yang praktikal
dan tidak masuk akal serta berbau prejudis.
Kenapa mereka jadi begitu takut alias membenci hukum hudud.
Dalam masa sama ada orang Islam meragui akan keadilan hukum hudud kerana tidak
memberi keadilan kepada umat Islam, tetapi orang Cina juga menyatakan hal yang
sama. Apakah mereka ini terpengaruh dengan otak Melayu sebegitu? Read more »
Jangan cabar Najib
agar penjarakan Anwar
Sebuka Mata
Ikhlas saya kata saya kurang senang dengan cara salah seorang
calon Naib Presiden PKR yang berkempen untuk meraih kemenangan dalam pemilihan
Mei depan dengan mencabar Najib Razak supaya memanjarakan Anwar Ibrahim.
Pemimpin itu, Tian Chua seolah-olah yakin sekiranya Anwar dipenjara sekali lagi
rakyat akan bangkit seperti tahun 1998.
Bagi saya cabaran Tian Chua itu tidak praktikal dan tidak
mengambil kira suasana sekarang ini dan masih bermimpi yang dia berada di
tahun-tahun awal kebangkitan reformasi, 1998.
Kerana itu cabaran Tian Chua itu tidak lebih daripada bahan
kempennya untuk menang sebagai naib presiden dalam pemilihan akan datang ini.
Kenapa memperjudikan nasib Anwar untuk meraih kemenangan? Read more »
Pak Habib: Raja
penulis buku politik Malaysia
Resensi
Syed Hussein
Alattas (S.H. Alattas) atau Pak Habib masih istiqamah dengan kerjaya-
kekhalifahanya sebagai penulis atau penghasil buku-buku politik. Walaupun
usianya sudah mencecah 74 tahun, tetapi beliau masih cergas dan produktif
melahirkan buku-buku politik ala atau stailnya tersendiri. Buku-buku hasilan
Pak Habib, ada rupa dirinya tersendiri serta unik yang tidak dapat diciplakan
oleh mana-mana penulis atau karyawan segolongan dengannya.
Selain istiqamah dengan kerjayanya, daya kreativitinya juga
tidak pernah habis. Ideanya sentiasa ada, dan tinta juangnya terusan mengalir
bagaikan mata air dari puncak gunung. Setiap peristiwa dan isu yang mengusarkan
masyarakat dirakam dan tafsirkan dengan daya akal imaginasi (firasat
kerohanian) yang sungguh mengugahkan. Sebab itu sesetengah spekulasi beliau
menjadi kenyataan atau tidak jauh meleset.
|
Pak Habib menunjukkan bukunya ke 69.
Salah satu keunikkan buku-buku Pak Habib yang tidak kedapatan kepada penulis lain ialah caption gambarnya. Buku-bukunya akan sarap dengan gambar dan keratan akhbar yang dikuatkan dengan caption. Caption adalah penceritaan dan penyampai mesej sebenar dalam buku-buku Pak Habib bukan neratif. Inilah kelebihan dan keunikan, yang pada sesetengah sarjana dan akademis mengatakan buku Pak Habib tidak tergolong dalam sebuah buku yang ideal rukun-rukunnya. Tetapi Pak Habib tidak peduli soal-soal rukun itu, yang penting mesej dan cerita yang hendak disampaikan berjaya dan bukunya memberi impak kepada dunia politik negara. Read more »
Rakan Umno tentang hasrat Pas laksana hudud
Ulasan Senja.
Empat parti komponen BN yang menjadi rakan kepada Umno telah menyatakan sikap dan pendirian menolak hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Dalam kenyataan bersama membantah cadangan kerajaan Kelantan itu, empat parti itu, MCA, Gerakan, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Liberal Demokratik Parti (LDP) menyatakan mereka akan tentang hudud.
Walaupun mereka adalah minoriti dalam parlimen, tetapi akan berusaha sedaya mungkin akan menentang pelaksanaan hukum hudud itu. Ketegasan ini menunjukkan kebencian mereka kepada hukum Islam.
Dalam sidang akhbar bersama yang diadakan di Wisma MCA hari ini, seperti dilaporBernama, kumpulan itu yang diketuai Presiden MCA, Liow Tiong Lai memberi alasan perlaksanaan undang-undang itu (hudud) bercanggah dengan Perlembagaan negara dimana jika ia dilaksanakan akan menjejaskan masa depan negara.Read more »
Ahli PKR harus berada dalam taman KeadilanRaya
ULASAN
|
|
Azmin berucap melancar KeadilanRaya. |
Perlancaran Gagasan KeadilanRaya yang diumumkan oleh Timbaan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dalam satu majlis reptai kempen perebutan jawatan dalam PKR pada Mei depan, bertempat di Petaling Jaya malam tadi bukan saja ianya perlu dilihat ‘raya’nya himpunan untuk menyokong penyandang jawatan timbalan presiden, Azmin agar meneruskan kepimpinan sebagai orang nombor dua dalam parti, tetapi ia perlu dijangkau lebih jauh kedepan tanpa menyerabutkan dengan kepentingan individu. Read more »
Karpal Singh walaupun sudah tiada, suaranya masih bergema
BELASUNGKAWA
|
Kandati berkerusi roda Karpal tetap hadir parlimen. |
Pagi ini tidak ada khabar paling menggempar dan menyedihkan melainkan berita kematian ahli Parlimen dan peguam kanan Karpal Singh, 74 akibat kemalangan jalan raya di kilometer 301.6 lebuh raya Utara-Selatan jam 12:45 pagi tadi. Kemalangan itu juga turut membunuh pembantunya Michael Cornelius manakala anaknya Ram Karpal dan pemandunya cedera parah.
Kematian Karpal merupakan suatu kehilangan buat negara dan ia dirasai oleh semua orang yang mengenali kehebatannya sebagai anggota parlimen dan juga sebagai peguam digeruni. Read more »
Ibrahim Ali laksana tin kepek
Susupan Senja
Inchek Ibrahim Ali.
Benarlah kata orang lidah tidak bertulang boleh cakap apa saja sama ada apa yang diucapkan itu betul atau tidak. Orang yang cakap ikut sedap mulut juga selalu nampak anak kuman kurus di seberang laut tetapi tak nampak ibu gajah bunting yang bertenggek di birai mata.
Perumpamaan itu tepat untuk ditohok ke atas belakang Inchek Ibrahim Ali yang hendak tunjuk 'agah dan helenan' dengan memaki hamun pemimpin DAP dan PKR yang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Kelantan hendak mengemukakan undang-undang persendirian di parlimen bagi membolehkan Kelantan laksankan hukum hudud.
Kata Inchek Ibrahim tindakan pemimpin DAP dan PKR itu yang mempersoalkan hasrat kerajaan Kelantan itu sebagai biadap. Hukum Hudud wajar dilaksanakan di Kelantan memandangkan negeri itu 95% Melayu beragama Islam, hujahnya DAP tidak ada langsung di Kelantan, dan tidak berhak bercakap fasal hudud, katanya. Read more »
s3v3n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan