Khamis, 24 April 2014

4904. Malu Empunya Ibu Tidak Sempurna. Berwaspadalah menerima tetamu tidak dikenali, yang dikenalkan oleh rakan. Berwaspadalah juga dengan rakan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
"Kalau korang nak tahu, sejak kecik Abe telah di'train' untuk MEMULIAKAN TETAMU2 yang datang bertandang umah Abe. "

Satu pengajaran yang sanggup dikongsikan oleh individu untuk kita semua bermuhasabah diri kerana Allah SWT. 
  • Tetamu Tak Di Undang... Hinggap Umpama PONTIANAK...

    Hadir tak dijemput, pulang tak berHantar... Hinggap umpama Pontianak, bertenggek tak reti bahasa. Pastu belah ikut suka hati, grrrrrrrrr. Abe geram tahap cipan rini. Astagfirullahaladzim, mengucap panjang Abe rini. Sepanjang pagi Abe asyik duk menyumpah seranah sampai hati dah naik PANAS. Meletup letup... Entri ni takdak kena mengena langsung pasal Mistik, jauh skali pasal Hantu... Lebih2 lagi pasal PONTIANAK. Memang takde kena mengena langsung...

    Ni Abe nak story cikit pasal apa yang berlaku kat umah Abe seharian semalam... Malam semalam adalah Abe terima call dari sorang member ni, yelah member lama. Macam biasa, Abe layan je la... Tup2, tetibe dia ckp nk tumpangkan kawan dia kat umah Abe semalaman. Dalam kepala otak Abe smlm, kawan dia tu lelaki laaaaaaa... Terus Abe cakap OK je... Almaklumlah, orang dah mintak tolong, mcm biasa Abe ni IKHLAS nak tolong... Alik2, dalam kul 12, baliklah Abe ke rumah...


    Jeng3x, lebih kurang kul 1pg, sampailah member Abe ni datang bersama kawan2nya tu... Mak ai, rupanya kawan dia Laki Bini... Ayoyo...... Nak cancel balik, dah terlambat. Nak tak nak, Abe benarkan jugak diorang menumpang di umah Abe, menumpang tido je pun... Atas ikhsan memandangkan laki bini, Abe pun benarkanlah diorang duduk bilik UTAMA, iaitu bilik Abe atas sebab bilik tu bilik airnya kat dalam bilik UTAMA. 'consider' tolak ansur punya pasal... Bodoh kan Abe ni? Huhuhuhuhuhu...

    Sebabkan dah terlalu lewat pagi, dorang terus masuk dan tido.. Abe pulak, tido di luar macam biasa, bertemankan Itcha & Itchy serta Yuyu dua beradik (ikan kelisa seFamily + ikan puyu seFamily dalam akuarium). Dalam hati Abe takde syak sebab diorang memang betul suami isteri. Bawak baby kecik.
     
    Nak dijadikan cerita, pagi esoknya... Jeng3x, bangunlah Abe... Sebab ada tetamu, maka masaklah Abe sarapan pagi... Special lak tu, jarang Abe leh masak sepagi segitu. & sarapan pagi dah siap terhidang seawal jam 830pg. Siap wat air teh tarik panas lagi... Maka mulalah penantian menunggu 'tetamu tak diundang' bangkit dari PERTAPAAN di medan perang Abe... Tunggu punya tunggu, masuk pukul 10pg. Masih lagi senyap sunyi, takde tanda2 bangkit... Abe sabar lagi... Tunggu lagi... Tunggu punya tunggu lagi, kul 12tengahari... Time ni Abe dah HOT dah, meruap2 darah dalam badan, tapi Abe tetap sabar lagi... Nak kejut tak terKejut, so tindakan yang Abe amik, Abe terpaksa Offkan Main-Switch dengan harapan diorang panas duk kat dalam bilik tu dan bangkit sendiri... Alamak, dekat setengah jam Off Main-Switch, tak bangkit2 jugak berTapa... Hampagas betul... Tak terpikir pulak Abe yang bilik tu dipasang ekon yang kuat, bila xde letrik pun, ekon masih lagi sejuk & boleh bertahan sehingga sejam lebih tahap kesejukannya sb bilik tertutup rapat.

    Maka, dengan MARAH, Abe AKHIRNYA ketuk jugak pintu bilik tu.... Ketuk punya ketuk, maka bangkitlah seKelamin SLEEPING PONTIANAK yang takreti bahasa tu... Hampes... Abe terus bagi kata dua, Abe cakap dalam masa 10min Abe kena lapor ke opis, Abe suh diorang berSiap cepat dlm masa 10minit ni. Nak tak nak, Abe bagi kata dua terus kat diorang. Maka, kalutlah diorang berSiap. Cukup 10min, Abe da tunggu kat pintu keluar. Diorang bergegas kuar. Abe hantarkan diorang ke SecretRecipe Presint Diplomatik... Zalim tu memang Zalim... Tapi terpaksa punya pasal, perasaan zalim tu dah hilang...

    Korang nak tahu tak apa SI SLEEPING PONTIANAK tu cakap pada Abe? Ada ke patot diorang cakap, "Ape la deme ni, ahad pun keje. Kami nk tido nyenyak pun kena ganggu. Sedap2 tido dalam ekon kena kejut. Diorang siap tambah lagi, biasanya ari minggu diorang akan bangun lewat, kadang2 petang baru bangkit...."

    Banyak cantik!!! Kalau kat umah sendiri pegi matilah diorang tak nak bangun terus pun Abe tak kisah... Ni kat umah orang wooooooo, kena ingat. Bukan Hotel @ Homestay... Abe yang elok2 ikhlas niat bagi tumpang, terus jadi berkira. Kalau korang nak tahu, sejak kecik Abe telah di'train' untuk MEMULIAKAN TETAMU2 yang datang bertandang umah Abe. Tapi kejadian yang berlaku hati ni menyebabkan sikit prinsip Abe tercalar. Hurmmmmmm, grrrrr... Nak lebih geram lagi bila Abe cuba call kawan Abe tu, coll tak berangkat... Jenis tido mampos jugak agaknya...

    *moral of da story, BUAT BAIK PASNI BIAR BERPADA PADA! BUAT JAHAT JANGAN SEKALI. Kat atas tu adalah hasil kreativiti diorang berPerang atas katil Abe. Abe ngan bakal isteri pun tak rasmikan lagi woooooooooo. Yang Abe PALING MARAH tu, diorang dahlah takde inisiatif nak kemas, DISEBALIK tu, diaorang SIAP TINGGALKAN KESAN lagi, siap lap guna SELIMUT lagi buat lap. Lahanat, memang kurang ajar tahap PONTIANAK. PONTIANAK pun Abe rasa reti bahasa tak seperti diorang.. Grrrrr.... Ni last Abe tolong orang, SERIK DAH.... SERIK




    TRAGEDI Di Plaza Tol RAGUT DUA NYAWA

    TRAGEDI Di Plaza Tol RAGUT DUA NYAWA | Dua beradik maut manakala seorang rakannya parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 24, Lebuhraya Silk, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa yang dikenali sebagai Henry, 24, hilang kawalan sebelum melanggar tembok Plaza Tol Sungai Ramal. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Zulkifli Jonit berkata, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sebaik tiba di tempat kejadian.

    Katanya, akibat kejadian itu, mangsa dan adiknya yang dikenali sebagai Balamurugam, 19, maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan.
    baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
    “Seorang lagi rakan mangsa yang berusia 20-an parah dan dibawa ke Hospital Kajang,” katanya di sini, semalam.

    Beliau berkata, mayat dua beradik terbabit dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Mishan Benu berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 8.20 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

    “Kami mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit masing-masing di bahagian pemandu, penumpang depan dan belakang dengan mengambil masa 15 minit,” katanya.

    Sumber: (http://www.queachmad.com/2013/01/tragedi-di-plaza-tol-ragut-dua-nyawa.html

    KISAH BENAR: Maafkan Ibu Tidak Sempurna

    Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni cerita lama. Abe saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi Abe letak dalam blog ni. Cerita ni telah memberikan ilham kepada kumpulan nasyid FarEast untuk dijadikan lagu... lagu yang sangat sedih...

    Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu! Abe cuma berkongsi, ini bukan kisah Abe... Tapi Abe diberatahu, IANYA juga Kisah Benar...

    Cerita si anak.....

    Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami. Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini  kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

    Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau  hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau  mati saja?!!!”

    Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya… Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

    Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku  dan tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya... Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!" KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.

    Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal… Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!! Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat  yang ibuku ingin aku membacanya…

    “Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.

    Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........ Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata... Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini……Dengan kasihku kepadamu……IBUMU…

    Sabda Rasullah SAW: 

    Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

    *Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar oleh kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Kalau boleh, LIKE FanPage FB Abe skali ye, QueAchmad.com... Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe di Blog ni, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

    PANAS: Pontianak lebih SOPAN dalam berpakaian...

    Ramai sekarang ni manusia yang dah semakin seksi & BERANI MATI (kata Mat Yie) dalam berpakaian... Baik lelaki apatah lagi perempuan, huhuhu... Tadi Abe berkesempatan minum di Ali1Bistro, fuyoooo dia punya pakaian... Abe tengok, 'pergh' dasyat... Berpakaian TETAPI bertelanjang... Faham kan maksud Abe? huhuhuhu... Pembalut 'Nangka' pun tak se'Dasyat' dia dari segi Ketat... huhuhuhu (Mood: Istigfar)

    Naik loyar pun ada jugak... Kalau zaman-zaman Abe muda dulu, OK lah... ley wat cuci mata(zaman muda dululah, la ni Abe dah makin baik dah)

    Bila belek 'tenet' tadi, Abe terjumpa gambar ni, memang 'Walla'... Kena molek, terus wat 'Entri' simple ni...

    *Sopankah Pontianak ni? Bolehlah...tapi kan pada Abe, sopan lagi pocong sebab hanya muka je yg nampak...yang len semuanya dah tutup...hahahah!!!


    BICARA JIWA QUE: Hidup Ni Jangan Cari Pasal... Padahnya, tanggung derita Zahir & Batin


    Salam
    Abe menulis lagi, menulis dari hati...Hari ni Abe telah jalani suatu hari yang amat2 sukar dalam hidup Abe. Mungkin jugak sebab kepenatan yang luarbiasa... Mungkin jugak sebab kerisauan yang luarbiasa... Tak dapat Abe nak huraikan kat sini... Hanya Allah SWT sahaja yang tahu... Kenapa DIA yang kena tanggung, bukannya Abe?

    Bila sesekali ni terpanggil untuk berkongsi dengan korang, Abe dengan sejujur & seikhlas hati nak bagitahu kat sini pasal 'Jangan Cari Pasal'... Pengalaman yang Abe lalui banyak sangat telah mengajar Abe sehinggakan Abe adakalanya serik... Serik sangat2. Nak kata Abe takut, Abe tak takut. Dulu mungkinlah Abe jenis penakut tapi sekarang ni tak sangat la. Nak kata Abe ni jenis kedekut, tak ada langsung dalam kamus hidup Abe untuk jadi SiKedekut... Abe percaya dengan rezeki Allah Taala yang melimpah ruah... Nak kata Abe ni jenis ''busybody'', mungkin kengkadang 'ya'. Yup, Abe memang boleh katakan, kengkadang YA. Ya atas sebab2 yang tertentu dengan izin Allah Taala...
    baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

    Sebab yang kengkadangkala ni YA lah, Abe kena tanggung Habuan yang tak berkesudahan ni. Sangat tak berkesudahan & Abe pun tak dapat nak agak bila ianya akan berakhir... Hidup Ni Jangan Cari Pasal, tu ungkapan pertama yang keluar dalam benak fikiran Abe awal pagi tadi sebaik saja Abe terima call dari Shah Alam... Panggilan yang benar2 buatkan Abe terkedu sehingga tak sedar lopakan airmata sesal mengalir.. Ya Allah, kenapa DIA 'kena' lagi? Ya Allah, kasihanilah DIA...

    Segalanya Abe akui bermula daripada Abe. YA, ianya sebab Abe, puncanya daripada Abe kerana Abe sayangkan mereka sepertimana Allah Taala sayangkan mereka. Sebab yang Abe sendiri pun tak tahu APA SEBABNYA Abe tercampur tangan. Yang Abe tahu, Abe yang mulakan, Abe yang cari pasal sebab Abe 'busybody' nak campur hal orang. Risikonya, apa yang dah Abe lalui, sungguh MENDERITA ZAHIR & BATIN. Tapi Abe sikitpun tak salahkan takdir apa yang berlaku ni, Abe redha. Abe amat percaya segala apa yang berlaku pada Abe ni ada hikmahnya yang tersendiri yang Allah Taala dah aturkan. Abe kuat di sini & Abe mampu bertahan sampai tahap ni sebab sentiasa ada Sahabat2 Abe di sisi membantu Abe...

    Tq Abe ucapkan pada Sahabat yang kuat sentiasa di sisi Abe. Tq E, Tq Beben, Tq Syah, Tq Ammar, Tq Dikpun, Tq Wan, Tq Tn Sepu, Tq Tn Chang, Tq Farid, Tq Nik, Tq semua yang tak putus asa bantu Abe selama ni, yang tak putus asa bersabar dengan kerenah Abe. Mereka2 ni sentiasa Abe doakan agar Allah Taala permudahkan segala urusan mereka, permurahkan rezeki mereka, dipanjangkan usia mereka untuk beribadat pada Allah Taala, insyaAllah... Amin

    *akhir kata, Abe mintak Maaf kalau ada silap dan salah dengan semua, dengan korang semua.

    My Dashboard. 





    s3v3n

    s3v3n.
IP
<script language="JavaScript" src="https://sites.google.com/site/adiwidget/adiWidget.js" type="text/javascript"></script><script language="JavaScript" type="text/javascript">eXl1lXc('https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/zikir-8.swf','bottom','0px','left','0px','123211','150','300','transparent','ffffff');</script>

<script language="JavaScript" src="https://sites.google.com/site/adiwidget/adiWidget.js" type="text/javascript"></script><script language="JavaScript" type="text/javascript">eXl1lXc('https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/zikir-8.swf','bottom','0px','right','0px','123212','150','300','transparent','ffffff');</script>

<div style="text-align: center;"><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" width="150" height="300" src="https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/zikir-8.swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high"></embed></div>
(http://adiwidget.blogspot.com/

Tiada ulasan: