Sabtu, 26 April 2014

4930. Malaysia - Menjaga hak orang bukan Islam lebih bermakna dan dihormati.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com
• HEBOH!!! Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi) Tidak Lagi Berpurdah Selepas 3 Tahun.. Ini Pendedahan Beliau Sendiri, Jom Terjah!!!
Budaya berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam,  Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik.
Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!

Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.

Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari  rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi.  Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah.

Antaranya kecaman yang saya terima ialah
• Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
• Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..
• Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..
Masalah saya semasa berpurdah,
• Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.
• Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.
Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”

Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang Islam atau bukan Islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??

Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam”  itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..

Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan di luar negara. Mereka menganggap orang Islam adalah pengganas. Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang  polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..

Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka..Terpaksa.. Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..

Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.

Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan fitnah. -SUMBER

My Dashboard. Anda mungkin juga meminati:
s3v3n

s3v3n.

ULAMA ILMUAN AMNO RM 2 JUTA TENTANG HUDUD
DISAMAN JPJ..............???
Pucat lesi ulama Umno ilmu RM2 juta Hj Lah iaitu Penasihat alias Tok Guru "MINDA PONDOK" Kelantan kena saman JPJ kerana bawa kereta dengan lesen memandu dan ...
YOUTUBE.COM
IP

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  .

Sumber: ()

My Dashboard.

s3v3n

<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="300" name="calendar" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer06.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="300"></embed>

s3v3n.

Habis Manis Sepah Dibuang... - Pakatan Rakyat Infomedia

Photo: Habis Menggundi, Penyokong Dibuang - Inilah nasib yang menimpa penyokong kuat Regim Umno BN di FELDA NEW ZEALAND, PAHANG yang merupakan kubu kuat Umno BN apabila Page BWA menuduh mereka ini sebagai BIADAP. Inilah nasib orang kampung yang dipergunakan oleh Regim Umno BN bagi kepentingan politik dan kuasa mereka, bukan untuk membela rakyat marhean.
Habis Menggundi, Penyokong Dibuang -
Inilah nasib yang menimpa penyokong kuat Regim Umno BN di FELDA NEW ZEALAND, PAHANG yang merupakan kubu kuat Umno BN apabila Page BWA menuduh mereka ini sebagai BIADAP.
Inilah nasib orang kampung yang dipergunakan oleh Regim Umno BN bagi kepentingan politik dan kuasa mereka, bukan untuk membela rakyat marhean.

Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/04/habis-manis-sepah-dibuang.html)

Relakanlah kamu dipanggil sampah. Jasamu tiada harga.

BLUE WAVE ARMY JANGAN JADI BLUE FILM ARMY

JANGAN JADIKAN MELAYU BODOH
boikot

Rakyat tolak media utama, BN terpaksa kerahkan macai "Blue Wave Army"

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan serangan dari ‘Red Bean Army (RBA)’. RBA adalah sebuah rangkaian siber yang tercetus dari khayalan para pemimpin BN selepas kecewa kerana ditolak oleh majority pengundi Cina dalam PRU13 lalu. Hakikatnya tidak wujud pun apa yang dikatakan RBA.

Menurut Ahmad,  BWA akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.

Penubuhan unit seperti itu bukan baharu bagi Umno atau BN. Pasca PRU12 di mana buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, parti pemerintah tua itu telah menubuhkan pelbagai unit siber pro BN dengan mendapat peruntukan besar menggunakan dana kerajaan.

Datuk Seri Najib sekurang-kurangnya sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan tentera sibernya untuk melancarkan serangan propaganda dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat sebelum PRU13 lalu. Sebahagian mereka dibekalkan dengan elaun dan gajet ICT. Walaupun mereka menggelarkan diri sebagai pahlawan siber tetapi penggiat alam maya lebih senang memanggil mereka sebagai macai.

Ribuan macai yang hanya menggunakan akaun Facebook atau Twitter hanya diberi imbuhan sekali-sekala. Manakala macai pada tahap yang lebih atas, biasanya pengendali laman web atau blog akan mendapat elaun tetap yang lumayan. Mereka dilatih untuk melakukan kerja jahat di bidang propaganda secara berkesan melalui kursus-kursus professional.

Perkara ini didedahkan kepada saya oleh seorang bekas macai yang mungkin telah insaf dari kegiatan songsang mereka suatu masa dahulu. Para macai yang betebaran seluruh negara ini pula tidaklah berada di bawah satu kumpulan tetapi pelbagai kumpulan. Saya sangat yakin bahawa dana yang digunakan untuk menyara para macai ini adalah dari duit kerajaan. Maksudnya duit dari poket rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan.

Pelik, takkanlah Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan Umno tidak tahu mengenai kegiatan macai mereka bekerja sepenuh masa di alam siber, tiba-tiba mengumumkan pula untuk menubuhkan BWA. Atau pengumuman itu bertujuan menagih dana dari Najib supaya terus dapat membaham duit rakyat demi kepentingan para macai BN.

Dalam situasi media-media utama dalam negara dikongkong sepenuhnya oleh BN, sepatutnya mereka tidak perlu khuatir sebarang maklumat dari pihak pembangkang. Malaysia menduduki tangga ke 147 dalam dunia dari aspek kebebasan akhbar. Apa nak dikhuatirkan apabila 100 peratus media elektronik bukan siber dalam negara adalah pengampu BN dan anti Pakatan Rakyat?

Mutakhir ini BN terpaksa menerima hakikat bahawa media elektronik (radio dan televisyen) sudah tidak berupaya menjadi ejen propaganda mereka yang berkesan. Perkembangan terbaru MH370 memberi pukulan maut terhadap integriti para pemimpin kerajaan Malaysia dalam penyampaian maklumat.

Bayangkan kajiselidik yang dibuat oleh penyelidik professional Mendeka Center terhadap rakyat Malaysia sendiri menunjukkan 54 peratus yakin kerajaan BN menyembunyikan maklumat mengenai kejadian sebenar kehilangan MH370, hanya 26 peratus yang percaya kerajaan bercakap benar.
Saban hari media-media utama negara menjalankan propaganda dengan baik sekali bagi menunjukkan bahawa kerajaan bertindak betul dan bercakap benar, walhal majoriti rakyat tidak mempercayainya sebaliknya menganggap kerajaan berbohong. Dakwaan bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat ini banyak tersebar di alam siber. Penyebar maklumat tak semestinya professional tetapi apabila terdapat kalangan yang berjaya kemukakan bukti yang meyakinkan bahawa kerajaan tidak bercakap benar maka maklumat itu dikongsi dengan pantas oleh para pemilik akaun alam siber. Bukan sahaja isu MH370 tetapi pelbagai isu lain seperti Panda RM25 juta, kangkong, dakwaan salahlaku Rosmah, Muhyiddin dan sebagainya tersebar dengan pantas di alam maya.

Bilangan pengguna Internet di Malaysia kini menghampiri 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012.  Menurut laporan Kementerian Kewangan kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.

Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial. Nah, masakan BN tidak ‘pening kepala’ kerana bencana yang paling besar bagi BN ialah apabila rakyat mendapat maklumat yang betul.

Cadangan BN untuk menggunakan atau lebih tepat lagi, membesarkan penggunaan macai tidak harus dipandang sepi oleh Pakatan kerana mereka boleh menyalahgunakan duit rakyat untuk menyediakan peruntukan ke arah itu.

Pahlawan maya penyokong Pakatan sudah terlalu ramai di alam siber. Mereka bekerja dengan sukarela. Pihak berkenaan dalam Pakatan cuma perlu mantapkan dengan sentuhan dan pengembelingan, supaya gerakerja mereka lebih berkesan maka insyaAllah WBA ciptaan Ahmad Maslan akan lenyap macam MH370. - oleh Zulkifli Yahaya

Anda mungkin juga meminati:
Sumber: (http://www.utusankini.com/2014/04/blue-wave-army-jangan-jadi-blue-film.html

Tiada ulasan: