Isnin, 28 April 2014

4941. Kisah Isi Rumah Tangga.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Anak tidak tahu ibu mengemis - WARTAWAN SINAR HARIAN (27 April 2014) 
    Anak tidak tahu ibu mengemis
    Che Mah keluar bersama basikal buruknya untuk meminta sedekah.
    ALOR SETAR - Seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Tongkang Yard, dekat sini, mendakwa terpaksa meminta sedekah kerana kesempitan hidup.

    Warga emas yang hanya mahu dikenali Che Mah, 82, berkata, dua anaknya sudah memiliki keluarga sendiri dan tinggal berjauhan di negeri lain.

    “Seorang anak tok (nenek) tinggal di Melaka, manakala lagi seorang jikalau tidak silap tinggal berdekatan Kuala Lumpur. Tok tinggal sendirian kerana suami sudah meninggal dunia.

    “Tok terpaksa meminta sedekah sebegini akibat tidak berkemampuan sejak kematian suami, malah tidak mampu menjalankan perniagaan lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

    Che Mah berkata, sebelum ini dia menjalankan perniagaan menjual kain secara kecil-kecilan kepada penduduk berdekatan rumahnya.

    Katanya, anak-anaknya juga hanya berniaga kecil-kecilan sahaja dan masih memberikan wang RM100 setiap seorang untuk meneruskan hidup.

    “Namun ada kalanya tidak cukup untuk elektrik, duit pula anak belum hantar. Sekurang-kurangnya, tok terima lebih kurang RM40 seminggu apabila meminta sedekah di kawasan ini,” katanya.

    Menurutnya, kedua-dua anak sememangnya tidak mengetahui dia menyara kehidupan dengan meminta sedekah malah mereka pasti melarang perbuatannya itu.

    "Tok sedar perbuatan ini salah, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu meneruskan kehidupan.

    “Apabila minta sedekah, tok sebenarnya takut juga orang tangkap ke penjara. Tak mahulah, kalau boleh hantar masuk ke rumah orang tua pun tidak apa,” katanya.


    Cukuplah sekadar tahu bermadu - WARTAWAN SINAR HARIAN (27 April 2014) 
    Cukuplah sekadar tahu bermadu
    Pengakuan 1

    Cukuplah sekadar tahu bermadu

    Saya isteri nombor dua. Ketika bernikah dengan suami dulu, saya sedia tahu suami sudah berkahwin tetapi, saya terima suami seadanya kerana saya memerlukan perhatian dan kasih sayang.

    Jauh merantau dari negeri Perlis, saya sebatang kara di sini dan perlukan seseorang untuk mengadu nasib.

    Saya tahu masyarakat di sini memandang serong wanita yang berkahwin dengan suami orang. Bagi saya, tidak semua wanita berniat jahat. Saya tiada sesiapa lagi di dunia ini.

    Yang saya mahukan dalam hidup adalah nasib diri yang terbela. Saya juga ingin membina keluarga saya sendiri. Memiliki anak dan rumah tangga yang bahagia. Tapi, sudah nasib saya bertemu jodoh dengan suami orang. Ini bererti saya terpaksa berkongsi kasih dengan madu.

    Jauh di sudut hati, ada kalanya saya rasa seperti bersaing dengan madu untuk mendapatkan perhatian suami. Madu sering menelefon suami apabila suami berada di rumah saya. Terus terang, hubungan saya dengan madu tidak begitu baik tapi kami tidak pula bergaduh.

    Cukuplah sekadar kami masing-masing tahu telah dimadukan.

    Ketika awal perkahwinan dulu, suami memiliki restoran makanan. Restoran itu kemudian diserahkan kepada isteri pertamanya dan suami membeli satu lagi restoran berdekatan restoran madu.

    Dan ia diserahkan kepada saya untuk dikendalikan. Waktu makan, suami akan makan dua kali. Mula-mula di restoran madu, kemudian baru makan dengan saya di restoran saya.

    Begitulah rutin suami sehingga kadang-kadang saya kasihan. Saya sedar banyak mengalah dengan isteri pertama tapi tidak mengapalah, saya yang ingin menumpang kasih orang.

    Harapan saya semoga suatu masa madu menerima kehadiran saya sebagai orang baru dalam hidupnya. Saya tidak berniat mahu merampas apa-apa. Suami saya, tetap suaminya. Hanya sedikit perhatian dan zuriat yang saya inginkan. - Sofia, 30, Shah Alam.

    PENGAKUAN 2

    Beralah demi kebahagiaan bersama
    Ketika bertemu dengan suami saya langsung tidak mengetahui yang dia telah beristeri dan mempunyai anak. Mungkin kerana hati yang mahu dikasihi saya tidak selidik terlebih dahulu tentang latar belakangnya.

    Bagaimanapun setelah tiga bulan berkenalan dengannya, suami telah menceritakan hal sebenar yang dia telah pun berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Setelah mengetahuinya saya amat bersedih tapi apakan daya ketika itu saya tidak mampu menolak takdir lagi.

    Mungkin disebabkan sikapnya yang mudah tersenyum, peramah dan prihatin membuatkan saya terpaut bukan sahaja pada budi pekerti tetapi ketampanannya. Malang bagi saya kerana tak terlintas pun untuk mencintai suami orang. Sudah suratan untuk hidup bermadu.

    Namun saya akui hidup bermadu ini tak seindah yang disangka. Ingatkan dapat perhatian lebih tetapi semua itu  omongan kosong semata-mata. Apa yang membuatkan saya terasa hati apabila suami lebih memberi perhatian kepada isteri pertama dan anak-anak.

    Suami saya mengamalkan sikap adil tetapi kerana tanggungjawabnya pada anak-anaknya, masanya selalu dihabiskan menguruskan hal mereka.

    Walaupun begitu, saya tidak mampu menahan rasa cemburu apabila suami menunjukkan dengan terang bahawa antara dia dan tanggungjawabnya di rumah isteri pertama, tidak boleh ada penghalang.

    Saya perlu menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai isteri kepada suami yang juga suami kepada perempuan lain dan bapa kepada anak-anak yang ramai.

    Memang sukar dan hingga kini saya masih lagi belajar menyesuaikan diri. Kasih pada suami tak berbelah bahagi dan saya sanggup berkorban perasaan, lagipun kesemua keperluan saya dipenuhinya, cuma pada hakikatnya dia ada tanggungjawab lain yang kekadang meruntun jiwa.

    Ramai juga yang bertanya pada saya, apa perasaan menjadi isteri kedua, satu soalan yang hingga kini saya masih memikirkan jawapannya. Adakah aku bahagia atau sebaliknya.

    Walaupun ada ketikanya air mata jadi peneman setia tetapi saya masih bahagia kerana suami sangat baik tetapi saya juga merana kerana suami adalah suami kepada wanita lain. - Humairah, 31,  Kedah

    PENGAKUAN 3

    Bermadu tetap ada manisnya

    Saya tidak pernah termimpi untuk menjadi isteri kedua. Malah tiada siapa antara kita yang memasang cita-cita untuk berada di alam poligami; berkahwin dengan suami orang dan berkongsi kasih sayang dengan orang lain.

    Baguslah jika ada di antara wanita bujang, positif menerima dan bersedia berpoligami, kerana mungkin ada di  antara mereka telah nampak kebaikan dan kepentingan melaksanakan syariat ALLAH yang satu ini. Dan sebenarnya, kebaikan syariat poligami ini jauh lebih baik dari yang kita sangka. Alhamdulillah.

    Pertama kali dikhabarkan oleh Kak Ana (isteri pertama), bahawa suaminya ingin menjadikan saya isteri kedua, saya terasa amat berat persoalan ini untuk diterima. Ya ALLAH, moga ini hanya mimpi.

    Namun, terjaga dari tidur, saya terpaksa memikirkannya kerana ternyata ini adalah ujian nyata yang ALLAH datangkan dalam hidup saya.

    Saya juga sama seperti anak dara lain yang ingin bernikah. Ingin menjadi isteri pertama. Bukan sekadar menjadi isteri pertama, tapi saya juga ingin menjadi satu-satunya isteri kepada lelaki yang kita sayangi. Saya tidak ingin suami saya mencintai dan menyayangi wanita lain. Namun ini semua hanyalah impian.

    Semua perancangan ini telah pun ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Saya tidak sanggup melukakan hati perempuan lain tetapi disebabkan Kak Ana beria-ia menyuruh saya menerima lamaran suaminya saya reda.

    Dalam masa yang sama anak Kak Ana juga turut memujuk saya menjadi ibu kedua mereka sehingga saya rasa serba salah.

    Setelah berbincang dengan ahli keluarga, akhirnya mereka bersetuju dengan jodoh saya. Saya menerimanya dengan lapang dada. Setelah mendirikan rumah tangga saya langsung tidak berasa tersisih atau pun kecil hati dengan layanan suami.

    Malah hubungan kami semua begitu baik sekali dan Kak Ana juga langsung tidak berkira.

    Sepanjang tempoh berpantang melahirkan anak, Kak Ana yang banyak membantu menyiapkan segala keperluan dan menjaga saya dalam pantang. Pengorbanannya membuatkan saya cukup terharu.

    Apa-apa pun saya amat berterima kasih kepadanya yang merupakan sahabat baik sebelum ini. Kepada suami saya sangat bahagia dengannya kerana disebabkan sikapnya yang adil saya mampu menikmati kebahagiaan berumah tangga. Mungkin lain orang lain rezekinya. - Farah, 29, Melaka

    PENGAKUAN 4

    Terima ketentuan dari Ilahi

    Bukan mudah bergelar isteri muda. Tambah-tambah saya adalah isteri keempat. Memandangkan suami mempunyai tiga isteri sebelum ini dan tujuh anak hasil perkahwinannya itu semua tidak menjadi masalah.

    Betul kata orang berkahwin dengan lelaki yang berusia ini kita pun akan berfikiran matang dan tidak kebudak-budakan.

    Ketika berkahwin usia saya baru mencecah 24 tahun. Bagi wanita lain yang sebaya mungkin masih lagi bergembira dengan kehidupan mereka.

    Lagipun perkahwinan ini saya anggap satu hadiah paling bermakna kerana setelah kehilangan kedua ibu bapa semasa kemalangan saya tiada tempat berlindung yang selamat. Mujurlah suami sedia membantu dan mengajak untuk mendirikan rumah tangga.

    Di awal perkahwinan semuanya berjalan dengan lancar tetapi saya rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dengan madu saya.

    Saya bukanlah bermaksud nak memburukkan mereka tetapi saya rasa perasaan iri hati berlaku antara kami. Saya perhatikan setiap kali giliran suami pulang ke rumah saya, pasti ada panggilan telefon dari madu. Kadang-kadang saya rasa tiada privasi.

    Ada ketikanya suami pun pening kepala melayan kerenah isteri-isterinya yang lain cuma dia sahaja yang tidak bercerita. Memegang status sebagai isteri muda saya sentiasa mengalah sekiranya suami perlu pulang ke rumah madu.

    Saya tahu mengalah ini untuk kebaikan semua tetapi sampai bila harus saya menghadapinya.

    Dari aspek keperluan asas, suami menyediakan secara adil kepada kami semua malah keselesaan tempat tinggal yang paling diutamakan. Cuma saya rasa jiwa ini kosong kerana belum lagi dikurniakan cahaya mata.

    Apa yang saya harapkan hubungan saya dengan madu akan terjalin dengan baik selepas ini. Saya tahu suami bersungguh-sungguh merancang pelbagai aktiviti untuk kami berempat.

    Harap-harap biarlah ada jalan penyelesaian. Suami juga selalu menasihatkan supaya sentiasa bersabar dan jangan cepat marah jika mendengar kritikan yang bukan-bukan.

    Berpegang pada prinsip itulah sehingga sekarang ini saya boleh bersabar. Maklumlah saya juga mengambil hak orang. Bagaimanapun saya tetap berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh-Nya dan kami dapat hidup gembira bersama-sama selepas ini dalam sebuah keluarga besar. - Azira, 25, Kuala Terengganu

    Dilema bermadu - NOR KHALILAH GUSTI & WAN AMALIA WAN DAUD (27 April 2014)
    Dilema bermadu
    -Gambar Hiasan
    DIA wanita kental yang semangatnya amat saya sanjungi. Ketika mengunjunginya yang baru sahaja melahirkan anak kedua, madunya Ina, sibuk di dapur menyediakan makanan berpantang dan air mandian herba.

    Dari riak wajahnya yang polos bertempelkan pilis di dahi, saya lihat sebuah duka yang amat kencang berputar di fikirannya. Mata kami saling bertaut. Siti ada sesuatu yang ingin diluahkan.

    “Itulah Ina, madu Ti yang Ti ceritakan dulu. Sejak kahwin dengan abang lima bulan dulu, terus tinggal dengan Ti. Baik budaknya. Baru 20 tahun.” Siti membetulkan duduk.

    Entah marah entah simpati, saya seakan mahu mencekik leher Ina yang sedang sibuk di dapur tanpa mempedulikan kami berdua.

    Ketika Siti menceritakan dilema hidupnya lima bulan dulu, marah saya lebih meluap. Tapi hari ini, melihat tindak tanduk Siti yang tenang dan bersahaja, saya sabarkan diri untuk tidak beremosi di hadapan kenalan rapat yang sedang berpantang itu.

    Ina gadis Melayu berketurunan Kedah yang asalnya bekerja di restoran suami Siti. Rambutnya merah, lehernya jinjang dan kakinya panjang persis model. Dibandingkan dengan wajah Siti, Ina tidaklah cantik tetapi Siti bertubuh gempal. Mungkin kurus itu yang menjadi aset dambaan suami Siti sehingga memilih Ina untuk dijadikan isteri kedua.

    Dilema Siti menyentuh hati wanita saya. Kisah cinta suaminya dengan ramai gadis selalu diceritakan kepada saya sejak setahun dulu, sehinggalah kepada percintaan dan pernikahan suaminya dengan Ina.

    “Apabila suami ada masalah dengan teman wanita, dia akan telefon atau jumpa Ti dan meluahkan perasaan sedihnya. Apabila putus cinta, Ti jugalah yang menjadi tempat suami meluah rasa. Bayangkan betapa remuk hati Ti saat suami tercinta meluahkan rasa sedihnya kehilangan kekasih hati.

    “Bayangkan betapa terlukanya jiwa Ti saat mendengar suami menangisi pemergian perempuan lain, yang bukan isterinya. Sebagai isteri, hak apakah yang Ti ada? Ti sedih. Ti berduka sepanjang masa. Anak dikandung seakan mengerti dan menendang-nendang dinding rahim saat Ti merintih hiba. Tapi apa nak buat, ini nasib Ti dan Ti terima Ina seadanya.” Sambung Siti lagi. Air mata sudah tak dapat ditahan.

    Saya dan Siti sedar, selepas habis berpantang ini, dugaan Siti lebih berat. Hati Siti mungkin juga akan lebih hancur dan terhimpit, san saya mendoakan, Siti mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah. Doa saya juga mahukan Siti beroleh kebahagiaan di penghujungnya nanti.

    Begitulah kisah wanita bermadu. Ada yang dapat menerima kehadiran orang ketiga, dan ada pula yang mungkin memilih untuk berpatah arang, berkerat rotan. Apa pun pilihannya pasti ada kesan dan sebabnya yang tersendiri.

    Hidup mesti diteruskan. Sebagai medium perkongsian, WOW paparkan nasihat dari orang berkelayakan untuk pembaca wanita di luar sana. Semoga bertemu hikmahnya.

    Umum mengetahui, poligami adalah harus hukumnya. Malah, Islam menggalakkan poligami buat para suami yang berkelayakan.

    Adakah anda antara suami yang layak untuk berpoligami? Ketahuilah, anda layak sekiranya melepasi syarat-syarat berpoligami seperti di bawah:

    1. Mampu memberi nafkah
    - Syarat ini adalah yang wajib ke atas setiap lelaki yang berkahwin iaitu memberi nafkah kepada isteri.
    - Sekiranya kepada isteri pertama pun seseorang tidak mampu beri nafkah yang cukup, maka beliau dilarang
    daripada berpoligami.

    2. Mampu sediakan tempat tinggal
    - Selepas nafkah, perkara yang perlu dititikberatkan adalah tempat tinggal untuk isteri.
    - Apabila berpoligami, si suami wajib menyediakan tempat tinggal buat isteri- isteri setiap seorang. Jika tak mampu, lupakan niat untuk poligami.

    3. Mampu menyediakan kemudahan asas
    - Kemudahan asas yang dirujuk dalam syarat ini termasuklah pendidikan untuk isteri dan anak-anak dan sebagainya.

    4. Sihat tubuh badan dan tidak sakit
    - Jika sakit, bagaimana untuk poligami? Oleh itu, suami yang ingin meneruskan niat poligami perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik agar mampu mencari nafkah buat isteri dan anak-anak.

    5. Mempunyai kemampuan
    - Mampu di sini bermaksud suami itu mampu membuat hubungan kelamin bersama isteri.

    6. Adil dan saksama
    - Seorang suami yang berpoligami wajib bertindak adil. Adil dalam memberi nafkah, tempat tinggal, dan giliran kepada isteri-isteri. Suami juga harus adil kepada anak-anak yang ditanggung.

    Sumber: http://infopoligami.blogspot.com/
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Kelemahan kenderaan rasmi Obama, "Cadillac One" (The Beast) di kesan di Malaysia & Isreal !!

Abdullah Othman at Tempayan Retak - 8 minutes ago
Cadillac One yang dikenali “The Beast” kenderaan rasmi Presiden Obama dikatakan adalah kenderaan terbaik dan paling baik di dunia. Kereta General Motors ini adalah keluaran 2009 dengan spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan dan berciri sebuah kereta kebal menurut media. Sepanjang lima meter, seberat lapan tan, “The Beast” dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik. Tayarnya kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Tangki minyak juga diperbuat daripada bahan... more »

Tan Sri Rais Yatim Mari Kejap Gua Nak Bagi Soalan dan Cadangan

atsixty at ZAKRI ALI - 30 minutes ago
*Begini lah Tan Sri Rais Yatim... Perkataan UMNO tu berasal dari Perkataan Apa ya Tan Sri ???... boleh tak Tan Sri bagi tahu gua dari Perkataan Bahasa Apa Perkataan Umno tu... puas gua cari dalam Bahasa Melayu makna Perkataan Umno tu tapi Tak Jumpa lah Tan Sri, cuba Tan Sri CITE sikit dalam Bahasa Apa Perkataan Umno tu... kah kah kah !.* *Dalam Bahasa Melayu KUNO ke, dalam Bahasa Melayu DOLU-DOLU ke atau dalam Bahasa Bangsa Umno ke... PENING lah Tan Sri bila BUDAK BAWAH UMUR yang bertanyakan soalan Najis Mughalazah kepada Ulul Amri Umno tiba-tiba bertanyakan kepada gua dalam ... more »

" Ini Beza Yang Paling Ketara Antara Pemimpin Malaysia VS Negara Lain Seperti Korea Dan Jepun "

tikaq buloh at tikaqbuloh.blogspot.com - 38 minutes ago
Di Jepun atau di Korea bahkan dikebanyakan negara lain kalau berlaku peristiwa besar yang mengakibatkan nyawa atau kegagalan dalam pentadbiran PM atau Menteri yang terlibat sudah pasti letak jawatan. Tapi di Malaysia bukan setakat letak jawatan, siap boleh pi shopping sakan, siap boleh rasmi lapangan terbang bagai. Dia buat macam tidak ada apa-apa bendapun yang berlaku. Perdana Menteri Korea Selatan mengumumkan untuk meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ke atas kritikan ke atas kerajaan ekoran tragedi feri karam 16 April lalu yang mengorbankan hampir 300 orang. Chung Hon... more »

Selepas Obama Pulang, MH370 Akan Dijumpai.. Ini Penjelasannya

Addin Deen at Addin - 48 minutes ago
Malaysia pada mulanya agak liat untuk menandatangani perjanjian TPPA. Bukan sahaja ia mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia, malah kerajaan yang ada pun tahu akan akibat buruk dengan menandatangani perjanjian ini. Ia disedari sebagai penjajahan cara baru Amerika. Lalu Amerika mencipta drama MH370. Mereka seolah olah datang membantu lantas mahukan balasannya melalui TPPA. Selain TPPA, Malaysia dilihat tempat yang paling strategik untuk menyekat China menjadi kuasa besar baharu. Selepas kem tentera di Filippina tiada, Amerika memerlukan base camp baru di laut China Selatan. S... more »

Ish!! Dikir Barat apa bendanya macam ni?

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 53 minutes ago
Hebat Ganu kite di bawah pentadbiran UMNO/BN ni.. dah nak sama tarafnya dengan negara-negara barat dalam menyajikan hiburan.. Satu konsert Dikir Barat dilaporkan telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut di Kampung Pasir Akar, Besut, Terengganu baru-baru ini.. Selain dari mencalarkan imej Islam, konsert yang disajikan dengan tarian gelek berunsur lucah oleh penyanyi penyanyi wanita ini dilihat turut mencemarkan keaslian Dikir Barat itu sendiri. Lebih menarik lagi bilamana penonton-penontonya kelihatan terdiri dari lelaki-lelaki yang memakai kupiah, berbaju melayu kain peli... more »

TURUN 1 MEI- MAT SABU MENGHASUT

AMIR Wartawan Rasmi LR at WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 1 hour ago

Muhyiddin Yassin ambil berkat Tok Guru Nik Aiz.

mantaro at SISI BUKIT - 1 hour ago
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan, hari ini Changkat Jering-Berbanding Najib yang suka bergambar dengan Obama. Muhyiddin Yassin lebih berminat untuk bertemu Tok Guru Nik Abdul Aziz.Muhyiddin Yassin tidak suka "selfie"

Bantahan TPPA & hukuman mati 529 anggota Ikhwan pada ccara Obama

Abdullah Othman at Tempayan Retak - 1 hour ago
Sekumpulan siswa mengambil peluang untuk menyuarakan bantahan ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dan pendirian AS berhubung hukuman mati ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir semasa acara presiden AS Barack Obama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. Tahniah kepada kumpulan pelajar ini, walaupun sekitar 10 orang siswa mereka berjaya menyatakan pandangan tersebut untuk ditonton seluruh dunia. Masej yang dipamerkan memalui poster membantah TPPA dan juga poster membantah penggulingan kerajaan Mesir ketika Obama sedang menyampaikan ...more »


Najib menunggu 50 tahun untuk "selfie" dengan Presiden Amerika.

mantaro at SISI BUKIT - 1 hour ago
Najib selfie bersama Obama.Semua orang tahu, Presiden Amerika berkuasa penuh untuk menyerang negara umat Islam seperti Iraq,membantu as-Sisi mengguling kerajaan Ikhwanul Muslimin ,Mesir.Semua orang tahu,Amerika sekutu Israel yang kuat,bersama Israel membunuh umat Islam di PalestineJika dahulu membunuh orang Vietnam dalam Perang Vietnam.Semua orang tahu penasihat Najib ialah APCO.

Najib buat malu Malaysia tak boleh sebut perkataan “proliferation” (bersama video)

Abdullah Othman at Tempayan Retak - 2 hours ago
Perdana Menteri Malaysia DS Najib hari ini buat malu dan diketawakan oleh hadiri dihadapan Presiden Barack Obama ketika beruncap sidang media di Seri Perdana, Putrajaya petang tadi. Memang sah "PM kangkung". Najib yang sukar untuk menyebut perkataan Inggeris “proliferation” dan beberapa kali tapi gagal sehingga Obama membantu "Ia (perkataan) yang susah. Saya selalu tersilap," bagi nak 'cover' PM kita. Hadiri terus ketawa dan Najib kemudian menggantikan perkataan itu dengan "spread". Video kejadian yang memalukan negara hari ini.. *TEMPAYAN RETAK* http://tempayanretak.blogspot... more »

Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental - Najib Please Take Note.

Soz Cyili at Ameno World - 2 hours ago
Sekali sekala takpe juga. Aku rasa di zaman media sosial bermaharajalela neh tiada sesiapa pun yang tak pernah selfie. Mungkin semua ataupun hampir semua orang pernah tetapi tidak la sampai asyik2 selfie aje memanjang. Yang tu memang kategori kemaruk berselfie la jawabnya. Ada dua punca utama yang menyebabkan orang kerap berselfie ikut kajian. 1. Lack of confidence. Dia rasa hanya dengan

Jom Lihat Bagaimana Wanita Kuku Terpanjang Tidur

Nas Rul at dairishare - 2 hours ago
Beginilah gaya tidur seorang yang sedang menjaga kuku supaya tetap tejaga dari kerosakan. Hanya itu pose tidur yang sesuai bagi pemilik kuku terpanjang. Jadi bagi pemilik kuku terpanjang terpaksa tidur meniarap dan meluruskan tangan. Ingin tahu bagaimana pose tidur wanita pemilik kuku terpanjang itu.

Feri karam PM Korea Selatan letak jawatan.. MH370 hilang PM Malaysia buat bodo..

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 3 hours ago
Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won meletak jawatan atas bertanggungjawab terhadap insiden feri karam yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang. "Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini," katanya. "Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan," Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu. Sehingga Ahad... more »

PANAS!!! (Gambar) Timbalan Perdana Menteri Adakan Lawatan Tertutup Dengan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Di Rumah Tuan Guru.. Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 3 hours ago
KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Muhyiddin tiba jam 4.40 petang dan mengadakan pertemuan secara tertutup di rumah Nik Aziz sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 5.25 petang

Berita Terkini MH370 : Akhirnya Bukti Dimana Lokasi Pesawat Berada Dikenali Pasti

canang at Cananglahnie - 3 hours ago
Kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Negara Malaysia bukan sekadar LAWATAN yang BIASA tetapi adalah LUAR BIASA, dengan membawa juga BERITA BAIK buat Rakyat Malaysia dan juga Ahli Keluarga Pesawat Mas MH370 yang HILANG dan Tidak Dapat DIKESAN hingga kini. Dikatakan Pesawat Mas MH370 tersebut telah DIKETAHUI dimana LOKASI ianya Berada. Menurut SUMBER DALAMAN, Pesawat tersebut akan DITEMUI sebaik saja Presiden Barack Obama Pulang bebarapa hari selepas menghabiskan LAWATAN beliau di Rantau ASIA... itu Berita yang gua dapat dari Sumber Dalaman. Lu orang Hendak Percaya ata... more »

GAMBAR MESRA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DENGAN PEMIMPIN TERTINGGI AMERIKA.

Na'im Nikmat at Na'im Nikmat @blog - 4 hours ago
Kalau pemimpin PR yng bergambar mesra begini esok keluar berita "Pemimpin PR proksi Amerika" kah3...

KERETA RASMI PRESIDEN OBAMA "THE BEAST" MENGGUNAKAN DIESEL JENAMA CALTEX BUKAN PETRONAS ATAU PUN PETRON!!!

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 4 hours ago
*Lokasi depan Kedutaan Besar Amerika Syarikat bersebelahan Bagunan Tabung Haji.Presiden Obama datang ke Malaysia dengan membawa kereta rasmi sendiri, Cadillac One yang dikenali “The Beast”. Janganlah ditiru PM Najib pula selepas ini.Kereta General Motors keluaran 2009 dengan spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan dan berciri sebuah kereta kebal.Sepanjang lima meter, seberat lapan tan, “The Beast” dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.Tayarnya kalis bocor dan kerangka kalis letupan m... more »

[10 GAMBAR] Senarai Mangsa Cedera Kemalangan Bas UIAM Di Km 25.1 PLUS

greenboc at KELAB GREENBOC - 4 hours ago
Tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilaporkan kritikal selepas bas universiti yang dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke tempat takungan air sebuah tapak pembesaran jalan di KM25.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Kuala Lumpur, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lima pelajar lagi turut dilaporkan parah manakala 23 yang lain termasuk pemandu bas cedera ringan. Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, ASP Mohd Fadhli Daud, berkata semua pelajar berusia antara 19 dan 24 tahun itu adalah warga tempa... more »

Tiada ulasan: