بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
" Inilah Bukti Kerajaan Tidak Telus Dalam Laporan Tentang MH370 "
Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam.Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast."Bukan amalan biasa laporan penyiasatan kemalangan untuk terus ke ICAO. Ia menjadi tanggungjawab agensi penyiasat negara berkenaan untuk mengeluarkan laporan itu kepada awam di mana perlu, sebagaimana amalan biasa bagi membayangkan penyiasatan itu bebas daripada kongkongan politik atau industri," kata Irving dalam laman berita itu.Lebih daripada 50 hari berlalu sejak MH370 lenyap pada 8 Mac dan pencarian yang diketuai Australi di Lautan Hindi di mana Boeing 777-200ER itu dijangkakan terhempas tidak menimbulkan apa-apa hasil.Reuters melaporkan semalam bahawa kemungkinan untuk menjumpai serpihan terapung daripada MH370 tampak mustahil, dan fasa baru untuk pencarian akan fokus kepada kawasan yang lebih besar di dasar laut Lautan Hindi.Irving berkata misteri paling besar dalam sejarah penerbangan belum menemui penjelasan walau dengan pencarian multinasional di kawasan terpencil Lautan Hindi, dan ini menimbulkan dua persoalan:Adakah sumber yang mencukupi digunakan untuk pencarian dasar laut?Adakah realistik untuk terus pencarian apabila musim sejuk hemisfera selatan sudah bermula dan keadaan hanya boleh lebih teruk daripada kini?Satu-satunya cara munasabah untuk menjawab persoalan tersebut adalah dengan membandingkannya dengan pencarian penerbangan Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009.Apa yang paling menarik tentang pencarian Air France 447 adalah ia "bukan satu usaha yang berterusan atau terbuka", katanya."Ia dijalankan dalam jangka masa lebih kurang dua tahun dalam empat operasi yang berasingan." Kotak hitamnya, serpihan dan mayat dijumpai dua tahun kemudian dalam operasi keempatnya."Jelas bahawa pencarian untuk bangkat Air France Airbus A330 dirancang dengan teliti, sistematik dan mempunyai sumber yang mencukupi, dengan setiap operasi dijadualkan untuk musim di Atlantik Selatan yang tidak bahaya." kata Irving. Dalam kes MH370, tidak terdapat jumpaan awal bangkai pesawat itu.Namun, katanya, "Pencarian di Atlantik menunjukkan tiada gunanya menggunakan alatan menyelam yang canggih sehingga kawasan pencarian dapat diperkecilkan lagi. Pada masa itulah teknologi yang digunakan boleh memberikan kesan – mulanya lokasi serpihan kemudian penemuannya."Kes Air France 447 memberi penanda antarabangsa bagi integriti penyiasatan hempasan pesawat, kata Irving, kerana keterbukaan dan komitmennya untuk memberitahu pihak awam apa yang dijumpai para penyiasat.Laporan akhir yang dikeluarkan pada Julai 2012 disifatkan sebagai, "deskriptif, preskriptif dan menjadi teladan dalam penjelasannya".Irving berkata Malaysia sepatutnya mengikuti langkah Perancis dan mengeluarkan laporan sendiri daripada menghantarkan laporan kepada ICAO di Montreal. http://www.themalaysianinsider.com
My Dashboard.s3v3n
s3v3n.
Pemilihan PKR Kecoh Lagi - Rafizi Mengamok Sebab Kalah Peringkat Cabang.
Aku rasa Rafizi perlu menjawab dakwaan ini. Berita ini bukan saja tersebar meluas bahkan turut di petik oleh lawan Rafizi iaitu KJ di laman twitternya. Aku harap apa yang dilaporkan itu tidak benar. Dan lagi satu, kalau betul sekalipun aku harap ianya dapat diselesaikan dengan bijaksana. Bukan apa, risau juga kalau2 aksi Rafizi berjaya dirakam oleh seseorang menerusi telefon bimbit dan sebagainya
Keputusan Bebas Dakwaan Aksi Malam 31 Disember Cetus Semangat Baru Aksi 1 Mei
Kenyataan Media29 April 2014Keputusan Bebas Dakwaan Aksi Malam 31 Disember Cetus Semangat Baru Aksi 1 Mei1. Pertama sekali syukur Alhamdulillah, Mahkamah Seksyen Jenayah 13, Kuala Lumpur semalam telah melepaskan saya Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda
APALAH PUNYA TERUK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR NI ... RAKYAT NAK KE PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR PUN DISEDIAKAN BAS PERCUMA!!!!!
*SHAH ALAM, 29 APRIL: Warga Shah Alam kini berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Seksyen 13, di sini.Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata perkhidmatan yang mula beroperasi itu juga adalah sebahagian tanggungjawab sosial dan keprihatinan pihaknya dalam menyediakan kemudahan buat warga kota.“Kita prihatin dengan keperluan pengangkutan ke PPAS, khususnya cuti sekolah atau hujung minggu.“Pada waktu ini selalunya bilangan pengunjung bertambah, ja... more »
" Inilah Bukti Kerajaan Tidak Telus Dalam Laporan Tentang MH370 "
Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam. Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast. "Bukan amalan biasa laporan penyiasatan kemalangan untuk terus ke... more »
Punca Sebenar Obama Melawat Malaysia Akhirnya Terbongkar...
Blogger Sayuti Omar mendakwa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Jepun, Korea, Malaysia, Filipina adalah perjalanan untuk mencari kekuatan dan sokongan. Katanya perjalanan Obama bukan untuk melihat keindahan panorama di Asia. “Amerika begitu takut kepada China yang bangkit dalam kuasa perdagangan baru. Sebagai sebuah negara yang membentuk empayar, Obama dapat merasakan apa akan berlaku untuk 50 dekad akan datang,” katanya dalam posting terbaharu blognya www.msomelayu.blogspot.com Dakwanya, unjuran yang dibuat oleh pakar ekonomi meletakkan China akan berada di atas ... more »
Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti bererti membunuh masa depan harapan bersama.
Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti bererti membunuh masa depan harapan bersama. 1. Pendedahan mengenai penyelewengan , manipulasi dan penipuan dalam Pemilihan pantas dijawab oleh Ketua Propaganda Pasukan Keadilan Raya pimpinan Azmin Ali. Namun jawapan Ekmal Ahmud membuktikan dia tidak punya maklumat dan keliru. 2. Dia tidak menafikan sebarang penglibatan pasukan Keadilanraya
Syarikat Australia Berjaya Temui Bangkai MH370
PETALING JAYA: Sebuah syarikat penerokaan Australia mendakwa ia menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, enam minggu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing pada 8 Mac lalu. GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide pada Isnin berkata, ia mula melakukan pencariannya sendiri terhadap pesawat Boeing 777 pada 10 Mac lalu dan mengesan kemungkinan bangkai pesawat itu di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi carian semasa di selatan Lautan Hindi dekat Perth. Pencarian GeoResonance itu meliputi... more »
Tiada ulasan:
Catat Ulasan