Ahad, 15 Februari 2015

5134. Peminum arak dijatuhi hukuman sebat. Apa yang ada disebalik hukuman tersebut.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Penemuan Saintifik Disebalik Hukum Sebat Peminum Arak


    Sudah berapa lama anda tidak merotan anak anda? Atau sudah berapa lama anda tidak dirotan? Jawapannya gerenti sudah lama. Jawapannya daah lama tak kena rotan atau dah lama tak merotan anak. Tapi rotan yang dimaksudkan ialah rotan sebenar yang dibuat dari rotan seperti gambar diatas. Bukan merotan anak dengan menggunakan kayu atau penyangkut baju atau penyapu. Itu bukan rotan namanya.

    Punca anda merotan tidak menggunakan rotan mungkin sebab tiada rotan. Sebenarnya Tok nak bagitau kalian bahawa cara merotan anak ialah dengan menggunakan rotan.

    Sejak kebelakangan ini apabila guru2 disekolah dan guru2 ditempat mengaji tidak lagi menggunakan rotan akibat disaman oleh ibu bapa maka gejala anak2 remaja yang tidak takut melanggar sesuatu peraturan semakin menjadi2. Tahukan anda mengapa?

    Sebab rotan terutama dibahagian ponggong sebenarnya adalah hukuman yang sangat baik. Hukuman ini ditentukan Allah ta'ala dan disebut didalam al Quran.

    Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.

    Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.

    Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.

    Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. ?

    Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana. Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.

    “Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan,” katanya.

    Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa.

    Hukuman Sebatan Bagi Peminum Arak

    Tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak telah pun wujud didalam hukum Islam sepertimana yang termaktub didalam hadith-hadith Nabi Muhammad saw yang cukup banyak, antaranya :

    “Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka.” ( Riwayat Abu Daud)

    “Nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali.” (Riwayat Muslim)

    “Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampung dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan.” ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)

    “Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai.” ( Riwayat Muslim )

    Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah pun diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Nabi Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Islam mendahului sains moden.

    *sumber dari blogtokwan.blogspot.com

    Sumber: (Detikislam
    My Dashboard. 

    “Sekarang terdapat banyak kes isteri berzina dan sembunyikan dari suami. Bila suami dapat tahu mereka nafikan malah salahkan suami sebagai jahat dan kaki pukul.’’

    “Saya sudah berkahwin dengan Zu lebih 15 tahun, sepanjang 14 tahun saya rasa hidup saya cukup bahagia, hingga mendapat dua orang anak. Kami berjaya mengumpulkan wang dan membeli sebuah rumah di Shah Alam dan menabung untuk masa depan anak-anak.’’

    “Sepanjang perkahwinan, kami juga pergi berhibur bersama anak-anak, seperti ke Freazer Hill, Cameron Highland, gunung Jerai, Singapura, Thailand, Langkawi dan banyak lagi.  Tetapi kepada Zu itu semua tidak cukup, dengar cerita kawan-kawan dia hendak panjangkan langkah ke luar negara. Pada saya pelajaran anak-anak lebih penting.’’

    “Dalam pada itu saya ingatkan Zu bahawa dia harus bertanggungjawab kepada kedua ibu bapanya yang sering tak berduit, bantuan bulanan kami masih tak cukup terutama setelah mereka berhenti kerja. Ayah Zu laburkan duit KWSPnya bermain saham termakan pujukan jiran. Kalau duit setakat puluhan ribu, jawabnya hanguslah apa lagi tak berilmu.’’

    “Lepas tu nak dapatkan permit bawa teksi pula yang memerlukan RM3,000 dalam akaun banknya. Siapa lagi membantu kalau bukan saya.’’

    “Beli apartmen kerana tak bayar bank pulak nak lelong. Saya berusaha menjualnya atas permintaan emaknya dalam jangka masa setahun . Tapi setelah dijual mereka kata saya jual terlalu murah. Bukan nak ucapkan terima kasih.’’

    “Dalam pada itu Zu ingin menyambung pelajaran buat Diploma luar kampus, saya izinkan dan dia berjaya. Tapi malangnya dia memang tak ambil perduli untuk mendidik anak-anak semua dilepaskan pada saya, di samping masalah ibu bapanya pun saya kena bantu. Emaknya  buat medical check up pun saya kena hantar ke Klinik Kesihatan.

    “Masalah ayahnya bila teksi rosak, tak bayar pada syarikat teksi yang disewanya akhirnya teksi ‘ditarik’. Kata emak Zu barang kemasnya banyak tergadai sebab suaminya terjebak hutang Ah Long. Pernah tak bayar ansuran apartmen kerana bayar ah long. Akhirnya ayahnya tak tahan melarikan diri ke kampung jadi penoreh getah.’’

    “Awal tahun lepas dia terpilih menghadiri kursus di Korea selama seminggu. Saya turut bangga. Masalah mengurus keperluan anak-anak selama ini pun jadi tugas saya seperti mencuci pakaian, mengampai kain, melipat dan seterika baju. Kerana dia tak pernah buat kerja rumah, apa lagi memasak. Sejak kahwin dia tak pernah ke dapur, walaupun nak masak sardine, buat telor mata atau goring sayur.’’

    “Biasalah alasannya badan tak sihat kerana lelah, kerana itu semua tugas saya bereskan. Saya berusaha menjadikan bilik dan rumah kami bebas dari abuk. Kemudian beli alat pembersih udara dalam bilik tidur berharga lebih seribu ringgit. Saya jugalah selalu lap abuk yang melekat pada bilah kipas, dan mencuci/service econ dari segala abuk/sawang.’’

    “Saya lakukan semua itu kerana terlalu sayangnya Zu, hinggakan apa sahaja yang diperlukan akan disediakan. Kerana hendak kuruskan badan ikut program kuruskan badan RM4000 hangus. Tapi Zu makan separuh jalan sahaja. Pendek kata apa saja tersiar di tv dia nak cuba tapi tak kesampaian.
    “Awal tahun ini Zu hendak berkursus ke China. Di sinilah bermula segala-galanya Zu bertemu bekas kekasihnya. Patutlah sebelum itu dia juga pernah melancong ke Shenzen dan Hong Kong, katanya melancong dengan kawan-kawan. Kelainan sifat Zu membuat saya berfikir dan membuat sedikit penyelidikan.’’

    “Terutama bila Zu selalu sangat berkursus, kata nak ke Langkawi. Entah mengapa malam itu terlintas di fikiran untuk trace lokasi hp Zu sedang aktif. Rupanya Zu ada di genting bukan di Langkawi.  Bila ditanya lagi Zu segera matikan talian. Bila balik kau bercerita kau ke Genting menemani kawan kau Ayu. Memang tak masuk akal.’’

    “Beberapa hari selepas itu, dia bertugas malam. Dari tempat kerja, dia hantar sms meminta dilepaskan dengan cara baik. Alasan kau, aku adalah suami yang baik tetapi kau bukanlah perempuan yang baik. Berdebar jantung kerana benda ini tak boleh dibuat gurauan, tetapi sms seterusnya menampakkan kesungguhannya meminta cerai.’’

    “Keesokkan harinya, saya ambil cuti kecemasan ajak dia balik kampung untuk bercerita depan ibu bapanya. Ketika bercerita saya lebih banyak menangis. Tetapi Zu banyak mendiamkan diri. Emak Zu menasihatkan anaknya jangan bercerai, kerana dia tidak akan mendapat suami sebaik saya. Fikirkan kau ada dua orang anak. Tapi Zu tetap membisu.’’

    “Sejak itu saya mula jalankan siasatan, saya minta rekod Touch & Go untuk melihat pergerakan Zu, saya juga ke rumah Ayu bertanya sama ada dia pernah tidur di genting bersama Zu, tetapi Ayu diamkan diri. Aku melihat misteri di sebalik cerita Genting ini.’’

    “Malam itu Zu balik ke rumah. Dia cuma melihat saya menangis. Untuk menenangkan fikiran saya solat. Selesai solat anak ku berbisik katanya `Pa, cuba periksa hp mama mesti ada banyak rahsia’ kata anak ku dia tahu password mama. Aku terus bangun dan mengambil hp Zurina dia cuba merampasnya, berlaku pergelutan dan aku terlanjur menamparnya. Tapi dia semakin agresif cuba merampas kembali. Aku lantas memberikan hp Zu pada anak untuk dibuka. Kerana Zu masih berkasar aku membawa anak menaiki kereta untuk membuka hp Zu dan membaca apa yang terkandung dalam hp misteri itu.’’

    “Berdiri bulu roma aku ketika membaca sms mereka. Dan terbukti Ayu bukanlah orang yang pergi ke genting, tetapi lelaki bekas kekasih lamanya Wan. Aku cuba membuat laporan polis tentang ketelanjuran aku melempang kau, tetapi Zu terlebih dahulu telah buat aduan.’’

    “Kemudiannya aku ke Jabatan Agama Islam untuk mebuat adaun dan meminta sessi kaunseling rumahtangga. Aku cuba hubungi Wan tetapi dia telah menutup talian hp. Zu akhirnya beritahu Wan hanya kawan biasa.Kenapa baru kini bercerita setelah terperangkap.’’

    Sebenarnya Wan seorang yang bijak dalam teknologi selular phone terutama mengenai LTE. Tapi Zu mendakwa Wan seorang warak dan bijak dalam soal agama.

    “Tapi kalau orang beragama tentu dia tak mahu lepak di Starbuck dengan isteri orang, dan memanggil sayang setiap kali bersms. Setelah diselidik jelas Zu kerap mengambil MC tetapi bermalam ke Genting, dan beberapa buah hotel sekitar, KL, KLIA dan Putrajaya. Semakin di teliti semakin banyak pembohongan terbongkar akhirnya saya suruh Zu bersumpah tetapi Zu enggan. Ketika itu tanpa ku sedar aku terus menampar Zu.’’

    “Beberapa hari kemudian aku dikejutkan kedatangan kereta peronda polis mengarahkan aku pergi ke balas polis. Aku di soal bagaikan penjenayah diugut akan diberhentikan kerja, dan macam-macam lagi tanpa sekali pun memberi aku peluang menceritakan keadaan sebenar. Aku terfikir kalau hilang pendapatan bagaimana anak-anakku meneruskan kehidupan?’’

    “Saya pernah ke rumah Wan tetapi dia tidak ada di rumah saya tinggalkan nota meminta dia bersemuka tetapi dia enggan. Kerana tidak ada persepakatan dan Zu masih menafikan walaupun pelbagai bukti dibentangkan termasuk dia pernah menjalani ujuan kehamilan setelah balik dari China, sebaliknya dia bungkus pakaian mahu keluar rumah.’’

    “Ketika itu saya beri amaran kepadanya `jika Zu keluar dari rumah juga pada malam ini juga maka jatuhlah talak.’ Zu tetap keluar dan setelah kes di bawa ke mahkamah syariah, maka jatuhlah talak.  Kini aku faham, perasaan Zu terhadap saya telah mati. Kini dengan rezeki yang Allah kurniakan padaku, akan aku jaga dan besarkan dua anak kita kerana mereka adalah amanah yang wajib saya pikul,’’
    s3v3n

    s3v3n.

Tiada ulasan: