Sejarah
penaklukan Andalusia atau Sepanyol oleh Sayidina Tariq bin Ziyad adalah
antara bukti peranan sebuah kerajaan ajaib yang dipimpin secara ghaib
oleh Baginda Rasulullah. Sayidina (Penghulu) Tariq bin Ziyad yang ditugaskan
oleh Gabenor Mesir, Musa bin Nasir untuk menawan Andalusia atau
Sepanyol. Dalam perlayaran beliau dari Mesir ke Sepanyol, beliau
sentiasa merintih di dalam hati supaya didatangkan bantuan dari kerajaan
ajaib, yang mana beliau merasakan yang diri beliau tidak akan mampu
melaksanakan tanggungjawabnya itu.
Maka
berlakulah keajaiban bila beliau direzeki untuk beryaqazah dengan
Rasulullah, yang juga bersama Baginda ialah para Sahabat yang
dilihat lengkap berpakaian perang. “Teruskan perjuangan mu, wahai
Tariq”, itulah kata2 keramat dari lidah mulia seorang Rasul kepada Tariq
bin Ziyad. Selepas itu beliau melihat Rasulullah dengan para Sahabat
sedang menuju ke Andalusia.
Setelah
sampai di Bukit Gibralta, maka Tariq bin Ziyad mengarahkan supaya
dibakar semua kapal mereka. ”Wahai pahlawanku, ke mana kamu akan lari?
Laut di belakangmu dan di hadapanmu adalah musuh. Samada kita menang
atau mati syahid”, begitulah kata-kata Tariq bin Ziyad kepada
tenteranya.
Sejarah
menukilkan bahawa Tariq bin Ziyad berjaya menumpaskan tentera Andalusia
yang diketuai oleh King Roderick dengan tentera seramai 100 ribu,
berbanding dengan tentera Tariq sekitar 7 ribu sahaja dan dibantu oleh
tentera King Roderick yang berpaling tadah seramai 5 ribu orang.
Kemenangan
diluar lojik akal.
Ya! Akal tidak boleh menghujahkannya.`Miraculous`
atau ‘ajaib’, kata para orientalis yang mengkaji sejarah ini. Jelaslah
faktor Tariq bin Ziyad boleh berhubung dengan Rasulullah, Sodiqul
Masduq, “Benar Lagi Dibenarkan”, itu mampu memberikan kekuatan roh yang
sangat luar biasa, sehingga tumbangnya sebuah kerajaan di bawah satu
empayar yang hebat iaitu empayar Rom.
Ada
satu lagi peristiwa menarik yang diceritakan dalam sejarah bantuan
Tuhan kepada Sayidina Tariq bin Ziyad, sebelum kedatangan beliau ke
Andulusia. Tuhan takdirkan King Roderick telah melihat gambar Tariq bin
Ziyad yang dilukis, diatas kulit binatang, di dalam sebuah istana lama.
Istana ini sebenarnya menjadi tempat larangan turun temurun di mana para
pendita kristian, sebelum pemerintahan King Roderick melarang sesiapa
sahaja dari mendekati istana lama itu. Larangan ini diingkari oleh King
Roderick. Beliau merasakan tentu ada harta karun di dalam istana
berkenaan.
Maka beliau pun mencerobohi istana tersebut tetapi didapati
istana lama itu kosong, cuma ada sebuah bilik. Di dalam bilik tersebut,
terdapat sebuah bekas dan apabila dibuka bekas itu, tersimpan satu kulit
binatang. Jelas di atas kulit binatang tersebut adalah lakaran potret
seorang yang berserban dengan menaiki kuda dan lengkap berpakaian
perang. Apa yang lebih menakjubkan, di atas gambar berkenaan tertulis
“Sesiapa yang melihat gambar ini, maka dia akan dikalahkan oleh orang
ini dalam medan perangan”
Bila
peperangan berlaku King Roderick amat terkejut tatkala melihat wajah
Sayidina Tariq bin Ziyad, serupa dengan gambar yang dilihat di atas
kulit binatang sebelum ini. Peperangan
yang bersejarah itu berlaku pada 19 Julai 711 Masehi.
Dengan hanya satu panahan dari Sayidina Tariq bin
Ziyad, telah menjatuhkan King Roderick dan tentera beliau yang seramai
100 ribu orang itu bertempiaran lari, bila melihat ketua mereka, King
Roderick tumbang di medan perang.
Sedangkan jumlah tentera Muslimin
adalah jauh kecil berbanding bilangan tentera kristian. Berlakulah
proses roh di mana, tentera Islam walaupun jumlahnya kecil dilihat oleh
tentera musuh cukup gagah dan berwibawa dan Tuhan Allah-lah yang mencampakkan
rasa gentar di dalam hati musuh-musuhNya.
Benarlah firman Allah di dalam
Al Quran yang bermaksud, “Berapa banyak yang pernah terjadi, golongan yang sedikit
berjaya menewaskan golongan yang banyak, dengan izin Allah” Surah Al
Baqarah ayat 249.
Allah-lah yang telah memenangkan mereka melalui
kerajaan ajaib yang diketuai oleh Rasulullah, sebagaimana dilihat oleh
Sayidina Tariq bin Ziyad di dalam yaqazahnya, bertemu Rasullullah.
Begitulah
“power” diberikan kepada mereka yang layak menerima pertolang Allah (Tuhan Yang Maha Penolong dan Yang Maha Pelindung)
bantuan kerajaan ajaib, atas faktor rasa tak mampu dan berkat mereka
memohon pertolongan dengan penuh rasa kehambaan kepada kerajaan ajaib,
yang diketuai oleh Rasulullah.
Menjadi keyakinan pejuang-pejuang,
hanya dengan bantuan Rasulullah sahajalah, Islam akan menang dan
kemenangan yang diberikan akan selamat dan menyelamatkan.
*Sumber dari www.kisahteladan.info
Tiada ulasan:
Catat Ulasan