20 Tanda-tanda Anda Ketagihan Internet. Fuh!! | Written By canang on Ahad, 1 Mac 2015 | 3/01/2015 09:28:00 PTG
20 Tanda-tanda Anda Ketagihan Internet. Fuh!!
Internet memang merupakan satu medium penyebaran maklumat yang sangat
penting ketika ini, tapi tahukah anda penggunaan internet dalam jangka
masa yang panjang dan berterusan boleh mengakibatkan seseorang itu
mengalami ketagihan internet.
Apabila sudah ketagihan internet
kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh
akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala
terasa berat.
Namun, apabila bangun,berdepan
dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh
hilang secara tiba-tiba. Betul tak?
Sedar atau tidak, ia adalah
gejala ketagihan internet. Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini
sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook.
- Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.
- Urusan
harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi
di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas
guna.
- Mengutamakan
keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana
yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang
air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya,
“Online.”
- Anda
terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace,
Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200
followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda
popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!
- Keluarga
dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada
mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba
untuk ambil alih tempat duduk anda!
- Keputusan
peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab
lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!
- Periksa
e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu
dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah!
Aku dah lewat!”
- Anda
tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer.
Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. “Nak check
e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok
wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”
- Bila
orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” Anda jawab,
“Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet
setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan.
“Kutuk Internet bererti kutuk aku!”
- Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”
- Anda
tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila la aku
boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line
tengah terputus sekarang ni.”
- Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).
- Anda
terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda
pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang
mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi
isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
- Tidur terganggu kerana online.
- Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.
- Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”.
- Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
- Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.
- Anda
memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat apa keluar
bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google
Earth?”.
- Anda
terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu
hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer. “Bosaaaaa… [Internet
yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan