بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.
Topic: TAQWA (Read 2997 times)
0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.
Sumber: ()
My Dashboard.
s3v3n
s3v3n
Renungan 1:Hm..kawan saya menegur dengan nada agak tinggi..Pendek kata, macam marah budak2...
Sekenal saya akan kawan saya ini, dia agak moody..
Tapi, saya faham, kadang2 dia ada banyak perkara nak fikir (orang psikologi kan..)
Cuma, kerana satu perkara dia marah pada saya, dia diamkan..
Tak luahkan secara perkataan..Tapi, secara perbuatan (marah-marah. pernah sekali, saya bertembung dgn dia untuk urusan kerja, saya beritahu dia dgn baik satu perkara itu. terus tinggi suara dia pada saya. sekeliling orang boleh dgr suara dia. masa itu, saya rasa seperti budak2 dimarahi mak ayahnya)
:sedihnya:..
Kadang-kadang, saya kecil hati dgn tindakannya..
Buka saya tidak boleh ditegur. cuma saya tak boleh ditegur kasar..
Bila saya minta maaf, dia buat muka..adoyai..Renungan 2:Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah."
Nabi Muhammad bersabda:
"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah."
(Hadis riwayat Bukhari).
Oleh itu wahai saudari SrikandiPejuang,
Aku sungguh kagum dengan tindakanmu yang berupaya untuk tidak melawan balik(marah) apabila dimarahi dengan cara yang memalukan itu. Dan aku faham betapa pedihnya hatimu tatkala diperlakukan seperti itu. Bersabarlah sayang...sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
Berikut adalah secebis kata-kata dariku untukmu dan ditujukan untuk diriku juga;
Cubalah memaafkan apabila hati sudah terguris..
Lupakanlah yang hati kita pernah disakiti...
Bertenanglah dan usahlah berdendam apabila diri dihina sedemikian rupa..
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuklah diri kita.
Apakah kita jamin yang kita tidak pernah dan tidak akan membuat salah dan silap?
Jika sesuatu perkara yang tidak diingini telah menimpa diri kita, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri?Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya.
Bila orang buat salah dengan kita, selidiklah dahulu apakah dosa yang kita telah lakukan sebelum ini sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'Aku memang patut dihukum!' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita itu hanyalah sebagai perantaraan sahaja.
Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.
BERSABARLAH DUHAI SAYANG....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan