Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.
INILAH 4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MANJADI PENGHUNI NERAKA!!
Saturday, March 14, 2015
Suatu perkara yang pasti bahawa Syurga dan Neraka adalah dua tempat
balasan yang Allah ciptakan. Syurga diciptakanNya sebagai tempat
tinggal yang abadi bagi kaum Muslimin dan Muslimat dan Neraka sebagai
tempat tinggal bagi kaum Musyrikin, Musyrikat dan pelaku dosa yang Allah telah melarang darinya. Setiap Muslim yang mengerti keadaan
Syurga dan Neraka tentunya sangat berharap untuk dapat menjadi penghuni
Syurga dan terhindar jauh dari Neraka, inilah fitrah.
Sebagai
manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam
kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar.
Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk
memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan
menjadi penghuni neraka.
1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.
Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.
“Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang.” komplen Lisa pada Zack. Esoknya..
“Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan.” Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.
Suka memburuk-burukkan suami dibelakang suami sama ada kepada ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.
Curang pada suami.
Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si
isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam
rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting
dgn lelaki lain.
Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.
“Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak
harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti
sekarang ni tau.” sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.
2.
Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan
suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).
Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.
“Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau
makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.”
Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya
mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih
perlu.
“Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta.”
“Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya.” “Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta.”
3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.
“Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award.”
“Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut
ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan.”
“Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni.”
4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.
Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar
membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak
menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok.
Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.
Mengenai hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya
adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka
aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat
Al- Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjelaskan kepada kita apa
yang disaksikan oleh Rasulullah tentang penghuni Syurga yang
majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan Neraka yang majoriti
penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis ini tidak menjelaskan
sebab-sebab yang menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Neraka dan
menjadi majoriti penghuninya, namun demikian sebab-sebab tersebut
disebutkan dalam hadis lainnya.
Di dalam kisah solat gerhana
matahari, Rasulullah dan para sahabatnya melakukan solat gerhana
padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan
Neraka. Ketika beginda melihat Neraka Baginda bersabda kepada para
sahabatnya:
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku
melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan
penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa
(demikian) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kekufuran
mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?”
Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur
terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah
seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat
sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata :
‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis
Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka
telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan
berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka
seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak
mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak
perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu
yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada
kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya
akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan
kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum
lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka,
kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka
dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap
agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)
Jika kita perhatikan keterangan dan hadith di atas dengan insaf,
nescaya kita akan dapati beberapa sebab yang menjerumuskan kaum wanita
ke dalam Neraka bahkan menjadi majoriti penghuniya dan yang menyebabkan
mereka menjadi golongan minoriti dari penghuni Syurga.
1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya :
Rasulullah menjelaskan hal ini pada sabda baginda di atas tadi.
Kekufuran seumpama ini terlalu banyak kita dapati di tengah-tengah
keluarga kaum muslimin, iaitu seorang isteri yang mengingkari
kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya dengan
sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak isteri sebagaimana kata
pepatah,’panas setahun dihapus oleh hujan sehari’. Padahal yang harus
dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang
diberikan suaminya, janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan suami
kerana Allah tidak akan melihat isteri seumpama ini sebagaimana
dijelaskan Rasulullah:
“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (Hadis Riwayat Nasaie)
Hadis di atas adalah peringatan keras bagi kaum wanita muslimah yang
menginginkan keredhaan Allah dan SyurgaNya. Maka tidak layaklah
bagi wanita yang mengharapkan akhirat untuk mengkufuri kebaikan-kebaikan
suaminya dan nikmat-nikmat yang diberikannya atau meminta dan banyak
mengadukan hal-hal kekurangan yang tidak sepatutnya untuk
diperbesar-besarkan.
Jika sedemikian keadaannya, maka sangat
tidak sesuai sekali jika wanita yang kufur terhadap suaminya serta
kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah sebagai majoriti kaum
yang masuk ke dalam Neraka walaupun mereka tidak kekal didalamnya.
Cukup sekiranya isteri-isteri Rasulullah dan para sohabiyah
sebagai suri tauladan bagi isteri-isteri kaum muslimin dalam mensyukuri
kebaikan-kebaikan yang diberikan suaminya kepadanya.
Sumber:
(http://www.sportmusang.com/2015/03/inilah-4-jenis-perempuan-yang-akan.html)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan