Perempuan x nak kahwin sebab ni ka?
Sebab anda ngeri nak kahwin (hohoho)
Gaya Hidup
Memangla jodoh itu ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang kami perhatikan,
selalunya ada sebab kenapa wanita-wanita ini tak nak kahwin. Katanya sanggup
jadi anak dara tua. Erm…
Ini adalah jawapan yang kami perolehi daripada survey!
1. Dapat koleksi teman lelaki yang tak senonoh!
Pengalaman banyak mengajar. Mula-mula dapat boyfriend kaki kikis, kedua dapat
kaki perempuan, ketiga pula dapat yang pemalas amat-amat. Kesimpulannya memang
sanggup single sampai mati.
2. Frust menonggeng & tertiarap dengan cinta lalu
Bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah. Susah senang janji hidup bersama.
Siap guna #tilljannah. Tau-tau si dia minta putus atas alasan mak dah cari
calon menantu ustazah anak kampung sebelah. Wey! Memang deep sakitnya
ni.
3. Hutang keliling pinggang
Macamana lah nak kahwin sedangkan
hutang PTPTN pun dah dekat RM30K. Belum masuk hutang kereta, hutang mak ayah
lagi. Nasib baik GST tu bayar cash!
4. Kos perkahwinan yang tak masuk akal
Sebenarnya kalau ikut Islam, pernikahan tu mudah sahaja. Namun, dek kerana adat
Melayu, sekurang-kurangnya kena ada RM10k dalam tangan ( nampak tak
perkataaan itu diboldkan?) Karang malu pulak buat majlis
kecil-kecilan.
5. Asyik dengar kes cerai sana-sini
Fuh. Ini paling ngeri. Mana taknya, boleh dikatakan dah jadi macam trend
pulak cerai-berai ni, terutamanya golongan selebriti.
Eh, takyah cakap selebritilah, kami yakin anda mesti mempunyai kawan-kawan yang
dah pun jadi ibu tunggal, janda berhias atau duda muda sekarang kan?
6. Lebih suka bercinta dengan
kerja
Macamana nak kahwin kalau diri tu dah diikat mati oleh company korang
kan? Baru je nak kenal hati budi lelaki, bos korang pulak suruh datang office.
Adoiyai!
7. Fobia bila dengar pengalaman kawan-kawan bersalin
Caesaran, vacum dan macam-macam lagilah term yang digunakan untuk
proses bersalin. Lagi-lagi yang jenis jaga penampilan nak lawa macam Che Ta je.
Bila cakap bab bersalin, mungkin mereka buatkan golongan ni rasa ‘oh,
nevermind’.
8. Nak jaga ibu-bapa dan keluarga
Ini berlaku pada salah seorang kenalan penulis. Bukan dia tak cantik, bukan dia
tak de orang nak, tapi katanya komitmen terhadap keluarga melebihi
kepentingannya sendiri.
“Aku lebih
sanggup melayan kerenah ibu tua yang sedang sakit dan juga memberi kasih sayang
sepenuhnya kepada adik beradik daripada melayan lelaki yang belum tentu bersama
aku forever and after.” – Statement ini memang paling deep!
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan