TIBA-TIBA, Washington menyatakan bahawa Amerika Syarikat bersedia
mengambil peduli soal pelarian Rohingya, kata Rumah Putih, usaha
membantu pelarian berkenaan adalah sebahagian daripada usaha
antarabangsa bagi menangani isu bot terkandas melibatkan pelarian itu di
Asia Tenggara.
Jabatan Negeri
mengeluarkan kenyataan berkenaan pada Rabu lalu. Jurucakapnya, Marie
Harf berkata bahawa Amerika Syarikat kini bersedia membantu semua negara
di bawah agensi pelarian PBB yang bekerja keras dalam usaha menempatkan
para pelarian itu.
Pada awalnya Indonesia, Malaysia dan
Thailand enggan peduli soal Rohingya, tapi pendirian itu nampaknya
bertukar. Di Amerika, khabarnya, sudah ada lebih 1,000 pelarian Rohingya
sejak 1 Oktober tahun lalu.
“Saya rasa rakyat Malaysia dan Indonesia
telah meminta bantuan bagi menempatkan semula pelarian itu. Kami sedang
berhati-hati dengan usul ini,” kata Marie Harf kepada pemberita di
Washington.
“Ia perlu menjadi usahasama negara-negara. Kita tidak boleh
tangani isu ini bersendirian.
Namun, kita bersedia memainkan peranan utama dalam usaha ini.”
Inilah cerita Amerika Syarikat yang tiba-tiba ingin menjuarai isu
pelarian Rohingya. Hal ini dilakukan ketika rekod kejahatan berdarah di
Vietnam, Afghanistan, dan Iraq masih lagi basah dalam ingatan setiap
ahli masyarakat sedunia.
Amerika Syarikat, pewaris Empayar British
(seteru Empayar Turki) boleh bermuka dua dengan masyarakat Asia
sepertimana British boleh bermuka dua dengan bangsa pribumi di Tanah
Melayu. Jadi, sentiasalah berawas.
Kisah ‘GST’ British
Tidak lengkap dan sempurna warna kejahatan British, Amerika Syarikat dan
kuasa Barat ini kalau tidak disingkap sejarah lampau di negara kita. Oleh sebab zaman ini perang percukaian GST mengambil tempatnya, maka biar kita bercerita darihal Tok Janggut.
Alkisahnya Tok Janggut (Haji Mat Hassan Panglima Munas) lahir tanggal
1850 di Kg Saring, Jeram, Kelantan. Beliau syahid pada 1915 dalam
lingkungan usia 65 tahun.
Dengan rupa berjanggut ke paras dada, si
mujahid yang ramai penyokongnya ini memimpin jihad melawan dasar
percukaian British. Dia dikatakan mahir bersilat dan menerima pelajaran
di Mekah.
Selepas Perjanjian Inggeris - Siam 1909, British membuat aturan baharu di Kelantan.
Antara yang mengguris perasaan adalah dasar percukaian seperti berikut:
1. Cukai Kepala ($1 seorang setahun)
2. Cukai Pokok (3 sen setahun)
3. Cukai Kelapa (3 sen setandan)
4. Cukai Sireh (5 sen sejunjung)
Tok Janggut menghimpunkan angkatan revolusioner ke Pasir Puteh untuk melancarkan revolusi terhadap British. Kemudian, bantuan Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikirim ke
Pasir Puteh pada tanggal 6 Mei 1915.
Akhirnya berlaku pertempuran
tanggal 25 Mei 1915. Kebangkitan Tok Janggut membuatkan beliau digelar
sebagai penderhaka.
Syahadan dalam pertempuran di Kampung
Pupuh, Tok Janggut terbunuh. Mayatnya dibawa ke Kota Bharu dalam tempoh
sehari. (*)Jenazah beliau digantung beberapa hari di hadapan istana di
Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
Perjuangannya bersamaan dengan semangat jihad para pahlawan Pahang
seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Dato’ Bahaman serta angkatan revolusioner
yang lainnya. Ada pendapat menyebutkan bahawa beliau adalah murid Tok Ku
Paloh.
Kalau demikian, maknanya, mereka mempunyai sanad dan berkongsi silsilah perjuangan dengan Turki Uthmaniyyah dan ahlul bait.
Angkatan revolusioner ini semua terpaksa bersembunyi apabila British
berhasil mempengaruhi raja untuk memusuhi mereka. Kerana enggan
bertempur dengan bangsa sendiri dan enggan menderhaka kepada istana,
akhirnya mereka terpaksa berundur ke Thailand.
Kenapa dinafi peranan Turki dan ahlul bait dalam melawan percukaian?
Arakian, kita bercerita darihal perlawanan Tok Janggut dan
rakan-rakannya dengan menyentuh perihal wajah muka dua Barat bukan
dengan tiada bersebab.
Sebagai termaklum, USA akan memperalat isu-isu kemanusiaan untuk masuk ke Malaysia pada hari ini. Pendekatan US ini berbeza dengan wajah penjajahan British yang hadir
untuk mengenakan cukai.
Rupa si British sebagai pemungut cukai pada
zaman penjajahan lalu, kini sudah diambil alih peranannya oleh Umno Apco
lewat percukaian GST.
Jadi, Amerika tidak lagi menjajah dengan
percukaian. US mengguna laluan bantuan kemanusiaan dan sesekali mereka
datang dengan memasarkan idea-idea penjajahan ekonomi melalui seruan
halus tersirat, iaitu menyeru negara mengikat tali perjanjian TPPA.
Itu yang dilakukan kuasakuasa Barat ke atas belahan dunia Timur. Tapi
yang paling utama sekarang adalah persoalan ini. Iaitu jika diketahui
bahawa US memiliki ‘sanad penjajahan’ dengan British, belum tibakah di
fikiran Muslim bahawa jihad Tok Janggut dan kaum revolusioner Dato’
Bahaman dalam melawan percukaian British itu ada hubungan dengan
Turki dan ahlul bait? Jika perlawanan terhadap GST itu bersanad,
bersilsilah dan punya ‘rabitah’ dengan ulama ahlul bait, Tok Ku Paloh,
maka belum tibakah waktunya angkatan habaib mendengungkan seruan jihad
dan semboyan syahid menjelang era revolusi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan